Saturday, January 16, 2010
HARI TERAKHIR DJ ZEK DI MANIS FM - CORETAN BUAT SEMUA
Hari ini hari terakhir ku berada di Wisma Manis FM. Permulaan yang baik bagiku ketika melangkah ke sini, dan tika ini juga aku keluar dengan baik. Banyak yang ku pelajari di sini dan tentunya ku terhutang budi dengan pihak Manis FM yang sudi menerima ku berdagang di sini demi sesuap ilmu. Terhutang budi juga aku pada teman2 setugas yang tidak pernah jemu mengajarku yang buta tentang bidang penyiaran ini. Kepada semua staf Manis FM, ku tidak pernah lupakan sikap ramah kelian semua selama ku berada di sini yang membuatkan ku tidak pernah terasa terasing di sini.
Kepada DJ Aiman, ku tentunya merasa kehilangan seorang teman gelak dan tawa walaupun kadangkala ku tahu kau menangis dalam tawamu. Bertugas dengannya amat ku senangi dan ku pernah impikan untuk sentiasa bersamanya di konti. DJ Ewan Selamber, DJ pertama yang ku kenali bila ku ditugaskan untuk kali pertama waktu malam. Beliau seorang yang ceria tetapi romantis. DJ Amiey, seorang DJ berbakat dan berpengalaman tidak kurang juga banyak membantuku. DJ Uncle Wan, meski pun kelihatan pendiam, tetapi beliau seorang yang baik hati dan jujur. Ku takkan lupa ketika beliau membantuku ketika kereta ku rosak di Bukit Abal. Aku dan dia meredah hujan dan banjir dengan motor. Beliau sering berkunjung ke rumah ku tatkala ku membawa keluarga ke sini.
DJ Ira Fatiran, meskipun kali pertama ku digandingkan dengannya dalam segmen dangdut, semakin lama ku rasa semakin serasi. Aku senang bertugas dengannya apatah lagi beliau seorang yang ceria, walaupun kadangkala `kenakalan'nya membuatkan ku semakin teruja. Apa pun, beliau seorang yang baik dan sentiasa mahukan semua pendengar ceria bersamanya. DJ Ayu, punyai banyak pengetahuan di dalam menyampaikan info semasa bertugas. Gaya bersahajanya ketika menjalankan tugas membuatkan ku rasa beliau seorang DJ yang punyai peminat tersendiri. Aku tidak banyak peluang untuk menimba ilmu daripada DJ Abe Nor. Beliau seorang yang berdedikasi, dan ceria ketika bertugas. Tentunya DJ Abe Nor punyai ramai peminat terutamanya bersiaran di awal pagi. Seorang lagi DJ wanita yang ku kagumi adalah DJ Iza. Segmen bersamanya yang tidak dapat ku lupakan adalah di dalam segmen `Loghat Kelate' yang banyak mengajarku tentang loghat orang di sini. Beliau sering mengusikku dengan loghat kelate nya. Gelaran `Mama Rock' senonim dengannya walau pun beliau seorang yang berwajah keibuan.
Tentunya, Paling manis kenanganku adalah bersama pendengar2 Manis FM yang sentiasa setia bersama Manis FM. Mereka sentiasa menghiburkan dengan berbagai ragam dan gelagat apabila menghantar SMS ke Manis FM. Kadangkala DJ terpaksa walaupun dengan berat hati membuat `edit' ucapan mereka atas sebab-sebab tertentu, namun mereka tidak berasa hati dan terus bersama Manis FM. Di sini mereka punyai ramai kenalan dan di sini aku kadangkala tertawa sendirian bila membaca ucapan2 yang mengggelikan hati. Hati ku juga kadangkala tersentuh bila ada ucapan yang meluahkan perasaan masing2.
Ini semua adalah kenanganku. Pasti akan ku ingat sampai bila2. Cuma, aku terkilan kerana tidak berkesempatan bersalam untuk kali terakhir dengan semua rakan2ku. Rakan2 yang dekat pun tidak, jauh di luar sana pun tidak berkesempatan. Maafkan aku. Kalau ditanya pada ku, nescaya aku tidak mahu meninggalkan kelian semua, tetapi mungkin `jodoh' kita setakat ini. Aku sentiasa berharap ini bukan perpisahan untuk selamanya, dan aku harap aku masih punyai ruang lagi untuk bersama Manis FM. Tetapi, jika aku bukan di antara yang layak berada di sini, aku akur kerana itu adalah kelemahanku. Mungkin, takdir menetapkan rezeki ku di suatu tempat yang bakal memisahkan kita untuk bersama. Namun, ku tetap merindui semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment