KOBAT FM ONLINE

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

JOM JOIN FACE BOOK SAYA

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, October 30, 2010

JUARA PIALA MALAYSIA - WANG TUNAI, CUTI DIISTIHAR OLEH KERAJAAN NEGERI

Julang Piala Malaysia: Kelantan isytihar cuti
Oleh Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 31 Okt: Kerajaan negeri Kelantan mengumumkan cuti peristiwa hari ini sempena kejayaan pasukan bola sepak The Red Warriors menjulang Piala Malaysia edisi ke 84 malam tadi.Pengumuman dibuat Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini selepas menyaksikan sendiri detik gemilang Kelantan menewaskan Negeri Sembilan 2-1.

Saya mewakili Menteri Besar Kelantan, mengumumkan esok cuti peristiwa supaya rakyat dapat tenang, gembira, bersyukur dan dapat balik ke Kelantan dengan selamat. "Kita juga ucap terima kasih kepada semua yang memberi kejayaan kepada Kelantan khususnya kepada Presiden Kafa dan rakyat Kelantan," katanya.

Kemenangan itu turut menebus kehampaan tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada saingan akhir piala paling berprestij Liga Malaysia itu musim lepas, selain menamatkan kemarau selama 55 tahun sejak kali pertama Kelantan mara ke pusingan akhir pada 1955, ketika piala tersebut dikenali sebagai Piala H.M.S Malaya. Negeri Sembilan memperolehi gol pertama seawal minit ke-13 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Shahurain Abu Samah. Manakala Kelantan memperoleh gol penyamaan hanya pada separuh masa kedua apabila hantaran luar Norshahrul Idlan Talaha tidak disia-siakan Ketua Pasukan, Hairuddin Omar yang menanduk dan merobek gol Negeri Sembilan pada minit ke-57. Mohd Badri Mohd Radzi menambah jaringan pada minit ke-65 hasil hantaran cantik Mohd Norfarhan Muhamad.

Kedudukan kekal 2-1 sehingga wisel penamat, mengembirakan sekurang-kurangnya 60,000 penyokong Kelantan yang hadir ke stadium. Sementara itu, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga turut berjanji akan memberi imbuhan wang tunai kepada pemain Kelantan ekoran berjaya ke saingan peringkat akhir akhir Piala Malaysia musim ini. /Tranungkite

Friday, October 29, 2010

LELAKI INI MUNGKIN BAGUS JADI DJ RADIO....

Lelaki Miliki Mulut Paling Lebar


KEDUA-DUA tangan Francisco Domingo Joaquim menarik mulutnya yang lebar.

ROM, Itali - Seorang lelaki, Francisco Domingo Joaquim dapat memuatkan satu tin minuman ringan di dalam mulutnya, lapor sebuah akhbar semalam. Joaquim yang berasal dari Angola memiliki mulut selebar 17 sentimeter sekali gus namanya dicatatkan dalam Guinness World of Records.

Bakat Joaquim yang dikenali sebagai Chiquinho itu ditemui oleh beberapa penyelidik Guinness Book of World Records yang mencarinya menerusi laman YouTube di internet.

Selepas dua tahun mencarinya, para penyelidik itu dapat berjumpa dengannya di bandar kelahirannya di Angola.

Sejak itu, Joaquim yang berusia 20 tahun menjadi popular di Internet dengan videonya dilihat ribuan kali.

Joaquim menyatakan, mimpinya menjadi kenyataan apabila dia diberikan penghormatan oleh Guinness Book of World Records yang mencatatkan namanya sebagai pemegang rekod dunia kerana memiliki mulut paling lebar. - Agensi

Thursday, October 28, 2010

Pelakon filem Susuk bercerai


ALEEZA kelihatan sebak ketika keluar dari Mahkamah Rendah Syariah di Kuala Lumpur bersama Mohd. Fauzi semalam.

KUALA LUMPUR – Model dan pelakon filem Susuk, Aleeza Kasim sah bercerai dengan suaminya, Datuk Mohd. Fauzi Che Rus di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam. Lafaz cerai tersebut dibuat oleh suaminya secara tertutup di kamar Hakim Syarie Mohd. Suhaily Rosdi.

Pasangan tersebut memasuki kamar hakim pada pukul 9.15 pagi dan keluar kira-kira 15 minit kemudian.

