KOBAT FM ONLINE

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

JOM JOIN FACE BOOK SAYA

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, June 27, 2010

KREW MANIS FM, TABAH DAN GIATKAN USAHA

Kenangan bersama DJ Amiey...

AKU tidak merasa terperanjat apabila melihat ranking Manis FM kini tidak mencapai 30 kedudukan stesyen radio terbaik di negara ini. Ini bukan bermakna Manis FM begitu teruk prestasinya tetapi ini menunjukkan Manis FM tidak mudah untuk mencapai tahap yang boleh dibanggakan. Bagi ku, Manis FM sudah dikira cemerlang sekiranya stesyen radio Pantai Timur ini mampu mengatasi stesyen radio di bawah RTM di Pantai Timur seperti Kelantan FM, Terengganu FM dan Pahang FM.

Pengalaman sedikit aku di Manis FM banyak memberi kesedaran padaku betapa sukarnya stesyen radio ini untuk menyaingi stesyen-stesyen radio berkenaan. Terbaru, Kelantan FM adalah stesyen radio kerajaan (RTM) yang menduduki tempat tertinggi di kalangan stesyen radio RTM yang lain. Usah dikira dengan stesyen radio swasta yang lain samada dari Media Prima atau AMP. Tentunya tidak adil buat kita untuk membuat perbandingan dengan mereka.

Malah, stesyen radio di bawah RTM sendiri yang tentunya tiada masalah dari segi material pun tidak mampu menandingi beberapa stesyen radio swasta berkenaan. Maka, apa perlu dihairankan dengan kedudukan Manis FM sekarang?

Walau bagaimanapun, bukan mustahil Manis FM mampu bangkit sekurang-kurang menjuarai kawasan Pantai Timur. Bukan Manis FM kekurangan bakat di kalangan penyampai-penyampainya. Cuma, mungkin sedikit perubahan atau muhasabah perlu dilakukan oleh pengurusan Manis FM. Sikap suka menyalahkan satu pihak yang lain tanpa berani melakukan perubahan salah satu sebab prestasi tidak berupaya meningkat. Siapa yang punyai authoriti untuk melakukan perubahan ini? Tentunya bukan DJ kerana DJ bertugas mengikut kehendak pengurusan. DJ bukan punyai kuasa untuk merancang pelan pembangunan Manis FM, mungkin sekadar memberi idea dan cadangan.

Mungkin, jika DJ tidak bagus hanyalah kerana kurangnya idea atau kreativiti untuk menarik selera pendengar. Aku rasa Manis FM tiada masalah dalam aspek ini. Masalah mungkin kerana kurangnya promosi yang giat, aktiviti kemasyarakatan dan juga dari segi bentuk serta corak program yang dirancang tidak bertepatan dengan masa dan peredaran zaman. Kita sekarang bukan berada di era 50, 60 atau 70 an lagi.

Tidak dapat dinafikan, sumber kewangan juga memainkan peranan penting untuk memajukan sesuatu syarikat. Di sinilah letaknya kreativiti dan kebijaksanaan pengurusan bagaimana untuk memajukan syarikat dengan kewangan yang terhad. Jangan terlalu dibebankan kepada krew2 bawahan untuk meningkatkan sumber kewangan syarikat.

Aku percaya, satu hari nanti Manis FM akan berada di puncak kejayaan yang suatu ketika pernah dicapainya. Mungkin selepas ini tiada lagi warga Kelantan, Terengganu dan Pahang yang tidak tahu di mana mahu mencari siaran Manis FM. Kepada krew Manis FM, jangan berputus asa kerana anda merupakan tulang belakang kepada stesen radio Pantai Timur ini. Anda wajib menyayanginya. Bagi aku, aku tetap merindui tempat itu.

2 comments:

  1. tak bayar rm10k, sapa nk letak dalam list ranking. Org pun meniaga maaaaaaaaaaaa...........

    ReplyDelete
  2. oooo....begitu rupanyer...so, apa kata byr jer? Kalau tak camne kita nk tahu prestasi kita turun atau tak?? ermmm...

    ReplyDelete