Friday, February 5, 2010
ANGANKU YANG TAK SAMPAI...
TENTU korang selalu dengar lagu "Pelamin Anganku Musnah" nyanyian Azie kan? Lagu ni begitu popular suatu ketika dicorong radio Manis FM seperti juga lagu "Mencari Jodoh" nyanyian Waliband sekarang ni. Kali ini aku bukan nak bercakap soal lagu kerana kalau pasal lagu2 nih DJ Amiey lebih mantap nak ulas....(FOTO: Gambar aku masa kat Dataran Merdeka baru2 ni...dok lepak2 sama adik2...)
Jam menunjukkan pukul 2.10 pagi, ketika aku mengerakkan jari jemariku di keyboard laptop ini, aku berhadapan dengan tingkap bilik yang terbuka mengadap belakang rumah kakak iparku di Port Dickson. Berdepan dengan pandanganku adalah rumpunan pokok2 kecil yang mana di situ adalah tanah perkuburan bagi arwah tentera2 kita kepunyaan Rejimen Askar Melayu Diraja. Rumah kakak iparku ini sememangnya di belakang perkuburan tentera berhampiran Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA). Aku memang selalu membuka tingkap tatkala melayari internet kerana di dalam bilik kecil ini panas sangat. Maklumlah keadaan suhu di Port Dickson.
Tatkala aku melayari internet sambil mendengar Radio Manis FM secara Online, tiba2 aku teringat akan angan2ku tatkala aku bertugas di Manis FM. Aku teringat, aku pernah duduk berbincang dengan DJ Aiman ketika berehat di konti di suatu malam. Aku pernah menyuarakan anganku ingin mewujudkan segmen `Salam Perajurit' di Radio Manis FM. Segmen ini khusus buat perajurit2 terutamanya warga tentera dan Polis di sekitar Pantai Timur untuk menyampaikan ucapan2 mereka melalui SMS atau pun secara rakaman ucapan mereka. Saya merancang agar segmen ini juga dipenuhi dengan info semasa dan terkini aktiviti2 tentera di beberapa buah kem tentera di sekitar Pantai Timur. Jika di Pantai Timur, pengkalan2 tentera yang terkenal adalah Kem Batu 10, Kuantan, Kem Batu 5, Mentakab, Kem Batu 3, Temerloh, Kem Pengkalan Chepa dan Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu dan Kem Seberang Takir, Terengganu.
Namun ini semua adalah angan2ku belaka. Tetapi jika ianya menjadi kenyataan meskipun ketika aku tiada lagi di Manis FM, aku amat bergembira sekali. Mungkinkah rakan2 ku berupaya menunaikan anganku yang tidak kesampaian ini?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment