KOBAT FM ONLINE

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

JOM JOIN FACE BOOK SAYA

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, January 31, 2010

JANGAN ADA API DALAM SEKAM

Kita akui atau tidak, Stesyen Radio Manis FM sememangnya mendapat tempat di telinga para pendengar radio khususnya di Pantai Timur. Keupayaan stesyen radio swasta ini memberikan saingan hebat kepada Stesyen Radio lain seperti Kelantan FM, Terengganu FM, Pahang FM di samping tidak kalah kepada Stesyen Radio THR Gegar Pantai Timur amatlah dibanggakan.

Bukan bererti Manis FM teratas, tetapi apa yang boleh kita banggakan kerana Manis FM masih mampu bertahan yang kini telah pun menjangkau 10 tahun. Bukan mudah untuk mengendalikan sebuah stesyen radio yang kesemuanya ditanggung sendiri. Tidak seperti stesyen radio kepunyaan kerajaan yang mempunyai peruntukan dan dana yang disediakan. Selama lebih kurang 6 bulan ku berada di Manis FM, sedikit sebanyak ku rasai betapa peritnya pengurusan Manis FM untuk mempertahankan stesyen radio ini.

Syabas dan tahniah buat pengurusan Manis FM kerana mampu bertahan dengan seribu dugaan. Gosip tetap gosip, tetapi kita yakin Manis FM mampu bertahan kerana kita semua sayangkan Manis FM. Apakah yang kita boleh lakukan untuk mempertahankan stesyen radio yang kita sayangi ini? Kita tiada pilihan lain, melainkan sama-sama menyumbang idea dan teguran secara jujur kepada radio ini. Buat staf-staf Manis FM, mereka pastinya telah mencuba sedaya upaya untuk meningkatkan imej Manis FM. Walaupun mungkin ada seorang dua yang `tidak berakal' yang merasakan Manis FM tetap akan memberikan rezeki kepada mereka tanpa tenaga dan usaha kuat mereka. Mungkin mereka percaya mana mungkin Manis FM akan tersungkur, lantaran itu mereka ini tidak pernah belajar dari kesilapan malahan semakin ego dan sombong.

Manis FM bukan berdiri di atas kekuatan individu. Manis FM perlukan muafakat serta kerjasama dan sokongan semua. Bagi mereka yang berkhidmat di Manis FM semata-mata untuk meraih sedikit rezeki, tanpa memperdulikan sikap tanggungjawab terhadap tugas sebenar mereka, mereka ini seharusnya berhenti dari menjadi api dalam sekam.

Friday, January 29, 2010

DJ IRA PADA PANDANGANKU....


DJ Ira Fatiran memang tidak asing lagi buat pendengar2 setia Manis FM. DJ bersuara lunak dan berwajah manja tetapi `nakal' ini sering berkemundang suaranya di corong radio Manis FM seawal jam 10 pagi hingga 2 petang di dalam segmen Apa Khabar Di Sana (AKDS) dan juga segmen dangdut mulai jam 11 hingga 12 tghari. Manakala, pada hari Jumaat sebelah petang pula kita terhibur dengan beliau di dalam segmen berbalas pantun.

Pengalaman ku bersama DJ Ira penuh dengan kenangan indah. Aku amat selesa bertugas dengannya kerana beliau tidak pernah kedekut dengan ilmu dan pengalamannya. Tabiat beliau yang suka `touch up' (hehehehe) wajahnya itu kadangkala melucukan untuk ku ingati. Tetapi, satu2nya perangai DJ Ira yang paling ku kagumi adalah sikap beliau yang amat bersabar dan tenang walaupun ditegur ketika sedang berada di konti.

Secara peribadi aku tidak selesa dan tidak bersetuju sekiranya DJ yang sedang bertugas ditegur ketika berada di konti. Bukan bermaksud DJ tidak boleh ditegur, tetapi tidak kena dengan situasi dan tempat. Teguran, lebih2 lagi jika DJ dimarahi ketika berada di konti tentunya sedikit sebanyak menganggu emosi DJ berkenaan. Alangkah baiknya jika DJ berkenaan ditegur atau pun jika ingin dimarahi sebaik sahaja beliau selesai melaksanakan tugasnya. Atau setidak-tidaknya DJ dipanggil sekejap keluar dari konti untuk diberi teguran.

DJ Ira tidak lepas juga dari ditegur sebagaimana DJ-DJ yang lain, tetapi sikap DJ Iran yang sentiasa `cool' bila ditegur buatku kagum. Meskipun jelas kelihatan beliau seperti hilang `mood' seketika, tetapi beliau mampu menyembunyikannya. Hanya senyuman terukir di wajahnya. Itulah DJ Ira Fatiran yang ku kenali. Mudah-mudahan beliau terus tabah bersama peminat2 setianya demi Manis FM.

Thursday, January 28, 2010

KE PORT DICKSON DAN MELAKA LA PLAK, DOA BUAT DJ IZA

Petang sekejap lagi aku bertolak ke Port Dickson pulak. Nak jengok rumah aku dah lama tak jengok sambil ziarah akak ipar kat sana. Badan kurang sihat lagi ni, tapi terpaksa la pergi kerana lepas tu nak ke Melaka ada jemputan kenduri adik ipar pulak. Urusan kat KL tergantung lagi ni. Bila la IC awam aku nak siap tak tau la.

