KOBAT FM ONLINE

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

JOM JOIN FACE BOOK SAYA

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, February 26, 2010

TEMPAT JATUH LAGIKAN DIKENANG.....


`Tempat Jatuh Lagi Dikenang, Inikan Pula Tempat Bermain'....Itu peribahasa orang dulu-dulu untuk menunjukkan betapa rindu dan ingatnya kita pada sesuatu tempat atau peristiwa. Itulah yang terjadi pada diriku. Ada rakan2 yang bertanya, tidak rindukah kepada bumi Kelantan? Aku sering menjawab seperti peribahasa di atas. Dan, memang benar apa yang ku katakan.

Julung2 kali aku menjejakkan kaki ke Kelantan agak terlalu lama iaitu semasa aku masih `teruna' trang..tang..tang....lagi. Ketika itu aku baru masuk berkhidmat di dalam tentera. Aku pergi ke Kelantan dengan 3 orang rakan2ku dengan menyewa sebuah kereta. Tempat pertama yang aku tuju ketika itu adalah di Rantau Panjang, maklumlah semasa itu Rantau Panjang terkenal dengan tempat jualan murah. Bandar K.Bharu ketika itu tidak membangun seperti sekarang.

Setelah itu, berpuluh tahun aku tidak berkunjung ke negeri Che Siti Wan Kembang tersebut. Sehinggalah pada Jul tahun 2009, aku sendiri memilih untuk ke sana bertujuan untuk belajar dan menimba ilmu sebagai Juruhebah Radio di Stesen Radio anis FM. Selama tempoh lebih kurang 6 bulan aku di Manis FM, aku tidak mempunyai musuh walaupun seorang. Bahkan, aku mendapat ramai teman2 yang boleh dijadikan tempat menghilangkan kesunyian di rantau orang.

Terlalu banyak saat manis sewaktu aku berada di sana. Tidak kurang juga saat yang membuatkan aku rasa sedih. Semuanya itu aku harungi kerana bagiku di mana jua kita berada kita pasti akan diuji. Aku tidak suka menyimpan perasaanku bersendirian terutamanya yang melibatkan penugasan ku. Semuanya aku luahkan pada rakan2 setugas samada secara lisan dan juga melalui kiriman SMS. Aku sebenarnya inginkan suntikan semangat atau nasihat dari mereka. Biasalah, ada rakan2 yg sudi berkongsi masalah denganku dan ada juga yang menyepi. Aku tidak pernah berasa hati kepada rakan2 yang menyepi seperti itu kerana bagiku aku harus kuat dan tabah melaluinya tanpa mereka.

Kini, aku berada jauh semula dari bumi Kelantan. Tidak berani aku untuk menyatakan samada aku akan kembali berada di Manis FM. Semua itu rezeki dan ketentuan Illahi. Apa yang pasti, aku akan ke sana juga....rindu...terlalu rindu...

BOSAN !!

Semalam aku ke KL lagi. Sudah rasa terlalu lama di kampung. Kali ni aku ke KL untuk cuba risik2 kat kawan2 kat MINDEF tu bila la IC Awam aku ni nak siap. Aku secara resminya sudah pun bersara dari tentera pada 20 Feb baru2 ni. Tapi IC Awam masih belum siap. Aduuhh....membosankan. Penantian suatu siksa. Tiada IC Awam susah juga. Aku harap tidak berapa lama lagi selesailah masalah aku ni. Apa pun, bertenaaangggg......!!!

Wednesday, February 24, 2010

Operator radio kurang senang, minta berdialog

Feb 23, 10

Operator radio komersil Malaysia terkejut dengan peraturan baru kerajaan yang mewajibkan semua stesen radio memutarkan lagu-lagu daripada album atau "single" terbaru artis tempatan mulai bulan depan.

"Kami di sini (Delhi) terkejut dengan pengumuman itu. Harap dapat berjumpa dengan menteri untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu dan mendapatkan nasihatnya," kata presiden Persatuan Radio Komersil Malaysia (CRM), Datuk Borhanuddin Osman, hari ini.

rais yatim pc 070809 03Semalam, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, mengumumkan semua stesen radio diwajibkan berbuat demikian bagi mempromosikan lagu-lagu tempatan memandangkan usaha itu didapati masih kurang diutamakan.

