KOBAT FM ONLINE

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

JOM JOIN FACE BOOK SAYA

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, January 19, 2010

TOPIK SEMASA - APA KAH TUGAS PENERBIT RADIO?

Penerbit Radio lebih kurang sama lah juga peranannya sebagai Pengarah dalam sesebuah filem. Juruhebah Radio sama seperti pelakon yang membawa berbagai watak dari filem mengikut arahan Pengarah filem. Justeru, tugas dan tanggungjawab Penerbit Radio bukanlah mudah kerana mereka lah yang menentukan baik buruknya sesuatu rancangan terbitannya.

Juruhebah pula umpama pelakon, jika filem itu punyai kekuatan dari segi jalan ceritanya tetapi jika pelakon itu lemah, maka lemahlah filem itu. Maksudnya, jika rancangan radio itu amat baik, tetapi jika Juruhebah Radio tiada berkebolehan untuk mengendalikan rancangan tersebut maka tempanglah jadinya. Maka, Penerbit dan Juruhebah mesti sama-sama berkebolehan di samping mempunyai inisiatif yang tinggi bagi menentukan rancangan itu bertenaga.

Oleh yang demikian, lazimnya seseorang Penerbit itu lahir dari seorang Juruhebah atau berkebolehan untuk menjadi Juruhebah. Penerbit bukan seorang yang hanya pandai mengarah semata-mata sedangkan tugas dan tanggungjawabnya terabai. Juruhebah juga mesti berilmu dan berpengetahuan luas dan sentiasa peka terhadap perkembangan dan isu semasa.

Untuk kita kongsi bersama, di sini di antara bidang tugas Penerbit Radio. Bidang tugas Penerbit Radio seperti yang aku senaraikan di bawah adalah ku petik dari nota pembelajaran semasa aku berkursus komunikasi di INTAN sebelum aku bersara. Jika anda berminat untuk menjadi Penerbit Radio, anda perlu bersedia untuk melaksanakan tugas-tugas seperti di bawah:

1. Menyediakan program /segmen yang hendak diterbitkan sepanjang 12 bulan dan menilai pencapaiannya.

2. Mentadbir, mengarah dan mengatur jadual kerja Penolong Penerbit dan Juruhebah termasuk tentang kebajikan mereka.

3. Membuat penilaian prestasi Pen Penerbit dan Juruhebah.

4. Menyediakan laporan tahunan terbitan rancangan-rancangan dan Juruhebah-Juruhebah.

5. Kebolehan mengawal perbelanjaan dengan menghasilkan produktiviti yang tinggi dengan mengarahkan kakitangannya di bawah tadbirannya membuat kerja-kerja dan rancangan yang baik dan sesuai yang menepati kehendak dan matlamat stesyen radio.

6. Menggalak dan membimbing idea-idea yang kreatif dalam format satu-satu rancangan.

7. Merancang latihan yang bersesuaian dengan bidang tugas Juruhebah Radio.

8. Menyediakan skrip/teks atau rangka penugasan Juruhebah.

9. Menyediakan jadual rakaman, jadual siaran dan tapisan bagi rancangan-rancangan
yang hendak disiarkan.

10. Apa jua tugas yang diarahkan oleh pihak atasannya.

11. Merancang penugasan Juruhebah mengikut kesesuaian dan gaya persembahan mereka.

5 comments:

  1. yaaaa kawe setuju 210%. Kawe walaupun ngaji kut komunikasi massa (major penerbitan - bab buku) tapi kawe tak duk dlm kelompok gu2 kawe jah.. So, kawe tau gak huduh2 pasal kelompok2 gu lain dlm komunikasi - Perhubungan Awam, Periklanan, Kewartawanan & Penyiaran!!!

    ReplyDelete
  2. aku pernah kijer kat manis tu, aku da dapat belajo perangai sorang2...aku bukan nak ngatala, munira tu kawan aku, die pun jadi dj gak, penerbit pun yer gak, tapi hal dj manis ni memang tak dapat nak diselamatkan da...jenis bodoh tak boleh nak ajar, die cakap, mintak skrip pun tak bagi, suh wat tit bit pun tak penah buat, nak jaga kebajikan meke yang gitu, bek tak yah...aku nak tanya ko, ko buat tak tit bit, aderr anta skrip, ikut tak undang2 penyiaran?sebelum nak ngata, beki diri tu dulu beb...

    ReplyDelete
  3. Tkasih kerana beri komen. Aku malas sebenarnya nak layan komen yg tanpa nama seperti anda, apatah lagi anda mengaku pernah bekerja di Manis FM. Mengapa perlu takut dedahkan identiti anda? Tuduhan anda mengatakan DJ-DJ Manis tu bodoh tak boleh nak ajar tu, Wallahu Aklam.

    ReplyDelete
  4. ehemmm.. setau saya munira tu keje kt ctu thn 2007, TAPI skrg dh 2010!!. Knp nk ungkit hal lama?. Kita xleh idup n samakan dgn yg lama. Yg baru pun belum tentu betul berjalan!!. Yg sebetulnya, kalu ikut dunia penyiaran radio, yg sediakan skrip or tit bit or program rancangan adalah penerbit..bukannya mengharapkan Dj semata2. Dj adalah penyampai!! Jika segala2nya harapkan Dj yg sediakan sendiri: baik xyah ada penerbit. Dj lah penyampai.. Dj la juga penerbit on sdn bhd.

    ReplyDelete
  5. as'kum,

    mohon copy untuk tujuan rujukan.

    ReplyDelete