Apa pun, aku tetap memantau Manis FM kerana aku sentiasa membawa bersama broadband aku nih. Untuk DJ Iza, aku difahamkan beliau sedang cuti sakit akibat kemalangan baru2 ni. Aku berdoa dan kita sama2 berdoa moga beliau tabah dan cepat sembuh. Buat DJ Ewan Slumber sahabat aku tuh, bertugas la molek2 yer...abang kan ader......(nape demo tak balas2 sms kawe....dah lupa ke wehh??...)

MALANGNYA KAWAN KITA SI MAT B !!

Hampir seminggu dah aku kat KL kat rumah adik aku di Bandar Tun Razak, Ceras. Semenjak semalam aku tak sihat, demam selsema plak, maklumlah cuaca berubah kat sini pagi panas, petang hujan. Maka, banyak masa siang dok rumah je la.

Sebentar tadi, Mat B (pendegar setia Manis FM) call aku. Dia kata dia ada kat Kuantan nak jumpa aku ngan Fatin Bt 11. Malangnya, aku dah ada kat KL. Sebelum ni pun Mat B ada datang tapi masa tu aku kat K.Bharu bersama family. Nasib malang je kami tak sempat berjumpa beliau. Mat B bagitahu beliau hanya dapat bertemu Fatin Bt 11 je dan mereka pekena KFC kat Kuantan. Kalau la aku ada, dapat gak makan KFC free. hehehe...
Aku cadangkan Mat B jumpa Ayob Jongkot yang berada di Bt 11 berhampiran rumah Fatin juga. Mat B tu pemalu, Jongkot pun pemalu. Tak tahulah mereka jumpa ke tak. Aduuhh...cam nak jumpa gewe la plak malu2.....

(Masihku teringat, bila nampak je mesej ucapan dari Mat B, aku ngan Aiman cukup risau...nape ye?? hehehe....)

Tuesday, January 26, 2010

MENCAPAI HIT 100 PENGUNJUNG, TERIMA KASIH SEMUA

Pada 09 Sept 2009, aku mula membuka blog ini secara resmi. Ketika itu aku berada di Manis FM. Tujuan blog ini adalah untuk membantu mempromosi Manis FM di samping memberi ruang kepada kita semua berkongsi pendapat, pandangan dan kritikan yang membina. Ianya juga untuk menceritakan luahan rasa hati aku tanpa selindung.

Hari ini, 26 Jan 2010 blog ini mencapai kunjungan seramai 100 pengunjung. Terima kasih di atas sokongan anda semua terhadap blog ini. Teruskan setia bersama Manis FM.

Monday, January 25, 2010

TAHNIAH, MANIS FM


Ahad lepas 24hb Jan 10, sempena tahun baru 2010 Manis FM membuka lembaran baru dengan konsep mendekati pendengar serta ingin menjadikan stesyen tadio ini kepunyaan masyarakat khususnya di Pantai Timur. Program sambutan Majlis Asyura adalah salah satu langkah terpuji bagi merealisasikan konsep mesra pendengar ini.

Tahniah, aku ucapkan kepada pengurusan Manis FM lebih2 lagi kepada berbagai pihak yang turut menyumbang bagi menjayakan program tersebut. Ribuan penghargaan juga wajar diberikan kepada pendengar2 setia Manis FM yang sudi meluangkan masa menghadiri majlis tersebut. Kepada petugas2 serta krew2 Manis FM, tentunya mereka berbangga kerana majlis tersebut dapat diadakan walaupun pada mulanya terdengar suara2 tidak begitu yakin dengan komitmen mereka. Mereka telah buktikan bahawa `hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih'. Mudah-mudahan ini langkah pertama tahun baru ini untuk Manis FM terus maju ke depan.

Sunday, January 24, 2010

AKU MASIH KAT KL, WAT GAPO ?

Aku sudah hampir seminggu berada di KL sekarang. Aku dok umah adik aku kat Bandar Tun Razak, Ceras. Di sana dekat sikit aku nak berulang kat MINDEF (Kementerian Pertahanan) bagi urusan dokumentasi akhir aku sebelum bersara. Sebelum ini ada yg tak tahu aku ni anggota tentera yg telah pun berkhidmat selama 22 tahun. Aku dh pernah hebahkan perkara ini sewaktu aku mula masuk ke konti Manis FM di mana aku juga menerangkan bahawa aku adalah Pelatih DJ di Manis FM. Mungkin ada yg tidak tahu, takpe lah. Ketika itu mungkin mereka tidak mendengar.

Lazimnya, sebelum bersara aku mesti mengikuti dokumentasi akhir bagi melengkap penutupan fail aku sepanjang perkhidmatan. Sehingga kini, aku masih lagi memegang IC tentera kerana IC awam aku belum siap lagi. SElepas semuanya nanti selesai, baru boleh aku fikirkan apakah haluan aku seterusnya. Mungkin aku akan kembali ke Manis FM.....manalah tau...Teruskan setia bersama Manis FM.