Rais berkata, arahan itu akan dikuatkuasakan mengikut Seksyen 33 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1988, mulai 1 Mac.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di New Delhi, di mana beberapa operator radio utama menghadiri persidangan Radio Asia 2010, persatuan itu berkata satu dialog perlu diadakan dengan kementerian bagi memastikan arahan baru itu tidak memberi kesan kepada perniagaan stesen radio komersil di Malaysia.

"Secara kolektifnya, kami (CRM) sentiasa patuh dengan garis panduan, dasar dan peraturan kementerian. Kami akan sentiasa menyokong artis Malaysia, dan secara berterusan, sebagai sebahagian daripada usaha kami," kata Borhanuddin dalam kenyataan.

Borhanuddin adalah pengarah eksekutif Airtime Management and Programming Sdn Bhd (AMP).

rainforest world music festival 200707 dancing on stage"Semua ahli CRM berkongsi pandangan bahawa kedudukan kami dalam menggalakkan artis Malaysia telah membantu merancakkan industri itu.

"Apabila berdepan dengan kejatuhan jualan CD di peringkat global dan tempatan, industri radio memainkan peranan penting bagi memudahkan arus hasil baru bagi artis Malaysia termasuk jualan digital muat turun dan nada dering baru yang sah," katanya.

Wakil-wakil dari AMP, BFM Media Sdn Bhd, Media Prima Radio Networks dan Star RFM Sdn Bhd kini berada di New Delhi bagi menghadiri persidangan antara bangsa tiga hari itu.

- Bernama

Monday, February 22, 2010

MULAI 01 MAC WAJIB SIARKAN LAGU BARU TEMPATAN - RAIS

KUALA LUMPUR - Semua stesen radio tempatan diwajibkan memutar setiap lagu baru yang dihasilkan oleh penyanyi tempatan tanpa mengira genre mulai 1 Mac ini.

Arahan itu akan dikuatkuasakan mengikut Seksyen 33 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 supaya stesen radio mempromosikan lagu-lagu tempatan memandangkan usaha itu didapati masih kurang diutamakan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, tindakan tersebut diambil setelah kementerian meneliti masalah yang sedang melanda industri muzik tempatan dan bimbang masalah itu akan berlarutan.

"Saya terkejut apabila diberitahu nilai produk muzik pada tahun 2001 berjumlah RM200 juta tetapi pada tahun lalu nilainya menurun kepada RM70 juta sahaja.

"Penurunan angka itu amat mencemaskan. Jika tiada tindakan diambil, saya bimbang perkara itu akan melarat ditambah dengan terlalu banyak lagu luar yang diputarkan di stesen radio tempatan," ujarnya./Kosmo

Friday, February 19, 2010

KAT KG PANAS GILER

Aku masih kat kg di Jelebu, NS. Cuaca sini panas giler. Ada la baru2 ni hujan sekejap. Aku hari ni tak sihat badan plak. Rasa nak demam jer..mungkin cuaca kot. Kat kg ni aku guna broadband je nak acces internet, nak dengar radio Manis FM. Tapi slow sikit pasal kat sini takde 3G. Sobar jer la....Ermm...bila yer nak jejak kaki kat Kelantan nih....InsyaAllah...

Monday, February 15, 2010

SYABAS DJ IRA, TERUSKAN BER BLOG

Aku baru saja melayari blog rakan2ku DJ Manis FM. Nak tau juga perkembangan dia orang, mana tau kot2 ada yang dah kahwin lagi satu ke...atau yang baru nak kahwin. Hehehe...DJ Slumber tu bila? Jangan lupa kad kat aku yer.

Tiba-tiba aku terpandang blog DJ Ira Fatiran. Wah...sudah aktif blog wanita kaki solek ni yer. Ermm..baguslah gitu. Boleh juga aku nak kutuk2 dia kat blog tu nanti. Lama dah tak main kutuk2 ni...Syabas la ye Ira...teruskan ber blog sakan...

