KOBAT FM ONLINE

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

JOM JOIN FACE BOOK SAYA

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, April 14, 2010

PELAKON WANITA HALAU SUAMI DARI RUMAH?

Ida Nerina halau laki, mintak cerai

14 Apr 2010

KL: Hubungan suami isteri pelakon Ida Nerina bersama Sha’arin Mohd Razali kini sudah makin hampir sampai ke penghujung dan mereka sekarang ini dilihat turun naik ke Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur berhubung pengesahan cerai yang berlaku September tahun lalu.

Dalam keterangan semalam, Sha’arin Mohd Razali , 40, yang juga bekas gitaris kumpulan Blackrose menjelaskan kepada mahkamah wujudnya pertengkaran hebat diantara mereka berdua sehingga memaksanya mengucapkan lafaz cerai ke atas Ida Nerina.

"Selepas kami bertengkar, saya diusir keluar dari rumah, tapi sebelum itu dia suruh saya ceraikannya . Ketika melafazkan cerai, saya tidak sebut jumlah talak." kata Sha’arin di hadapan Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin.

Menurut Sha'arin, kejadian itu berlaku kira-kira jam 11 pagi pada 22 September 2009 di kediaman mereka yang terletak di di Metropolitan Square, Bandar Damansara Perdana, Kuala Lumpur.

Sha'arin turut menjelaskan lafaz cerai itu diucapkan di dalam bilik selang 10 saat selepas Ida menyuruh dia berbuat demikian. "Selepas itu, saya keluar bilik dan Ida menyuruh pembantu rumah kemas barang dan beri pada saya. Saya ambil barang dan terus keluar kira-kira setengah jam selepas itu," katanya.

Dalam perbicaraan semalam, Sha’arin hadir ke mahkamah bersama seorang temannya manakala Ida, 45, tidak menghadirkan diri.

Tambah Sha’arin, dia pulang semula ke rumah pada petang itu juga untuk mengambil barang lain, namun hanya berjumpa pembantu rumah dan mengambil barang berkenaan di tempat letak kereta saja.

Mahkamah menangguhkan perbicaraan sehingga 21 April ini untuk soal balas peguam Ida, Akhbardin Abdul Kader seterusnya giliran defendan memberi keterangan. / KLPost-Murai


Selepas kami bertengkar, saya diusir keluar dari rumah

No comments:

Post a Comment