SELAMAT MERAIKAN ASYURA MANIS FM

AWAL mula lega rasanya bila blog KRP muncul kembali. Biar ada yang sakit hati bila blog ini mendapat sambutan tetapi syabas buat pengendali blog tersebut kerana berkorban untuk Manis FM. Ada yang tuduh kata aku tak tahu siapa pengendali blog berkenaan, sedangkan no tel dan emailnya pun aku ada. Malahan, aku pernah ketemu dengannya di Wisma Manis. Biarlah mereka itu nak tuduh apa pun asalkan blog KRP bernyawa kembali.

Aku ingin ucapkan selamat meraikan majlis Asyura buat semua staf Manis FM dan para pendengar setia Manis FM yang menyambutnya hari ini Ahad 24hb Jan 2010 di perkarangan Wisma Manis. Hajat hati memang hendak datang tetapi jarak terlalu jauh untuk ku sampai ke sana. Lagi pun kerja aku masih tidak selesai di KEMENTAH, KL. Malang sedikit pagi ini, bila aku buka website Manis FM, radio online tergendala. Jadi, terlepaslah peluang aku ingin mengikuti live dari radio Manis FM untuk mengikuti suasana sambutan Asyura hari ini.

Kepada semua pendengar, kehadiran anda di Manis FM pada majlis tersebut tentunya amat bermakna kepada stesyen radio terunggul di Pantai timur ini. Teruskan bersama Manis FM.

Saturday, January 23, 2010

JEMPUT LA TOLONG DJ-DJ BUAT ASYURA


Aku hanya mampu melihat kemeriahan itu dari jauh....

Aku difahamkan, sekarang ini DJ-DJ kesayangan anda sedang sibuk dengan persiapan untuk mengadakan jamuan Majlis Asyura esok Ahad 24hb Jan. Tentunya anda tidak akan melepaskan peluang untuk bersama2 mereka kerana bukan mudah untuk merasakan saat sebegitu. Lagi pun, menghadiri sambutan Majlis Asyura ini berpahala tau.

Esok, pastinya meriah suasana di Wisma Manis FM. Aku pun dapat rasakan kemeriahannya di sini. Esok pasti aku akan tetap berada di sisi radio untuk mengetahui secara live sambutan tersebut. Malang sikit, aku tidak berkesempatan untuk bersama2 Manis FM di dalam majlis tersebut kerana kini aku masih di KL atas urusan kerja aku dulu. Apa pun, datanglah ramai2 meraikannya.

Friday, January 22, 2010

MULUT BUSUK, CUCI MULUT ANDA - BLOG KRP HIDUP KEMBALI ?

PEDULIKAN yang hati busuk. Kalau kita ikhlas nak naikkan nama Manis FM, kita buat je aoa yg termampu oleh kita. Kelab Rakan Pendengar Manis FM, aku lihat komited untuk membantu Manis FM dan tiada satu pun berita dari blog berkenaan yang boleh menjejaskan imej Manis FM. Blog itu pun tidak pernah minta dibayar atas usahanya memromote Manis FM dan tidak hairan lah blog tersebut dilihat lebih berjaya menarik minat pendengar2 Manis FM. Kerana apa? Kerana keikhlasannya, kerana blog tersebut sentiasa di update kan dari masa ke masa. Bagaimana pula dengan website Manis FM? Tahniah juga lah pada pengendali website www.manis.fm kerana nampak sikit ada perubahannya. Harap lebih hebat lagi tahun baru ni.

Blog KRP baru2 ni ditutup angkara `mulut busuk' yang dengki. Itu lah yang aku faham dari pengendali blog berkenaan. Walaupun aku dah `berehat' dari Manis FM, aku tetap ingin melihat Manis FM terus maju. Kalau perlu, bersihkan Manis FM dari `mulut-mulut busuk' tersebut. Jangan terkejut jika Manis FM `terkubur' angkara dari dalam. Bagi aku, sesiapa pun boleh menyumbang untuk kebaikan Manis FM asalkan ikhlas.

Tahniah, jika benar blog KRP akan dihidupkan kembali atau diberi nama lain asalkan kewujudannya boleh membantu Manis FM. Bekerjalah sama2 agar stesyen radio ini tetap kekal hak milik kita bersama dan jangan benarkan ianya `terjual'. Mulut yang busuk tu, pergilah cuci mulut tu dulu sebelum orang yang cucikan.

Tuesday, January 19, 2010

TOPIK SEMASA - APA KAH TUGAS PENERBIT RADIO?

Penerbit Radio lebih kurang sama lah juga peranannya sebagai Pengarah dalam sesebuah filem. Juruhebah Radio sama seperti pelakon yang membawa berbagai watak dari filem mengikut arahan Pengarah filem. Justeru, tugas dan tanggungjawab Penerbit Radio bukanlah mudah kerana mereka lah yang menentukan baik buruknya sesuatu rancangan terbitannya.

Juruhebah pula umpama pelakon, jika filem itu punyai kekuatan dari segi jalan ceritanya tetapi jika pelakon itu lemah, maka lemahlah filem itu. Maksudnya, jika rancangan radio itu amat baik, tetapi jika Juruhebah Radio tiada berkebolehan untuk mengendalikan rancangan tersebut maka tempanglah jadinya. Maka, Penerbit dan Juruhebah mesti sama-sama berkebolehan di samping mempunyai inisiatif yang tinggi bagi menentukan rancangan itu bertenaga.

