KOBAT FM ONLINE

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

JOM JOIN FACE BOOK SAYA

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 18, 2010

MALANGNYA ORANG-ORANG KUANTAN, SABAR JE LAH !!

Lebih kurang jam 1000 mlm sebentar tadi, aku sampai ke rumah ku di Kuantan. Perjalanan menjemukan dari K.Bharu ke Kuantan bersendirian dengan memandu kereta melalui jalan K.Bharu - P.Puteh - K.Berang - Jabor - Jerangau - Kuantan. Aduuhh...lama bangat. Di dalam perjalanan dr K.Bharu, aku memasang radio tentunya siaran Manis FM. Malangnya sampai di beberapa kawasan di Terengganu, siaran terputus dan ianya terus tenggelam apabila memasuki kawasan di Kuantan.

Untuk menghilangkan ngantuk, aku mainkan semula rakaman siaran radio malam terakhir aku di konti sewaktu bersama DJ Aiman. Aku memang simpan banyak rakaman yang aku bersiaran seolah-olah aku tahu suatu hari nanti aku mungkin tiada di Manis FM. Itulah `harta' aku yang berharga untuk ku bawa ke mana jua ku pergi. Tersenyum sendirian dan kadangkala sebak juga bila mendengar semula rakaman tersebut.

Entah mengapa, siaran Manis FM begitu lama terputus di Kuantan dan beberapa kawasan di Terengganu. Aku tidak fikir ianya sengaja dibiarkan kerana Radio Manis FM adalah radio swasta yang ingin mendapatkan keuntungan. Di dalam urusan perniagaan, bak kata orang-orang Cina setiap saat itu adalah duit menunjukkan betapa pentingnya masa bagi mereka yang berniaga. Oleh yang demikian, radio swasta juga perlu bertindak pantas bagi mengatasi masalah ini. Mungkin masalah ini sedang diatasi tetapi tindakan yang mengambil masa terlalu lama begini amat merugikan. Sehingga kini, orang-orang di Kuantan malang sungguh tidak dapat mendengar Manis FM...apa yang boleh kita katakan adalah bersabar sajalah...//

1 comment:

  1. betul2 sokong..kadang2 sya mlalui area jeli@Gua musang tnggelam timbul sedangkn jarak frekuensi rs tk jauh pn.rs org TM boley jwb.Pengurusan Manis pn kn peka hal ni.jgn kita pulak d cop stesen swasta yg ktinggalan.sya syg stesen ni krn mbesar ngn stesen ni.

    ReplyDelete