KOBAT FM ONLINE

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

JOM JOIN FACE BOOK SAYA

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, September 11, 2011

DARI DJ RADIO KE BIDANG POLITIK....

Dari seorang yang yang meminati kerjaya DJ Radio, kini beralih arah pula ke bidang politik.  Itulah yang terjadi kat aku.  Buat masa ini terlupa seketika bidang radio tu, tapi tetap juga sekali sekala mendengar radio Manis FM untuk mendengar suara rakan2 lama di sana.  Aku selalu merindui mereka termasuk para pendengar yang dahulunya sering berkomunikasi dengan aku di konti samada melalui telefon ataupun ucapan SMS.

Bukan bercita2 untuk menjadi orang politik besar, cuma berminat menyertai bidang ini.  Sebenarnya semenjak dari alam ketenteraan lagi aku berminat mengambil tahu isu politik ni.  Sebab itu aku memilih Manis FM sebagai stesen radio untuk aku ceburi sebagai DJ.  Sebab, stesen radio ini adalah satu2nya stesen radio swasta yang tidak seperti stesen radio lain.  Hanya stesen radio ini sahaja yang berani menyiarkan ucapan atau tazkirah dari MB Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz dan juga pemimpin pembangkang yang lain.  Aku rasa stesen radio ini adil dan tidak berpihak.

Malangnya, semenjak kebelakangan ini aku lihat stesen radio ini seperti berubah arah.  Pernah aku terdengar suatu rancangan di Manis FM yang secara terang-terang menyerang Kerajaan Negeri Kelantan, negeri di mana konti ini beroperasi.  Jika yang diperkatakan itu benar tidak mengapa, tetapi ianya suatu propaganda yang mahu mengelirukan rakyat terutamanya di Kelantan.  Entah di mana silapnya pun aku tak tahu.

Namun demikian, memandangkan beberapa rakan lama aku DJ-DJ di Manis FM masih di sana, aku kadangkala mendengar radio ini sekadar untuk mendengar suara mereka.  Harapan aku, biarlah radio ini berdiri dengan sendirinya seperti dulu dan tidak menjadi seperti stesen radio lain yang terlalu banyak mengampu pemerintah.  Ermm..mungkin ada bau2 politik kot apa yang aku cakap ni....takpe lah, sekadar pandangan dari peminat Manis FM....




Wednesday, May 18, 2011

APA KHABAR SEMUA RAKAN MFM?


Salam semua..

Lama dah saya tak posting sebarang berita. Mungkin sedikit sibuk, apa pun diharapkan semua rakan sihat sokmo. Moga di suatu masa nanti kita akan dapat bertemu tak kira di mana.

Di sini, saya kongsi bersama foto saya bersama rakan saya sewaktu hadir di dalam suatu majlis di Kuantan. Sekadar berkongsi maklumat yang terbaru, tiada berubah pun pada wajah...maklumlah orang dah berumur. Buat teman-teman di konti tu, selamat bertugas....saya rindu anda semua.

Sunday, April 24, 2011

Kami tidak minum arak - Que Haidar/Linda Jasmin

24 April 2011





Oleh ARDYHANSAH AMAT metahad@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Kami tak minum arak itu!” tegas pelakon terkenal, Que Haidar, 32, mengulas penyebaran gambarnya bersama isteri, Linda Jasmine dan beberapa individu berseronok di samping ada gelas dan botol arak di atas meja.

Menurut Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, mereka hanya menghadiri majlis hari lahir seorang kawan Linda yang bukan beragama Islam.“Sebelum itu kami makan malam bersama keluarga mentua. Dalam perjalanan pulang, Linda menerima panggilan daripada seorang rakan yang mahu kami hadir ke majlis hari lahirnya.“Selepas dihubungi berkali-kali, kami singgah sebentar ke tempat itu bagi meraikannya.

Namun, terus terang kami tidak langsung menyentuh arak, manakala arak di atas meja itu (merujuk kepada gambar di Internet) adalah milik orang lain.“Malah, rakan Linda turut mendapatkan nasi lemak selepas saya memberitahu nak makan makanan itu selain meminum air mineral,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad.

Que yang nyata tidak menyenangi penyebaran gambar itu meminta orang ramai tidak mudah membuat tanggapan negatif.“Serba salah dibuatnya. Rasa marah, geram, sakit hati, malah kelakar pun ada. Namun sebenarnya ia boleh menjejaskan kami, termasuk keluarga, apabila mendengar khabar angin negatif ini,” katanya.

Sementara itu, kenyataan Que turut disokong Linda, 38.“Tak adil menilai kami dengan hanya melihat gambar berkenaan tanpa mengetahui perkara sebenar.“Saya tak minum arak dan tidak merokok langsung. Rokok (di tangan Linda dalam satu gambar) itu orang lain punya, mungkin Que, dan saya hanya memegangnya,” katanya.