Oleh yang demikian, lazimnya seseorang Penerbit itu lahir dari seorang Juruhebah atau berkebolehan untuk menjadi Juruhebah. Penerbit bukan seorang yang hanya pandai mengarah semata-mata sedangkan tugas dan tanggungjawabnya terabai. Juruhebah juga mesti berilmu dan berpengetahuan luas dan sentiasa peka terhadap perkembangan dan isu semasa.

Untuk kita kongsi bersama, di sini di antara bidang tugas Penerbit Radio. Bidang tugas Penerbit Radio seperti yang aku senaraikan di bawah adalah ku petik dari nota pembelajaran semasa aku berkursus komunikasi di INTAN sebelum aku bersara. Jika anda berminat untuk menjadi Penerbit Radio, anda perlu bersedia untuk melaksanakan tugas-tugas seperti di bawah:

1. Menyediakan program /segmen yang hendak diterbitkan sepanjang 12 bulan dan menilai pencapaiannya.

2. Mentadbir, mengarah dan mengatur jadual kerja Penolong Penerbit dan Juruhebah termasuk tentang kebajikan mereka.

3. Membuat penilaian prestasi Pen Penerbit dan Juruhebah.

4. Menyediakan laporan tahunan terbitan rancangan-rancangan dan Juruhebah-Juruhebah.

5. Kebolehan mengawal perbelanjaan dengan menghasilkan produktiviti yang tinggi dengan mengarahkan kakitangannya di bawah tadbirannya membuat kerja-kerja dan rancangan yang baik dan sesuai yang menepati kehendak dan matlamat stesyen radio.

6. Menggalak dan membimbing idea-idea yang kreatif dalam format satu-satu rancangan.

7. Merancang latihan yang bersesuaian dengan bidang tugas Juruhebah Radio.

8. Menyediakan skrip/teks atau rangka penugasan Juruhebah.

9. Menyediakan jadual rakaman, jadual siaran dan tapisan bagi rancangan-rancangan
yang hendak disiarkan.

10. Apa jua tugas yang diarahkan oleh pihak atasannya.

11. Merancang penugasan Juruhebah mengikut kesesuaian dan gaya persembahan mereka.

GEMPAR !! BLOG KELAB RAKAN PENDENGAR MANIS FM DITUTUP ?

GEMPAR, menyedihkan !! Hati ini bertambah sebak bila membuka blog Kelab Rakan Pendengar Manis FM yang diumumkan oleh empunya blog bahawa blog itu telah ditutup sertamerta. Persoalannya, mengapa dan kenapa? Bertahun rasanya blog ini wujud dan semakin mendapat sambutan tetapi mengapa ianya ditutup?

Memang benar, blog ini bukan blog rasmi Manis FM tetapi blog ini adalah penyumbang besar kepada Manis FM. Ia adalah inisiatif peminat2 Manis FM untuk membantu Manis FM terutamanya dari segi publisiti meskipun tidak berbayar. Manis FM mendapat promosi percuma dari blog ini. Malahan ilham mewujudkan blog ini menjadi inspirasi kepada DJ-DJ Manis FM untuk mewujudkan blog masing2. Salahkah adanya blog untuk menyokong usaha kita? Selagi blog itu tidak menjejaskan nama baik Manis FM, seharusnya blog seperti ini patut diberi pujian.

Aku pernah mendengar ada yg berkata, blog seperti ini boleh di SAMAN kerana tidak mendapat kebenaran dari Manis FM untuk menggunakan nama Manis FM. Tetapi, bodohlah kita jika kita berniaga, seseorang telah mempromosi produk kita secara bersendirian kita ingin menyamannya. Kecuali lah jika ianya wujud semata-mata untuk menjahanamkan perniagaan kita. Adakah Blog Kelab Rakan Pendengar telah menjejaskan imej Manis FM ?

Aku tidak tahu samada penutupan blog itu adalah kerana kehendak Blogger sendiri yang tidak lagi mahu menyokong Manis FM. Tetapi aku rasa seperti ada sesuatu di belakang semua ini. Jika benar, amat malang bagi Manis FM. Selepas ini, adakah akan ada blog DJ-DJ yang terpaksa ditutup? Takut juga kot-kot ada yang nak saman....

PERLU PERHATIAN SEGERA

Malam tadi sewaktu berada di Kuantan, aku mengikuti siaran radio Manis FM bermula jam 12 tgh mlm. Seperti yang telah aku katakan sebelum ini, siaran radio Manis FM telah tergendala di Kuantan sejak lebih kurang 2 minggu lepas. Nasib baik aku punyai Broadband, dapat juga aku mengikuti siaran radio melalui website Manis FM secara radio online. Ini salah satu masalah besar yang harus difikirkan oleh pengurusan Manis FM agar Manis FM tidak kehilangan pendengar setia mereka.