Aleeza, 40, dilihat menangis teresak-esak manakala Mohd. Fauzi, 47, nampak tenang.

Ketika dihampiri oleh wartawan dan jurufoto, kedua-dua mereka enggan ditemu bual.

Mereka kemudian pulang secara berasingan menaiki kenderaan masing-masing./Kosmo

Wednesday, October 27, 2010

Saida AF6 buat permohonan cerai

KUALA LUMPUR – Seorang penyanyi realiti television membuat permohonan penceraian secara baik melalui peguamnya di Mahkamah Syariah di sini semalam.

Siti Norsaida Tarudin, 33, atau lebih dikenali sebagai Saida membuat permohonan lafaz cerai secara baik terhadap suaminya Mohd Ghazali Yahya Zikri, 40, melalui peguamnya Ahmad Nazib Johari.

Bagaimanapun, Ghazali yang tidak melantik peguam menghantar wakilnya untuk mendengar permohonan itu yang dijangka akan berlangsung pada 20 Disember depan.

Permohonan itu dibuat di hadapan Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi dalam Dewan Mahkamah 3.

Sebelum itu, sebuah akhbar melaporkan keretakan perkahwinan kakak Datuk Siti Nurhaliza Tarudin itu dengan suaminya tetapi disangkal mereka walaupun bagai retak menanti belah.

Pasangan itu yang mendirikan rumah tangga sejak 10 tahun lalu dikurniakan empat cahaya mata yang masih kecil, iaitu Siti Nurunnyssa, Anas, Khalid dan Marshitah.

Pada 20 Oktober lalu, Saida dan suaminya mengadakan majlis tahlil arwah bapanya, Allahyarham Tarudin dan doa selamat di kediaman mereka serta kesejahteraan rumahtangga mereka. :

Majlis berkenaan turut dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak termasuk Siti Nurhaliza, ketika diminta mengulas mengenai pergolakan rumah tangga kakaknya itu dia tidak mahu memberikan sebarang kenyataan.

Difahamkan, fikiran Siti masih terganggu memikirkan masalah yang sedang dihadapi Saida dan suaminya./Sinar

Monday, October 25, 2010

MINAT KELANTAN TAPI SOKONG NOGORI

FINAL Piala Malaysia Sabtu ini menemukan Negeri Sembilan dengan Kelantan. Aduuuhh..dalam dilema pulak aku nak sokong mana satu nih. Aku dari mula minat dengan permainan pasukan Kelantan dan memang mengharapkan Kelantan melangkah ke final. Tapi, aku anak Nogori maka terpaksalah kali ini sokong Nogori pulak.

Apa pun, andainya Nogori kalah aku tak la rasa ralat sangat. Secara jujur, walaupun Kelantan dilihat hebat tetapi aku rasa Nogori kali ini akan mengekalkan Piala Malaysia. Apa pun, kita tunggu Sabtu ini. Jom penuhi Stadium Bukit Jalil, jangan gaduh2 ok...

Saturday, October 23, 2010

TAHNIAH - KELANTAN MASUK FINAL LAGI

TAHNIAH kepada pasukan Bola Sepak Kelantan kerana berjaya melangkah ke Final Piala Malaysia bertemu juara bertahan Negeri Sembilan. Kelantan malam tadi berjaya menumpaskan Kedah dengan jaringan tipis 1 - 0 di Perlawanan Separuh Akhir Kedua di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu. Di Alor Star sebelum ini di Peringkat Separuh Akhir Pertama, Kelantan selaku tetamu hanya seri tanpa jaringan dengan Kedah.

Apa yang menggembirakan, perlawanan malam tadi berjalan dengan baik tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. Negeri Sembilan dan Kelantan sama-sama melangkah ke Final 2 tahun berturut-turut. Pada tahun lepas Negeri Sembilan menjadi juara Piala Malaysia setelah menumpaskan Kelantan. Malam tadi Negeri Sembilan selaku tetamu berjaya tumpaskan Johor FC dengan jaringan 2 - 0 iaitu anggriged 2- 1. Di Perlawanan Separuh Akhir Pertama di Paroi, Seremban sebelum ini Negeri Sembilan tewas kepada Johor FC dengan jaringan 0 - 1.

