KOBAT FM ONLINE

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

JOM JOIN FACE BOOK SAYA

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, January 19, 2010

GEMPAR !! BLOG KELAB RAKAN PENDENGAR MANIS FM DITUTUP ?

GEMPAR, menyedihkan !! Hati ini bertambah sebak bila membuka blog Kelab Rakan Pendengar Manis FM yang diumumkan oleh empunya blog bahawa blog itu telah ditutup sertamerta. Persoalannya, mengapa dan kenapa? Bertahun rasanya blog ini wujud dan semakin mendapat sambutan tetapi mengapa ianya ditutup?

Memang benar, blog ini bukan blog rasmi Manis FM tetapi blog ini adalah penyumbang besar kepada Manis FM. Ia adalah inisiatif peminat2 Manis FM untuk membantu Manis FM terutamanya dari segi publisiti meskipun tidak berbayar. Manis FM mendapat promosi percuma dari blog ini. Malahan ilham mewujudkan blog ini menjadi inspirasi kepada DJ-DJ Manis FM untuk mewujudkan blog masing2. Salahkah adanya blog untuk menyokong usaha kita? Selagi blog itu tidak menjejaskan nama baik Manis FM, seharusnya blog seperti ini patut diberi pujian.

Aku pernah mendengar ada yg berkata, blog seperti ini boleh di SAMAN kerana tidak mendapat kebenaran dari Manis FM untuk menggunakan nama Manis FM. Tetapi, bodohlah kita jika kita berniaga, seseorang telah mempromosi produk kita secara bersendirian kita ingin menyamannya. Kecuali lah jika ianya wujud semata-mata untuk menjahanamkan perniagaan kita. Adakah Blog Kelab Rakan Pendengar telah menjejaskan imej Manis FM ?

Aku tidak tahu samada penutupan blog itu adalah kerana kehendak Blogger sendiri yang tidak lagi mahu menyokong Manis FM. Tetapi aku rasa seperti ada sesuatu di belakang semua ini. Jika benar, amat malang bagi Manis FM. Selepas ini, adakah akan ada blog DJ-DJ yang terpaksa ditutup? Takut juga kot-kot ada yang nak saman....

1 comment:

  1. first at all, saya mintak maaf lau kata2 yang bakal saya tulis tu mengores perasaan sesiapa...
    bagi saya...ini sume memang tak patut......kejayaan n keglamouran manis adalah atas sokongan pendengar2 manis itu sendiri...jika ada pihak nak menyaman blogger2 yang menggunakan nama manis fm tu memang tak munasabah....mungkin pihak yang mengeluarkan kenyataan utuk menutup blog pendengar manis tu ada masalah or ada yang tak puas hati dengan rakan pendengar...jika hal ini terjadi...cepat2lah jernihkannya supaya..stesen manis fm tidak terkena tempias yang buruk2....nauzubillahminzalik...

    ReplyDelete