Wednesday, February 10, 2010

TABAHKAN HATIMU UNCLE WAN


Anakku tersayang, Wan Nurfarhanah Putri

Meskipun aku jauh dari sana, jauh dari teman2 tersayang, aku sentiasa mengikuti perkembangan kelian. Terasa sedih juga membaca tulisan sahabat baik ku Uncle Wan PCJ yang menceritakan tentang keadaan kesihatan anaknya. Aku dapat rasai bagaimana perasaan beliau ketika melihat keadaan anak tersayang bergelut dengan kesakitan.

Aku pernah alami keadaan sebegitu. Ketika itu anak tunggal ku baru berusia 3 tahun. Sewaktu aku dan isteriku membawanya ke klinik swasta untuk menerima rawatan akibat demam, sewaktu menunggu giliran berjumpa doktor, tiba2 anakku terjatuh, lembik tidak bermaya dan suhu badannya amat panas. Isteriku tanpa menghiraukan giliran lagi, menerpa masuk ke bilik doktor sambil menangis dan terus merayu agar doktor memeriksa anakku. Doktor pun tanpa berlengah terus melakukan rawatan segera. Aku tidak mampu berbuat apa2 ketika itu melainkan memanggil nama anakku berulang kali. Anakku tidak menangis tetapi matanya agak kuyu, muka yg pucat memandangku dan isteriku tanpa bersuara. Hati mana yg tidak sebak, hati mana yg tidak sedih.

Buat Uncle Wan, tabahkan lah hatimu juga buat isterimu. Untuk membesarkan anak, tentu banyak dugaannya dan tentu ada hikmahnya. Kita mestilah yakin, Allah akan sentiasa bersama kita sewaktu senang dan susah.

Saturday, February 6, 2010

SAYANG SEKALI TALIAN TELEFON BELUM BEROPERASI


Bergambar bersama isteri sewaktu bercuti di Melaka, baju Manis FM yang ku pakai sebagai pengubat rindu di hati...

SEBENARNYA Stesyen Radio Manis FM tidak banyak kekurangannya dengan stesyen radio yang lain. Walau pun Manis FM adalah sebuah stesyen radio swasta yang ulung dimiliki oleh bumiputera, segala kosnya ditanggung sendiri, namun stesyen radio ini tetap unggul khususnya di Pantai Timur. Namun, untuk menjadi lebih baik kita tidak boleh berpuas hati setakat apa yang ada.

Pada pengamatan saya, stesyen radio ini tidak banyak menerima kritikan atau teguran dari para pendengar dan ini menandakan stesyen radio ini masih diterima oleh masyarakat di Pantai Timur. Cuma, jika ada teguran atau komen pun sesekali keluar keluhan mengapa radio Manis FM masih tidak membuka talian telefon. Jika difikirkan, ada betul juga keluhan mereka. Setiap segmen seperti tidak rancak atau hidup segar tanpa talian telefon. Kita perlu akur bahawa tidak semua pendengar suka kepada cara menghantar SMS untuk berinteraksi dengan radio, ada juga yang lebih suka dan seronok berinteraksi melalui panggilan telefon terus ke konti terutamanya bagi kalangan yang berusia. Sebagai contoh, kita perhatikan semenjak talian telefon tidak diaktifkan, segmen di bawah kendalian DJ Abe Nor agak kaku dan tidak semeriah dulu.

Tentunya jika talian ini dibuka, kemeriahan sebagai sebuah stesyen radio lebih terserlah. Kadangkala memeningkan juga buat DJ-DJ untuk menjawab pertanyaan dari para pendengar yang bertanyakan bilakah talian telefon boleh beroperasi. Adalah diharapkan pengurusan Manis FM peka terhadap permasalahan ini agar imej Manis FM tidak lagi dapat diperlecehkan. Teruskan sokongan anda kepada Manis FM.