Pertembungan Kelantan dan Negeri Sembilan di Final Piala Malaysia Sabtu depan tentunya menjanjikan perlawanan sengit dan menarik. Kelantan sudah pasti turun dengan misi balas dendam mereka yang tewas kepada pasukan yang sama tahun lepas. Semoga perlawanan akhir nanti berlangsung dengan baik tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. Syabas Kelantan, Syabas Negeri Sembilan.

Thursday, October 21, 2010

PIALA MALAYSIA - KELANTAN KE FINAL ?

Kelantan bayar harga tinggi

AZIZI (kanan) mengasak pemain Kedah, Baddrol Bakhtiar pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam kelmarin.

KELANTAN terpaksa membayar harga yang tinggi ketika mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan Kedah pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam kelmarin.

Ini kerana, dua tonggak pertahanan Kelantan, Azizi Mat Rose dan S. Subramaniam mengalami kecede- raan pada perlawanan tersebut.

Disebabkan itu, jurulatih Kelantan, B. Sathianathan terpaksa melakukan tiga pertukaran dalam tempoh 15 minit pertama perlawanan.

Selain Azizi dan Subramaniam, Sathianathan juga terpaksa mengeluarkan pemain tengahnya, Shakir Shaari yang turut mengalami cedera di bahagian dagu pada babak pertama.

Kecederaan ketiga-tiga tonggak itu menyaksikan rentak permainan Kelantan agak terganggu sehingga memaksa Sathianathan melakukan beberapa romba- kan untuk mengekang asakan jentera Kedah.

Menurut Sathianathan, walaupun kehilangan tiga pemain dalam tempoh yang singkat, semangat semua pemainnya tidak luntur tetapi terus mengasak sehingga berjaya memperoleh beberapa peluang terbaik.

"Kita ke sana (Alor Setar) untuk mendapatkan jaringan dan memenangi perlawanan tetapi apa yang berlaku merencatkan rentak permainan kita.

"Bagaimanapun, kita berjaya memperoleh beberapa peluang terbaik tetapi nasib kurang menyebelahi.

"Saya kagum dengan semangat yang ditunjukkan pemain, bukan sahaja malam semalam (kelmarin) tetapi dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

"Saya gembira dengan perkembangan ini dan harap ia akan berterusan," katanya ketika dihu- bungi Kosmo! semalam.

Tambahnya, berdepan Kedah di Stadium Darul Aman bukan suatu tugas yang mudah, ditambah pula skuad Kenari itu mendapat sokongan padu daripada penyokong sendiri.

"Tetapi saya gembira kerana para pemain mampu mengekalkan tahap motivasi dan mental dengan baik sepanjang perlawanan berlangsung," ujarnya.

Jelas Sathianathan, beliau juga berpuas hati dengan aksi para pe- main simpanan yang dibawa masuk kerana turut sama memainkan peranan membantu Kelantan 'mengikat' Kedah.

"Khairan (Eroza Razali) dan Daudsu Jamaluddin yang kita bawa masuk bermain dengan baik. Mereka berdua tahu apa yang perlu dilakukan dan saya sangat berpuas hati dengan apa yang telah mereka lakukan ketika di padang.

"Dalam pasukan Kelantan, tiada istilah pasukan kedua, semua yang berada dalam pasukan adalah mereka yang terbaik.

"Mereka mampu dan bersedia untuk diturunkan dalam apa jua situasi dan pada bila-bila masa," ujar- nya.

Monday, October 18, 2010

Jangan gentar hadapi Kelantan

Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my

SABREE ABU terpaksa menjadi penonton pada aksi separuh akhir pertama menentang Kelantan esok.


"JANGAN gugup dan gunakan kelebihan beraksi di tempat sendiri untuk meraih kemenangan."

Begitu nasihat kapten Kedah, Mohd. Sabre Abu yang tidak dapat diturunkan kerana layangan kad kuning pada saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Kelantan di Stadium Darulaman, Alor Setar malam esok.

Sabree yang pernah membantu Kedah meraih gelaran treble pada musim 2007 dan 2008 berharap rakan sepasukannya dapat menunjukkan komitmen yang tinggi lebih-lebih lagi beraksi di depan penyokong sendiri.

Katanya, pemain juga perlu tenang dan menyerap tekanan dengan baik agar tidak menjejaskan rentak permainan pasukan.

