KOBAT FM ONLINE

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

JOM JOIN FACE BOOK SAYA

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, January 31, 2010

JANGAN ADA API DALAM SEKAM

Kita akui atau tidak, Stesyen Radio Manis FM sememangnya mendapat tempat di telinga para pendengar radio khususnya di Pantai Timur. Keupayaan stesyen radio swasta ini memberikan saingan hebat kepada Stesyen Radio lain seperti Kelantan FM, Terengganu FM, Pahang FM di samping tidak kalah kepada Stesyen Radio THR Gegar Pantai Timur amatlah dibanggakan.

Bukan bererti Manis FM teratas, tetapi apa yang boleh kita banggakan kerana Manis FM masih mampu bertahan yang kini telah pun menjangkau 10 tahun. Bukan mudah untuk mengendalikan sebuah stesyen radio yang kesemuanya ditanggung sendiri. Tidak seperti stesyen radio kepunyaan kerajaan yang mempunyai peruntukan dan dana yang disediakan. Selama lebih kurang 6 bulan ku berada di Manis FM, sedikit sebanyak ku rasai betapa peritnya pengurusan Manis FM untuk mempertahankan stesyen radio ini.

Syabas dan tahniah buat pengurusan Manis FM kerana mampu bertahan dengan seribu dugaan. Gosip tetap gosip, tetapi kita yakin Manis FM mampu bertahan kerana kita semua sayangkan Manis FM. Apakah yang kita boleh lakukan untuk mempertahankan stesyen radio yang kita sayangi ini? Kita tiada pilihan lain, melainkan sama-sama menyumbang idea dan teguran secara jujur kepada radio ini. Buat staf-staf Manis FM, mereka pastinya telah mencuba sedaya upaya untuk meningkatkan imej Manis FM. Walaupun mungkin ada seorang dua yang `tidak berakal' yang merasakan Manis FM tetap akan memberikan rezeki kepada mereka tanpa tenaga dan usaha kuat mereka. Mungkin mereka percaya mana mungkin Manis FM akan tersungkur, lantaran itu mereka ini tidak pernah belajar dari kesilapan malahan semakin ego dan sombong.

Manis FM bukan berdiri di atas kekuatan individu. Manis FM perlukan muafakat serta kerjasama dan sokongan semua. Bagi mereka yang berkhidmat di Manis FM semata-mata untuk meraih sedikit rezeki, tanpa memperdulikan sikap tanggungjawab terhadap tugas sebenar mereka, mereka ini seharusnya berhenti dari menjadi api dalam sekam.

No comments:

Post a Comment