Seperti biasa, tengah mlm tadi DJ bertugas adalah DJ Aiman iaitu pada aku DJ yang punyai ramai peminat setia khususnya diwaktu malam. Aku mengikuti siaran radio tersebut dan aku dapati sehingga lebih kurang jam 4 pagi, tiada satu pun kiriman SMS Ucapan yang dibaca oleh DJ Aiman. Aku difahamkan malam tadi sistem SMS punyai masalah. Sehingga lebih kurang hampir pukul 5 pagi, barulah sistem SMS pulih dan tentunya DJ Aiman terpaksa membaca kesemua kiriman tersebut. Lazimnya, apabila pukul 5 pagi, tiada SMS yang akan dibaca oleh DJ kerana ketika itu DJ akan memainkan lagu2 Nasyid/Arab sehingga masuk waktu Solat Subuh.

Masalah sistem SMS yang `tersangkut' ini bukan baru. Semasa saya bertugas pun ianya kerap terjadi. Memang lumrah, setiap sistem tidak semestinya sempurna. Tetapi, apa yang penting masalah tersebut wajar dikenal pasti dan berusaha agar ianya dapat dikurangkan. Seperti juga masalah gangguan siaran di beberapa tempat, masalah sistem SMS `tersangkut' ini boleh menjejaskan nama baik Manis FM. Kadangkala orang menyangka baik buruknya stesyen radio itu bergantung hanya kepada kebolehan dan bakat seseorang DJ. Kepekaan terhadap masalah seperti ini juga wajar diberi perhatian serius. Kerana apa? Tidak lain dan tidak bukan kerana kita sayangkan Manis FM.

Monday, January 18, 2010

MALANGNYA ORANG-ORANG KUANTAN, SABAR JE LAH !!

Lebih kurang jam 1000 mlm sebentar tadi, aku sampai ke rumah ku di Kuantan. Perjalanan menjemukan dari K.Bharu ke Kuantan bersendirian dengan memandu kereta melalui jalan K.Bharu - P.Puteh - K.Berang - Jabor - Jerangau - Kuantan. Aduuhh...lama bangat. Di dalam perjalanan dr K.Bharu, aku memasang radio tentunya siaran Manis FM. Malangnya sampai di beberapa kawasan di Terengganu, siaran terputus dan ianya terus tenggelam apabila memasuki kawasan di Kuantan.

Untuk menghilangkan ngantuk, aku mainkan semula rakaman siaran radio malam terakhir aku di konti sewaktu bersama DJ Aiman. Aku memang simpan banyak rakaman yang aku bersiaran seolah-olah aku tahu suatu hari nanti aku mungkin tiada di Manis FM. Itulah `harta' aku yang berharga untuk ku bawa ke mana jua ku pergi. Tersenyum sendirian dan kadangkala sebak juga bila mendengar semula rakaman tersebut.

Entah mengapa, siaran Manis FM begitu lama terputus di Kuantan dan beberapa kawasan di Terengganu. Aku tidak fikir ianya sengaja dibiarkan kerana Radio Manis FM adalah radio swasta yang ingin mendapatkan keuntungan. Di dalam urusan perniagaan, bak kata orang-orang Cina setiap saat itu adalah duit menunjukkan betapa pentingnya masa bagi mereka yang berniaga. Oleh yang demikian, radio swasta juga perlu bertindak pantas bagi mengatasi masalah ini. Mungkin masalah ini sedang diatasi tetapi tindakan yang mengambil masa terlalu lama begini amat merugikan. Sehingga kini, orang-orang di Kuantan malang sungguh tidak dapat mendengar Manis FM...apa yang boleh kita katakan adalah bersabar sajalah...//

Sunday, January 17, 2010

TERPAKSA BUKAN DIPAKSA

Tanggal pagi Ahad 17hb Jan 2010, menghampiri detik pukul 5 pagi, suasana gelak ketawa di ruang udara Manis FM mungkin terganggu seketika. Aku terpaksa umumkan sesuatu meskipun aku amat `benci' untuk berbuat demikian. Aku terpaksa, aku bukan dipaksa.

Sepertimana yang ku coretkan dalam tulisanku sebelum ini, aku terpaksa undur diri dari Manis FM. Pagi itu aku luahkan segalanya buat para pendengar agar aku tidak dianggap `biadap' jika pergi melangkah begitu sahaja. Ketika ku memasuki konti pada permulaan ku menjejakkan kaki ke wisma Manis FM, ku diajar untuk memperkenalkan diriku. Masakan ketika ku keluar, aku tinggal begitu sahaja. Coretanku ketika jam menghampiri pukul 5 pagi itu berbunyi begini,"

"Takdir membawa aku ke sini. Membawa hajat menimba ilmu di corong radio ini. Lumrah alam, di mana bumi dipijak di sana pasti ada suka dan duka. Aku lupakan segala kedukaan dan ku hadapi cabaran demi ilmu yang ku cari. Terima kasih teman-teman yang sentiasa membantuku. Terima kasih Manis FM yang memberiku peluang mencuba bakat ku di sini. Ku tinggalkan keluarga tercinta untuk membina masa depanku. Aku tidak pernah menyesal memilih bidang ini ."

" Aku bertuah kerana ramai rakan-rakan yang sentiasa memberiku semangat di sini. Anda di luar sana juga banyak memberiku semangat dan inspirasi. Aku pasti merindui kelian. Kesetiaan kelian terhadap Stesyen Radio ini amat ku kagumi. Sudah pasti aku punyai banyak kelemahan dan sudah pasti aku tak mampu menyenangkan semua orang. Aku rindu semua dan aku sayang semua. Takdir juga akan memisahkan kita. Aku terpaksa pergi kerana sampai waktunya walaupun terlalu berat rasa dihati. Pagi nan sunyi ini, aku gagahkan diri ini untuk bersama kelian bagi kali terakhir. Aku sentiasa berdoa agar takdir dapat menemukan kita kembali."