Menurut Linda, tindakan menyebarkan gambar itu satu perkara tidak baik dan akan menjejaskan maruah mereka sekeluarga.“Walaupun kami menjelaskan keadaan sebenar, akan ada (masyarakat) yang terus memandang buruk kepada kami hanya disebabkan tindakan (penyebaran gambar) itu,” katanya

Gambar-gambar lain DI SINI

Friday, March 18, 2011

ANAK SULUNG DJ AIMAN MENJALANI PEMBEDAHAN DI HUSM

Tepat jam 10.30 pg smlm ank sulung,melaung skt krn terkena kayu tajam di matanya..Ya Allah slmtkn ank hambamu ini... [via Celcom SMS]

Itulah rintihan yang ku baca melalui FB DJ Aiman sebentar tadi. Difahamkan anak lelaki sulung beliau kini berada di Wad Pembedahan HUSM setelah selesai menjalani pembedahan.

Bersama kita doakan agar anak beliau berada di dalam keadaan baik dan pulih seperti sediakala.

Wednesday, March 9, 2011

BSEPAK KELAYAKAN OLIMPIK - MALAYSIA LAYAK PUSINGAN KEDUA


TAHNIAH buat Pasukan Kelayakan Olimpik Malaysia yang berjaya mengekang kemaraan Pakistan apabila seri 0-0 dengan pasukan tersebut di Lahore, Pakistan malam tadi. Walaupun kita kecewa kerana RTM dan Astro gagal membawakan siaran langsung perlawanan tersebut seperti yang dijanjikan akibat masalah teknikal di Pakistan, tetapi hati kita terubat dengan keputusan ini.

Dengan anggregit 2-0, kita telah melayakkan diri ke pusingan kedua kelayakan tersebut. Persoalan selepas ini, siapakah lawan kita seterusnya dan apakah pasukan kita mampu mengekalkan kecemerlangan mereka? Mudah-mudahan tercapai cita-cita kita untuk melihat pasukan kebangsaan kita melangkah ke pusingan seterusnya yang tentunya lebih mencabar.

Tahniah buat semua pemain, jurulatih, FAM dan semua penyokong Malaysia yang terus mendoakan kebangkitan pasukan muda ini.

Tuesday, March 1, 2011

Tahniah `Red Warrior'


TAHNIAH buat pasukan bolasepak Kelantan yang malam tadi berjaya menewaskan Negeri Sembilan dengan jaringan besar 3 - 0 di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu . Sesuatu yang sedikit mengecewakan saya selaku anak jati Negeri Sembilan. Namun, saya agak berpuas hati kerana Negeri Sembilan tewas kepada sebuah pasukan yang handal. Tahniah sekali lagi buat `Red warrior'.

Monday, February 28, 2011

KELANTAN VS NEGERI, AKU TIDAK KECEWA JIKA NEGERI KALAH

Malam ini (Selasa) 29 Feb 11, Kelantan menjadi Tuan Rumah kepada pasukan Negeri Sembilan di dalam Bolasepak Liga Super. Selaku anak jati nogori, tentulah aku sokong Negeri Sembilan. Jika Negeri Sembilan tidak bermain, aku selalunya menyokong Kelantan atas dua sebab.

Pertamanya, aku pernah berada di bumi Che Siti Wan Kembang itu walaupun tidaklah lama sangat. Aku jatuh hati pada negeri yang banyak memberi aku pengalaman sebagai penyiar di Stesen Radio Manis FM. Di bumi Kelantan juga aku temui rakan karib ku yang selalu ketawa dan susah bersama iaitu DJ Aiman, serta beberapa DJ lain di sana. Kebanyakan masalah yang ku hadapi semuanya aku luahkan pada DJ Aiman. Mungkin aku kerap bersamanya di konti.

DJ Ewan Slamber pula, beliau orang pertama yang ku temui dan belajar di konti sewaktu awal mula aku di Manis FM. Beliau rakan yang buatku sering tertawa. Semua DJ di Manis FM sentiasa buatku senang begitu juga staf-staf ketika itu. Itu sebab aku mencintai Kelantan.

Keduanya, aku merasa sayang kepada Kelantan sebagaimana sayangnya rakyat Kelantan kepada MB Kelantan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Ringkasnya, aku sokong Kelantan kerana negeri ini dipimpin oleh Tuan Guru.

Tetapi, malam ini Kelantan akan bertemu Negeri Sembilan. Seperti yang diperkatakan oleh Jurulatih Kelantan, M. Karathu, "Mereka mempunyai jentera serangan yang cukup efektif dengan kombinasi empat penggempur utama iaitu Zaquan (Adha), Ahmad Fakhri (Shaarani), Hairuddin (Omar) dan Kuna (S. Kunalan) dan saya mahu semua pemain perta- hanan Kelantan bersedia." (Kosmo). Ini menunjukkan pertarungan malam ini pasti hebat.

Aku berharap Negeri Sembilan akan menang. Mungkinkah Kelantan menang akan membuat aku kecewa? Jawapannya tidak, kerana aku sayang Kelantan.

Saturday, January 29, 2011

KELANTAN TETAP UNGGUL....