"Pemain perlu beraksi macam biasa dan tidak gugup. Kelebihan bermain di tempat sendiri sewajarnya digunakan untuk beraksi dengan lebih baik," katanya kepada Kosmo! semalam.

Tambahnya, peluang Kedah meraih kemenangan ke atas Kelantan adalah seim- bang, namun pemain perlu mencapai kemenangan sebagai bekalan untuk dibawa ke Kota Bharu, Sabtu ini.

"Pertemuan dengan Kelantan adalah sengit. Bagaimanapun, pemain mampu meraih kemenangan apabila dapat memanfaatkan peluang dengan jaringan," katanya.

Dalam pada itu ayam tambatan skuad Hijau Kuning, Baddrol Bakhtiar pula bertekad untuk membantu Kedah meraih kemenangan pada pertemuan itu sebagai pembakar semangat kepada pemain dan penyokong.

Katanya, beliau menjanjikan aksi terbaik dan berharap rakan sepasukan dapat menunjukkan persefahaman yang mantap bagi berdepan saingan Kelantan yang mahu mencuri mata di Alor Setar.

"Pemain berdepan tugas berat menentang Kelantan. Pemain menaruh harapan untuk menang dan bertekad mempamerkan kesungguhan yang tinggi," ujarnya.

Monday, October 11, 2010

`RATING' TERKINI KEDUDUKAN RADIO


W2 2010 Overall Ranking

Participating Channels

Average weekly reach audience

Wave 1 2010

Wave 2 2010

‘000

%

‘000

%

1

SINAR

4,110

24.0

4,216

24.6

2

ERA

3,976

23.2

4,150

24.3

3

hotfm

3,643

21.3

3,546

20.7

4

THR

3,500

20.5

3,303

19.3

5

MY FM

2,233

13.0

2,029

11.9

6

Suria fm

1,353

7.9

1,881

11.0

7

hitz.fm

1,357

7.9

1,577

9.2

8

988

1,470

8.6

1,545

9.0

9

Klasik nasional

1,224

7.2

1,264

7.4

10

Muzikfm

1,000

5.8

1,081

6.3

11

KELANTANfm

758

4.4

863

5.0

12

KEDAHfm

702

4.1

819

4.8

13

IKIM

688

4.0

786

4.6

14

Fly Fm

693

4.1

728

4.3

15

Minnal fm

762

4.5

720

4.2

16

one FM

514

3.0

623

3.6

17

aifm

549

3.2

524

3.1

18

MIX FM

450

2.6

451

2.6

19

LITEFM

306

1.8

364

2.1

20

PERAKFM

232

1.4

343

2.0

21

TERENGGANUfm

351

2.1

232

1.4

22

XFM

228

1.3

221

1.3

23

Red FM

176

1.0

218

1.3

24

PAHANG FM

172

1.0

209

1.2

25

MUTIARAfm

224

1.3

199

1.2

26

KLfm

162

0.9

153

0.9

27

MELAKAfm

118

0.7

146

0.9

28

asyikfm

174

1.0

130

0.8

29

JOHORfm

121

0.7

126

0.7

30

NEGERIfm

98

0.6

124

0.7

31

PERLISfm

128

0.7

115

0.7

32

SELANGORfm

87

0.5

88

0.5

33

TraXXfm

149

0.9

76

0.4

34

LANGKAWIfm

55

0.3

49

0.3


Source: Nielsen Radio Audience Measuremen

Wednesday, October 6, 2010

WANITA ROGOL LELAKI ? BIAR BETUL....

Lelaki dirogol tiga wanita bergilir-gilir

HARARE - Seorang lelaki Zimbabwe mendakwa sekumpulan tiga wanita menculik, memberinya dadah sebelum merogolnya dalam kejadian serangan seks ke atas lelaki yang berlaku buat kali kelima dalam tempoh setahun, kata seorang jurucakap polis semalam.

Lelaki berumur 26 tahun itu memberitahu polis dia ditawarkan untuk menumpang kenderaan yang dinaiki wanita berkenaan di bandar Bulawayo selatan Zimbabwe.

Namun, lelaki itu kemudian tidak sedarkan diri apabila tubuhnya ditolak ke belakang manakala kepalanya ditutup dengan pakaian semasa berada di dalam kenderaan tersebut.

Dia mendakwa tidak sedarkan diri selepas diberikan sejenis bahan yang rasanya seperti alkohol.