" Beberapa jam lagi aku akan meninggalkan K.Bharu ini menuju masa depan yang aku sendiri tidak ketahui ke mana. Maafkan aku wahai teman setugas sepanjang kita bersama. Maafkan aku wahai rakan-rakan pendengar Manis FM andaikata aku tak bisa membuat kelian terhibur. Tersilap laku dan tutur bicara, gurauan yang menyinggung perasaan, aku mohon maaf. Doakan bersama agar kita dapat bersatu kembali. Sambutlah salam manis, salam rindu dari ku, Zekriy. Teruskan kesetiaan anda kepada Radio Manis FM yang kita sayangi ini. Selamat tinggal semua. Wassalam."

Selepas ini aku akan pulang ke Kuantan, kemudiannya meneruskan urusan ku di Kuala Lumpur untuk beberapa hari. Selepas itu, aku akan bercuti dan berehat tidak tahu untuk berapa lama. Apakah tiada cita-cita untuk kembali menjejakkan kaki ke bumi Kelantan Serambi Mekah ini? Jawapannya, sudah pasti....cuma, doakan saja.

Saturday, January 16, 2010

HARI TERAKHIR DJ ZEK DI MANIS FM - CORETAN BUAT SEMUA


Hari ini hari terakhir ku berada di Wisma Manis FM. Permulaan yang baik bagiku ketika melangkah ke sini, dan tika ini juga aku keluar dengan baik. Banyak yang ku pelajari di sini dan tentunya ku terhutang budi dengan pihak Manis FM yang sudi menerima ku berdagang di sini demi sesuap ilmu. Terhutang budi juga aku pada teman2 setugas yang tidak pernah jemu mengajarku yang buta tentang bidang penyiaran ini. Kepada semua staf Manis FM, ku tidak pernah lupakan sikap ramah kelian semua selama ku berada di sini yang membuatkan ku tidak pernah terasa terasing di sini.

Kepada DJ Aiman, ku tentunya merasa kehilangan seorang teman gelak dan tawa walaupun kadangkala ku tahu kau menangis dalam tawamu. Bertugas dengannya amat ku senangi dan ku pernah impikan untuk sentiasa bersamanya di konti. DJ Ewan Selamber, DJ pertama yang ku kenali bila ku ditugaskan untuk kali pertama waktu malam. Beliau seorang yang ceria tetapi romantis. DJ Amiey, seorang DJ berbakat dan berpengalaman tidak kurang juga banyak membantuku. DJ Uncle Wan, meski pun kelihatan pendiam, tetapi beliau seorang yang baik hati dan jujur. Ku takkan lupa ketika beliau membantuku ketika kereta ku rosak di Bukit Abal. Aku dan dia meredah hujan dan banjir dengan motor. Beliau sering berkunjung ke rumah ku tatkala ku membawa keluarga ke sini.

DJ Ira Fatiran, meskipun kali pertama ku digandingkan dengannya dalam segmen dangdut, semakin lama ku rasa semakin serasi. Aku senang bertugas dengannya apatah lagi beliau seorang yang ceria, walaupun kadangkala `kenakalan'nya membuatkan ku semakin teruja. Apa pun, beliau seorang yang baik dan sentiasa mahukan semua pendengar ceria bersamanya. DJ Ayu, punyai banyak pengetahuan di dalam menyampaikan info semasa bertugas. Gaya bersahajanya ketika menjalankan tugas membuatkan ku rasa beliau seorang DJ yang punyai peminat tersendiri. Aku tidak banyak peluang untuk menimba ilmu daripada DJ Abe Nor. Beliau seorang yang berdedikasi, dan ceria ketika bertugas. Tentunya DJ Abe Nor punyai ramai peminat terutamanya bersiaran di awal pagi. Seorang lagi DJ wanita yang ku kagumi adalah DJ Iza. Segmen bersamanya yang tidak dapat ku lupakan adalah di dalam segmen `Loghat Kelate' yang banyak mengajarku tentang loghat orang di sini. Beliau sering mengusikku dengan loghat kelate nya. Gelaran `Mama Rock' senonim dengannya walau pun beliau seorang yang berwajah keibuan.

Tentunya, Paling manis kenanganku adalah bersama pendengar2 Manis FM yang sentiasa setia bersama Manis FM. Mereka sentiasa menghiburkan dengan berbagai ragam dan gelagat apabila menghantar SMS ke Manis FM. Kadangkala DJ terpaksa walaupun dengan berat hati membuat `edit' ucapan mereka atas sebab-sebab tertentu, namun mereka tidak berasa hati dan terus bersama Manis FM. Di sini mereka punyai ramai kenalan dan di sini aku kadangkala tertawa sendirian bila membaca ucapan2 yang mengggelikan hati. Hati ku juga kadangkala tersentuh bila ada ucapan yang meluahkan perasaan masing2.

