KOBAT FM ONLINE

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

JOM JOIN FACE BOOK SAYA

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, June 24, 2010

SELINGKAR KISAH TENTANG SHAHIR

Sinar baru Shahir




Mengikut jejak langkah juara musim pertama iaitu Vince, Zahid (AF2), Mawi (AF3), Faizal (AF4), Mila (AF5), Stacy (AF6) dan Hafiz (AF7), Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi sebelum ini berdepan banyak kesulitan sebelum mencapai kejayaan pada AF8.

Jejaka berusia 22 tahun itu pernah melanjutkan pengajian dalam kursus Asasi Kejuruteraan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada tahun 2006. Memasuki semester ketiga, Shahir yang berdepan masalah peribadi terpaksa pulang semula ke kampung halaman.

"Kemudian, saya merancang hendak buka perniagaan berupa pusat futsal. Sebagai anak sulung daripada lima adik-beradik, sudah pasti saya mahu bantu meringankan beban keluarga. Tetapi, malangnya saya tidak cukup modal biarpun soal pengurusan tanah mendirikan premis itu telah diselesaikan.

"Alhamdulillah, dalam berdepan pelbagai cabaran, saya diterima masuk AF8 dan seterusnya bergelar juara. Dalam sepantas kilat, ia benar-benar mengubah kehidupan saya," katanya yang membawa pulang sebuah kereta Peugeot 207, trofi, jam tangan, pakej percutian ke Disneyland Hong Kong, dua tiket pelancongan ke New York dan telefon mudah alih LG Prada.

Sambung pelontar lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan ciptaan Edry KRU, dia merancang untuk mengumpul wang sebanyak mungkin bagi merealisasi semula hasrat membuka bisnes sendiri yang tergendala beberapa bulan lalu.

"Saya sasar tempoh lima tahun lagi untuk terus bekerja keras sambil menyambung pengajian yang tertangguh. Kalau boleh, saya mahu menunaikan impian keluarga yang ingin lihat saya menggenggam segulung ijazah," jelas Shahir yang bercita-cita hendak bergelar penyanyi berjalur balada disegani suatu hari nanti.

Mengulas tentang kehidupan baru selepas melangkah keluar dari AF8, anak kelahiran Kampar, Perak yang baru diangkat sebagai ikon negeri tersebut itu mengaku berdepan masalah membahagikan masa untuk diagihkan untuk kerjaya dan keluarga.

"Sebelum ini saya ada saja masa lapang. Sekarang semua berubah kerana saya terikat dengan jadual disusun pihak Astro termasuk persembahan pentas dan mengadakan sesi fotografi dengan pihak media," jelas Shahir yang pada mulanya mengalami sedikit kejutan budaya selepas keluar AF8 dan kini masih cuba membiasakan diri bergelar insan dikenali umum./Kosmo

No comments:

Post a Comment