tiada lagi kisah seram dan kisah benar..tiada lagi lagu minah kilang dan rozana versi tamil..tida lagi hiburan buat mak ngah setiap pagi..tiada lagi peribahasa2 baru..Membujur lalu melintang pukang..Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut..Habis madu sepah jgn di buang merata2..Sepandai2 tupai melompat, akhirnya tak dpt masuk olimpik juga..
siapa Isma Halil Hamzah? tak kenal ke? agaknya kamu tidak hidup dlm zaman dia..tak apa,biar aku ceritakan..abg Isma boleh aku katakan seorang DJ radio yang sepatutnya no. 1 di Malaysia..abg Isma bagi aku satu2nya DJ yang dapat menyatukan pendengar dari setiap peringkat umur..dari setiap golongan masyarakat..dari semua kaum di malaysia termasuk bangla2 stesen minyak..sebut siapa saja..ustaz?pembunuh?perogol?kaki minum?mak?abah?datuk?nenek?orang kaya?orang miskin?semua pasti merindui abg Isma..dari radio muzik, dicampak ke thr..beliau mempunyai kelompok pendengar yang tersendiri..tak macam DJ sekarang,semua panggilan dari peminat dibuat secara live..kerana beliau percaya pada pendengarnya..kadang2 ada jugaklah pemanggil yang buat sial..tapi abg Isma ok..bagi aku,rancangan2 kendalian abg isma iaitu kisah seram dan kisah benar banyak memberi pengajaran dan iktibar kepada kita semua..terlau padat dgn isi yang kita boleh bawa sepanjang jalan hidup kita..bagi aku beliau seorang guru..yang mengajar aku,untuk hidup..
No comments:
Post a Comment