Ini semua adalah kenanganku. Pasti akan ku ingat sampai bila2. Cuma, aku terkilan kerana tidak berkesempatan bersalam untuk kali terakhir dengan semua rakan2ku. Rakan2 yang dekat pun tidak, jauh di luar sana pun tidak berkesempatan. Maafkan aku. Kalau ditanya pada ku, nescaya aku tidak mahu meninggalkan kelian semua, tetapi mungkin `jodoh' kita setakat ini. Aku sentiasa berharap ini bukan perpisahan untuk selamanya, dan aku harap aku masih punyai ruang lagi untuk bersama Manis FM. Tetapi, jika aku bukan di antara yang layak berada di sini, aku akur kerana itu adalah kelemahanku. Mungkin, takdir menetapkan rezeki ku di suatu tempat yang bakal memisahkan kita untuk bersama. Namun, ku tetap merindui semua.

Thursday, January 14, 2010

MALAM ESOK - CARTA DIKIR IRAMA KITA DITAJA OLEH SERI CEMERLANG LODGE

Pagi tadi 14hb Jan 10, seperti biasa saya bertugas mulai jam 10 pagi hingga 2 petang. Pagi ini bersama DJ Ayu. Kesihatan terganggu sedikit kerana selsema. Apa pun, tugas dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Esok 15hb Jan 10, Jumaat malam Sabtu bermula jam 1200 tgh mlm, Carta Dikir Irama Kita akan ke udara bersama DJ Aiman bersama tetamu iaitu Penaja rancangan tersebut dari Hotel Bajet Seri Cemerlang Lodge. InsyaAllah, saya mungkin turut bersama DJ Aiman pada malam tersebut. Jom pakat bersama Manis FM sebilang masa.

Tuesday, January 12, 2010

JOM DANGDUT....MASA TIDAK BANYAK LAGI

Rindu ku kepada dangdut....rindu juga pada DJ Ira....rindu juga pada semua. Pagi nanti, ku kembali bersama DJ Ira. Masa tidak banyak lagi untuk ku bersama kelian. Teruskan bersama Manis FM.

Sunday, January 10, 2010

TERUSKAN MENGIRIM FOTO ANDA, ZEK GANTI AIMAN BERCUTI

Pagi tadi 10 Jan 09, saya berpasangan kembali dengan DJ Ira mulai jam 10 pagi hingga 2 petang. InsyaAllah, esok kami juga akan bersama. Dan, malamnya InsyaAllah, akan bertugas pula bagi menggantikan DJ Aiman mulai jam 1200 tgh mlm hingga 6 pagi kerana DJ Aiman akan bercuti.

Anda diminta untuk teruskan mengirim foto anda untuk disiarkan di blog ini secara bergilir-gilir. Untuk melihat foto pendengar-pendengar setia Manis FM, sila lihat di ruangan kiri blog ini. Terus ceria bersama Manis FM.

Saturday, January 9, 2010

TAK SABAR KU BERGOYANG SAMA IRA....

Agak lama juga saya keseorangan tanpa teman. Ehehhh....di konti la tu. Pagi tadi masih keseorangan. InsyaAllah, DJ Ira akan kembali mengubati kerinduanku pagi nanti.....juga kerinduan anda semua. Teruskan bersama Manis FM.

Friday, January 8, 2010

KU KESEORANGAN LAGI, GAMBAR PENDENGAR MANIS FM

Hari ini saya bertugas keseorangan dalam segmen AKDS (Apa Khabar Di Sana) mulai jam 10 pagi hingga 2 petang. DJ Ayu masih `keuzuran', ehehehhh...maksud saya, dia masih sakit mata. Apa pun terima kasih kepada anda yang terus setia bersama Manis FM.

Kali ini saya sertakan foto seorang lagi pendengar setia Manis FM. Siapakah dia? Lihat lah sendiri ok. Jika anda ingin foto anda dipamirkan di sini, sila hantar melalui email saya atau MMS gambar anda ke no 013-9410309.

Thursday, January 7, 2010

MENGENALI RAKAN KITA PENDENGAR MANIS FM

Mulai sekarang, saya akan cuba menyiarkan foto rakan2 kita para pendengar radio Manis FM yang dihantar sendiri oleh pendengar untuk dimuatkan ke dalam blog ini. Foto2 tersebut akan disiarkan dari masa ke semasa untuk tatapan kita bersama. Mudah-mudahan akan dapat menjalinkan hubungan silaturrahim sesama kita.

Kali ini buat permulaan, saya siarkan foto INTAN AMALIN SYAFIRA @ DARAMANISKU dari Macang. Beliau adalah seorang peminat setia radio Manis FM. Seorang yang rajin membantu keluarganya berniaga. Benarkah gossip yang menyatakan beliau terlalu intim dengan seorang lagi pendengar setia Manis FM iaitu Zawarie? Semua itu hanya beliau dan Zawarie saja yang tahu. Apa pun, semoga Intan Amalin terus ceria dan berbahagia.
(Lihat foto di sebelah kiri blog ini)

CARTA DIKIR AKAN LEBIH BERTENAGA ?