"Selepas dia terjaga, lelaki itu berada dalam keadaan bogel dan wanita-wanita itu merogolnya bergilir-gilir dan menderanya," kata jurucakap polis itu, Wayne Bvudzijena.

Lelaki itu memberitahu polis, dia tidak sedarkan diri selepas serangan itu tetapi kumpulan wanita tersebut kemudian bertindak meninggalkannya.

"Wanita-wanita itu mengambil wang sebanyak AS$300 (RM929.25) dan telefon bimbit," kata jurucakap polis tersebut.

Kejadian yang berlaku pada Jumaat itu merupakan serangan kali yang kelima dilaporkan pernah berlaku di beberapa tempat di negara ini melibatkan sekumpulan wanita pelbagai saiz badan.

"Ia mungkin satu kumpulan atau lebih yang melakukan kejadian itu. Dalam semua kes, si mangsa tidak sedarkan diri dan mereka diberikan dadah supaya berasa pening," kata jurucakap tersebut.

Serangan seks yang dilakukan oleh sekumpulan wanita ke atas seorang lelaki dilaporkan buat kali pertama pada November tahun lalu.

Menurut akhbar Herald, dalam serangan itu, tiga wanita menculik seorang lelaki berumur 18 tahun.

Pada Februari lalu, empat wanita memaksa seorang lelaki berumur 25 tahun untuk melakukan hubungan seks dengan mereka.

Bulan lalu, seorang lelaki berumur 44 tahun yang dipaksa memakai kondom menjadi mangsa rogol dua wanita.

Seramai tiga wanita turut merogol seorang lelaki berumur 30 tahun yang telah diberikan dadah.

Berdasarkan undang-undang Zimbabwe, dakwaan merogol hanya dikenakan terhadap lelaki. - AFP/Kosmo

Saturday, October 2, 2010

KEPUTUSAN DJ PILIHAN SIRI 6 - SIAPA JUARA ?

DJ Sha terus mengekalkan kedudukannya di Tempat Pertama di dalam Poll DJ Pilihan Stesen Radio Manis FM bagi Siri 6 anjuran blog ini. Kali ini seramai 54 pengunjung telah membuat undian yang ditutup pada 02 Okt 2010 dan pengunjung yang mengundi pada kali ini meningkat kepada 4 orang.

DJ Sha telah mendapat undian sebanyak 51 % untuk mengekalkan kedudukannya buat dua siri berturut-turut. Pada siri yang lepas, beliau hanya mendapat undian 48 % sahaja untuk menduduki tempat pertama. Kemunculan DJ yang diminati ramai lewat malam, DJ Aiman untuk kembali mencabar DJ Sha sememangnya telah diduga. Kali ini, DJ Aiman merampas takhta tempat Kedua dari DJ Ira Fatiran yang juga seorang DJ yang tidak kurang hebatnya.

DJ Aiman menduduki Tempat Kedua dengan mendapat undian sebanyak 11 % . Paling memeranjatkan, Tempat Ketiga tanpa diduga dimenangi oleh DJ Iza yang telah berjaya mendapat undian sebanyak 9 %. Pada siri yang lepas, beliau tidak mendapat sebarang undian. Suatu peningkatan yang amat menarik bagi DJ yang dikenali sebagai `Mak Ulong' ini yang diminati apabila bertugas dalam segmen loghat Kelate dan juga bercorak madah.

Berikut adalah keputusan penuh Poll DJ Pilihan Siri 6 Berakhir 02 Okt 2010;

Pertama - DJ Sha (51 %)
Kedua - DJ Aiman (11 %)
Ketiga - DJ Iza (9 %)
Keempat - DJ Ayue (7 %)
Kelima - DJ Amiey/DJ Ewan Slumber (6 %)
Keenam - DJ Abe Noor (4 %)
Ketujuh - DJ Ira Fatiran (2 %)
Kelapan - DJ Wan PCJ (0 %)

Tidak Meminati Kesemuanya - (4 %)

Jumlah Pengundi - 54 orang.

Siapa pula Juara bagi siri Ke 7 nanti? Marilah kita terus memberikan sokongan kepada semua DJ-DJ di Stesen Radio Manis FM ini. Teruskan mengundi, dan terima kasih kepada semua pengunjung blog saya.