GOMO KELATE GOMO


PEMAIN dan pegawai pasukan Kelantan meraikan ke jayaan mereka muncul juara Piala Sultan Ahmad Shah selepas menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

KELANTAN terus mencipta sejarah, kali ini berjaya menjuarai Piala Sultan Ahmad Shah buat kali pertama setelah menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Jaringan penalti Norshahrul Idlan Talaha dan sepakan percuma Badhri Radzi sudah cukup untuk menggagalkan hasrat Selangor meraih kejuaraan sumbangsih itu buat kali ketiga berturut-turut.

Tuah jurulatih baru, Datuk M. Karathu membawa kejayaan kepada Kelantan manakala aksi pemain Selangor kendalian K. Devan tampak lesu dan serba tidak menjadi.

Perlawanan yang dimeriahkan dengan kehadiran 35,000 penonton itu, menyaksikan Kelantan mendahului seawal minit kelapan menerusi sepakan penalti Norshahrul setelah bek kanan Selangor, Razman Roslan menjatuhkan Nurul Azwan Roya.

Tertekan dengan jaringan awal itu, Selangor cuba bangkit dan mendapat peluang terbaik pada minit ke-31 menerusi tandukan Safee Sali tetapi sekadar menggegar palang gol Kelantan.

Sebaik babak kedua bermula, Selangor memasukkan Fitri Shazwan Raduwan menggantikan Safiq Rahim manakala Kelantan pula memasukkan Khairul Izuan Rosli menggantikan Danial Fadzly Abdullah pada minit ke-58.

Permainan terhenti hampir 10 minit pada minit ke-62 setelah penyokong Kelantan bertindak membaling botol minuman dan mercun ke arah padang.

Begitupun ia tidak menghalang Kelantan untuk mendapatkan gol kedua pada minit ke-83 menerusi sepakan percuma Badhri dari sebelah kiri yang gagal diagak dengan baik penjaga gol Selangor, Iqbal Suhaimi.

Jaringan tersebut terus mematikan langkah Selangor meskipun terus menggandakan asakan untuk mencari gol.

Trofi kejuaraan disampaikan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah diiringi Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Tan Sri Khalid Ibrahim dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.

“Turun selaku juara Piala Malaysia, tekanan hebat terpaksa dipikul Kelantan. Tapi para pemain telah menunjukkan keyakinan diri yang tinggi.

“Ini merupakan kali pertama Kelantan muncul juara dan saya hadiahkan piala ini buat seluruh penyokong setia Kelantan," kata Karathu.

Devan pula berkata: “Gol awal Kelantan menerusi sepakan penalti telah mematikan rentak permainan kami. ”

Pada perlawanan tersebut, penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang beraksi cemerlang telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Astro.

Thursday, January 6, 2011

Pengemis bakal jadi jutawan kerana suara emas




COLUMBUS, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pengemis yang tidak berumah di sini, Ted Williams dihujani tawaran lumayan yang membolehkan dia bakal menjadi jutawan selepas permintaannya untuk diberi kerja dengan menggunakan suaranya disiarkan di Twitter dan laman YouTube, lapor sebuah akhbar semalam.

Nasibnya itu berubah selepas seorang jurugambar akhbar Columbus Dispatch merakamkan video yang menunjukkan pengemis tersebut memegang cebisan kertas kotak yang mengandungi tulisan:

"Saya mempunyai suara dianugerahkan Tuhan. Saya seorang bekas penyampai radio yang jatuh ke dalam masa sukar. Tolonglah! sebarang bantuan akan amat dihargai. Terima kasih dan semoga anda dirahmati Tuhan."

Pengemis itu turut bercakap dengan gaya seorang penyampai radio yang mempunyai suara unik semasa gelagatnya dirakamkan oleh jurugambar tersebut dari dalam keretanya di Houston Street, Columbus.

Klip video selama 90 saat itu yang dihantarnya ke laman Twitter kemudian menjadi popular dan pengemis itu kemudian menerima tawaran daripada beberapa stesen penyiaran termasuk stesen rangkaian muzik MTV, stesen Liga Bola Sepak Nasional (NFL) dan Rangkaian Hiburan dan Sukan (ESPN).

Seorang pengarah filem untuk NFL, Keviv McLoughlin berkata, bosnya mengarahkan pengemis itu diambil bekerja jika dia tidak mahu dipecat.

Dia juga mendapat tawaran berjumlah AS$10,000 (RM30,725) untuk menyumbang suara untuk sebuah persatuan perniagaan, Liga Kesatuan Kredit Ohio.

Sementara itu, seorang ejen pencari bakat di bidang penyiaran di Los Angeles, Shane Cormier berkata, Williams memiliki bakat yang amat unik.

"Kami boleh menjadikan Williams seorang jutawan," katanya.

Williams pernah bekerja sebagai seorang penyampai radio sebelum dia hilang pekerjaan kerana masalah ketagihan alkohol dan dadah.

"Namun, kini saya telah sembuh dan tidak mengambil dadah atau alkohol selama dua tahun. Saya berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah kehidupan saya," katanya. - Agensi

There was an error in this gadget