KOBAT FM ONLINE

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

JOM JOIN FACE BOOK SAYA

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, April 2, 2010

KAWAN SAYA MATI KERANA SEEKOR NYAMUK - AZNIL

Sebak hati aku bila menonton berita di Astro sebentar tadi. Temuramah Astro dengan kawan karib Allahyarham Din Beramboi iaitu Aznil HJ Nawawi yang merupakan rakan setugasnya di Konti Stesen Radio Era membuatku rasa sedih. Aznil menceritakan bahawa Allahyarham seorang insan yang suka buat orang ketawa tidak kira waktu dan masa.

Pernah suatu ketika, Aznil berkata beliau sedang bersedih dan menceritakan kesedihannya pada Allahyarham, tetapi Allahyarham membuat lawak jenakanya. Aznil berkata padanya, "Aku sedang sedih, bukan ini masanya untuk kau berlawak, berlawak kena ada masa dan tempatnya". Namun Allahtarham menjawab, " Aznil, jika kau terus bersedih dan menangis, adakah masalah kau boleh selesai? Apakah ubat bagi orang yang menangis jika bukan ketawa? Kata Allahyarham kepada Aznil. Aznil terdiam, dan berfikir memang betul kata-kata Allahyarham itu. Ketawa tidak boleh dijual beli dan Allahyarham mampu membuatnya ketawa.

Dalam nada sebak sesekali Aznil menyapu air mata yang mengalir di pipinya, Aznil berkata, " Allahyarham buatnya ketawa ketika beliau bersedih dan ketawa itu adalah ubat buat kesedihannya, tetapi kini ubat itu telah kembali buat selama-lamanya". Akhir sekali Aznil sempat berpesan, katanya," Saya ingin berpesan kepada diri saya sendiri dan anda semua, berhati-hatilah, kerana sahabat saya mati hanya kerana seekor nyamuk'.

Begitulah jika kita kehilangan sahabat yang paling rapat dengan kita. Oleh itu, sentiasalah berhubung dengan sahabat-sahabat kita yang kita sayangi itu jika kita berjauhan sementara kita dan dia masih bernyawa. Aku juga sering merindui sahabatku...........

No comments:

Post a Comment