Friday, February 5, 2010

ANGANKU YANG TAK SAMPAI...


TENTU korang selalu dengar lagu "Pelamin Anganku Musnah" nyanyian Azie kan? Lagu ni begitu popular suatu ketika dicorong radio Manis FM seperti juga lagu "Mencari Jodoh" nyanyian Waliband sekarang ni. Kali ini aku bukan nak bercakap soal lagu kerana kalau pasal lagu2 nih DJ Amiey lebih mantap nak ulas....(FOTO: Gambar aku masa kat Dataran Merdeka baru2 ni...dok lepak2 sama adik2...)

Jam menunjukkan pukul 2.10 pagi, ketika aku mengerakkan jari jemariku di keyboard laptop ini, aku berhadapan dengan tingkap bilik yang terbuka mengadap belakang rumah kakak iparku di Port Dickson. Berdepan dengan pandanganku adalah rumpunan pokok2 kecil yang mana di situ adalah tanah perkuburan bagi arwah tentera2 kita kepunyaan Rejimen Askar Melayu Diraja. Rumah kakak iparku ini sememangnya di belakang perkuburan tentera berhampiran Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA). Aku memang selalu membuka tingkap tatkala melayari internet kerana di dalam bilik kecil ini panas sangat. Maklumlah keadaan suhu di Port Dickson.

Tatkala aku melayari internet sambil mendengar Radio Manis FM secara Online, tiba2 aku teringat akan angan2ku tatkala aku bertugas di Manis FM. Aku teringat, aku pernah duduk berbincang dengan DJ Aiman ketika berehat di konti di suatu malam. Aku pernah menyuarakan anganku ingin mewujudkan segmen `Salam Perajurit' di Radio Manis FM. Segmen ini khusus buat perajurit2 terutamanya warga tentera dan Polis di sekitar Pantai Timur untuk menyampaikan ucapan2 mereka melalui SMS atau pun secara rakaman ucapan mereka. Saya merancang agar segmen ini juga dipenuhi dengan info semasa dan terkini aktiviti2 tentera di beberapa buah kem tentera di sekitar Pantai Timur. Jika di Pantai Timur, pengkalan2 tentera yang terkenal adalah Kem Batu 10, Kuantan, Kem Batu 5, Mentakab, Kem Batu 3, Temerloh, Kem Pengkalan Chepa dan Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu dan Kem Seberang Takir, Terengganu.

Namun ini semua adalah angan2ku belaka. Tetapi jika ianya menjadi kenyataan meskipun ketika aku tiada lagi di Manis FM, aku amat bergembira sekali. Mungkinkah rakan2 ku berupaya menunaikan anganku yang tidak kesampaian ini?

Wednesday, February 3, 2010

SEPI TENGAH MALAM TADI

Seperti biasa, awal pagi tadi 04 Feb 10, aku membuka laptop aku dan menggunakan broadband untuk mengikuti siaran Manis FM melalui Radio Online. Waktu itu lebih kurang pukul 3 pagi. Sekadar untuk mendengar celoteh rakan2 ku dan juga ucapan2 dari rakan2 di Manis FM sambil melayari website politik kegemaranku. Alhamdulillah, siaran radio online dapat ku dengar tetapi ku merasa agak pelik sedikit tiada terdengar suara DJ yang berkumandang.

Lazimnya, mulai jam 1200 tgh mlm hingga 6 pagi, DJ yang bertugas adalah DJ Aiman sahabat karibku. Mungkin beliau off pagi tadi, dan tempat beliau selalunya diganti oleh DJ Iza atau pun Ewan Slumber. Tetapi, pagi tadi tiada kedengaran suara DJ sehingga aku melelapkan mata hampir pukul 5 pagi. Aku tidak tahu mengapa terjadi demikian, mungkin sememangnya jadual disusun begitu atau ada perkara yang tidak dapat dielakkan. Aku cuma berharap agar Manis FM terus mengekalkan siaran 24 jam beserta DJ agar ianya berlainan dan lebih istimewa dari stesyen radio yang lain. Teruskan bersama Manis FM.

