KOBAT FM ONLINE

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

JOM JOIN FACE BOOK SAYA

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, April 1, 2010

ALFATIHAH - DIN BERAMBOI TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH

Pelawak dan DJ Radio popular Din Beramboi telah kembali ke Rahmatullahi pada 02 April 2010 lebih kurang jam 12.30 AM. Aku mendapat berita ini melalui beberapa blog dan untuk mengesahkan lagi berita tersebut aku membuka Face Book Aznil Hj Nawawi. Aznil telah mengesahkannya melalui FB beliau. Allahyarham telah dimasukkan ke wad ICU akibat denggi berdarah.

Sebaik sahaja aku mendapat berita tersebut, aku telah menghantar SMS kepada rakan ku DJ Aiman yang sedang bertugas di konti Manis FM lebih kurang jam 0200 pagi. DJ Aiman telah membuat pengumuman berita sedih itu melalui radio dan seterusnya memperdengarkan bacaan ayat Suci Al-Fatihah di radio. Kehilangan beliau amat dirasai sekali. Moga-moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Mudah-mudahan keluarga tabah dan sabar dengan ujian dari Allah SWT ini. AL FATIHAH.

No comments:

Post a Comment