Salah satu program yang mendapat sambutan hangat dari para pendengar Manis FM adalah Carta Dikir `Irama Kita' yang dikendalikan oleh DJ Aiman setiap hari Jumaat malam Sabtu mulai jam 1200 mlm hingga 0200 Pagi. Dj Aiman telah berjaya membawa program ini sehinggakan irama dikir barat kini menjadi pilihan para pendengar sebilang masa. Radio Manis FM terkenal sebagai satu-satunya stesyen radio yang banyak menyiarkan irama dikir. Ini sejajar dengan fungsi radio ini sebagai radio Pantai Timur.

Dikatakan, tidak beberapa lama lagi program/segmen Irama Kita ini akan memperolehi tajaan dari seseorang yang begitu rapat dengan DJ Aiman dan juga saya. Bakal penaja ini dikatakan akan berunding secara terus dengan pihak pengurusan Manis FM seberapa segera untuk membincangkan butir-butir tajaan program tersebut. Sekiranya berjaya, program/segmen ini akan lebih bertenaga di mana DJ Aiman dan saya telah pun merancang beberapa strategi untuk meningkatkan lagi jumlah para pendengar segmen ini khususnya dan radio Manis FM, amnya.

Wednesday, January 6, 2010

DJ AYUE SAKIT MATA ? DJ ZEK KESEORANGAN

Pagi ini berkemungkinan saya akan bertugas seorang diri mulai jam 10 pagi hingga 2 petang. Sepatutnya saya akan berganding dengan DJ Ayue, tetapi difahamkan beliau mengambil MC kerana sakit mata. Ermmmm....kuat mengendap kot....

DJ Ira off hari ini. Apa pun, diharapkan tugas yang diberikan akan dilaksanakan sebaik mungkin. Teruskan bersama Manis FM.

Tuesday, January 5, 2010

`OVER TIME..' SERONOK JUGAK

Baru pagi tadi 05 Jan 10 saya bertugas berpasangan dengan DJ Ira mulai pukul 10 pagi hingga 2 petang. Balik2 hotel saya terus berehat dan tidor. Petangnya, saya terima penugasan baru dari Penerbit, penugasan `emergency' la kira. Saya diminta untuk menggantikan DJ Uncle Wan PCJ yang kurang sihat. Saya mula memasuki konti petang tadi pukul 7 ptg sehingga 12 mlm. Seronok juga bertugas petang, maklumlah lama tidak bertugas petang ni. Apa pun, diharapkan DJ Uncle Wan cepat sembuh. Terima kasih kerana bersama saya di Manis FM, teruskan bersama Manis FM.

Monday, January 4, 2010

DANGDUT LAGI

Hari ini 05 Jan 10, kembali bersama DJ Ira Fatiran mulai jam 10 pagi hingga 2 ptg. Segmen dangdut mulai jam 11.15 hingga 12 tghari. Jom....dangduttt.....

Sunday, January 3, 2010

TAHUN BARU, DJ AMIEY BUKA BLOG SENDIRI?


TAHNIAH!! Memasuki tahun baru 2010, DJ yang diminati ramai iaitu DJ Amiey kini telah mempunyai blognya tersendiri. Sesiapa yang ingin mengunjungi blog beliau, sila masuk ke alamat di blog beliau di sini.

Banyak cerita menarik di blog tersebut. Kisah beliau belajar silat pun ada. Silat pulut kahwin pengantin kot....hehehe.....takdelah, saya gurau je. Anda bacalah di sana ok. Tahniah buat DJ Amiey semoga blog beliau terus berjaya. Untuk En Razi, harap delete blog DJ Amiey yang lama kat blog KRP tu yer dan masukkan alamat yang baru. Tahniah juga buat En Razi yang banyak memberikan kerjasama kepada kita semua demi meningkatkan Manis FM.

Saturday, January 2, 2010

JOM DANGDUT BERSAMA DJ IRA

Sekarang jam 10 pagi hingga 2 ptg, saya bersama DJ Ira Fatiran. Jam 11.15 nanti kita akan berdangdut sehingga jam 12 tghari. Teruskan bersama kami di Manis FM.

Friday, January 1, 2010

MENYAMBUT TAHUN BARU DI KONTI DAN KFC

Menjelang pukul 12 tgh mlm tadi, menjelang tahun baru 2010 saya ke konti untuk menemani DJ Aiman yang bertugas. Kami menyambutnya di konti dengan mengimbas kembali peristiwa-peristiwa manis dan pahit sepanjang tahun 2009. Amat malang sekali ketika sambutan ini, siaran Manis FM tergendala di sekitar Kuantan di beberapa kawasan. Tambahan pula talian telefon masih belum berfungsi. Jika tidak, tentunya sambutan tahun baru melalui udara Manis FM lebih ceria. Diharapkan pengurusan Manis FM dapat melakukan sesuatu sempena tahun baru ini.

Terima kasih juga buat DJ Ewan Slumber yang membawa KFC untuk kami sebagai meraikan sambutan tahun baru. Maka, bertambah montok dan bulat DJ Aiman di pagi itu selepas menjamu selera.

Esok, 02 hb Jan 2010 saya kembali bertugas bersama DJ Ayu mulai jam 10 pagi hingga 2 petang. Ahad 03 hb pula, kembali berdangdut bersama DJ Ira Fatiran. Sokongan anda bersama Manis FM amat dihargai.