Tuesday, February 2, 2010

APA YANG TAK KENA DENGAN SMS UCAPAN ANDA ?

Semakin lama kita lihat semakin ramai yang mengirim SMS ucapan ke radio Manis FM melalui 33080. Ini menunjukkan Manis FM semakin menarik minat para pendengar. Pada pandangan saya, SMS ucapan yang ketara banyaknya ialah semasa siaran segmen AKDS dan segmen dangdut bersama DJ Ira Fatiran. Paling mencabar buat DJ diwaktu tengah malam ketika segmen Non Stop Entertainmen bersama DJ Aiman di mana SMS ucapan terlalu banyak. Kadangkala sehingga jam 5 pagi konti masih menerima SMS dari anda semua. Tahniah.

Memang seronok apabila mendengar kiriman SMS anda kepada rakan2 atau sesiapa sahaja yang anda sayangi dibaca oleh DJ yang bertugas. Tetapi tahukah anda, kadangkala DJ2 terpaksa mengubahsuai ucapan2 anda? Ianya bukan sengaja dilakukan, tetapi TERPAKSA dilakukan atas sebab2 di antaranya seperti berikut:

1. Ucapan anda terlalu meleret atau panjang sehinggakan ucapan itu seolah2 anda menjadikan zon ucapan ini sebagai laman chating anda.

2. Ucapan anda tidak sesuai untuk pendengaran umum, mungkin terdapat kata2 yg kesat, lucah atau mempunyai unsur2 menghasut serta mungkin menyakiti pihak lain.

3. Ucapan anda kepada rakan2 yg dinyatakan terlalu ramai sehingga melebihi dari 3 rakan yg sewajarnya anda tujukan.

4. Ucapan tidak lagi berbentuk ucapan di mana ayat-ayatnya tidak difahami oleh DJ dan juga para pendengar sendiri. Umpamanya semua yg anda tulis adalah bahasa yang tidak difahami oleh DJ dan para pendengar.

5. Anda mengambil peluang dengan SMS ucapan untuk menyakiti hati orang lain, menfitnah atau untuk tujuan mempromosi sesuatu untuk kepentingan anda atau pihak berkenaan.

Itulah di antara sebab mengapa ucapan anda terpaksa disunting oleh DJ atau pun langsung tidak dibaca oleh DJ. Diharapkan anda mematuhi segala pesanan dan nasihat yang sering diberikan oleh DJ bagaimana untuk anda menyampaikan ucapan anda. Teruskan bersama Manis FM.

Monday, February 1, 2010

SYABAS !! KUANTAN SUDAH DAPAT KEMBALI BERSAMA MANIS FM

Terlebih dahulu syabas diucapkan kepada tenaga kerja dan pengurusan Manis FM kerana berjaya mengembalikan siaran Manis FM ke telinga para pendengar Manis FM. Setelah sekian lama mereka merindu siaran Manis FM, kini penantian telah berakhir. Kini, Manis FM kelihatannya mula serius untuk meningkatkan lagi kualiti penyiarannya dan ini satu langkah yang baik dan dialu-alukan.

Mudah-mudahan usaha ini berterusan, dan kerja-kerja mempromosikan Manis FM ini giat dijalankan dengan berbagai bentuk dan cara. Tinggalkan saja sifat mencari kesalahan orang lain sebaliknya menghisab diri sendiri, apakah yang telah kita lakukan untuk membantu stesyen radio ini agar terus di sisi telinga para pendengar. Kesalahan jika dicari dan dibelek pastinya akan terjumpa kerana setiap manusia tidak sempurna. Ingatlah, apabila jari telunjuk menuding ke arah orang lain, kita akan dapati empat jari yang lain menuding ke arah kita sendiri.

Lupakan kisah lalu. Yang pahit jadi kenangan dan sempadan. Tahun baru ini marilah kita bersama melangkah terus ke hadapan dan buang segala perangai negatif kita yang selama ini menjadi liabiliti kepada imej Manis FM. Teruskan sokongan anda kepada Manis FM.