KOBAT FM ONLINE

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

JOM JOIN FACE BOOK SAYA

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, April 12, 2010

NOGORI SASAR LIGA SUPER PULA

Sudah 'tuah' Jang

Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my

2010/04/12

“BOLA sepak macam permainan video, macam-macam boleh jadi, tak sangka kami boleh menang pada saat akhir,” kata jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan mengulas kemenangan skuadnya ke atas Kedah pada perlawanan akhir menerusi penentuan penalti 5-4 selepas kedudukan terikat 1-1 sebaik tamat masa tambahan kelmarin.

JUARA...pemain Negeri Sembilan meraikan kejayaan menjadi johan  Piala FA 2010 bersama Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hassan selepas  menewaskan Kedah menerusi penentuan penalti, kelmarin.
JUARA...pemain Negeri Sembilan meraikan kejayaan menjadi johan Piala FA 2010 bersama Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hassan selepas menewaskan Kedah menerusi penentuan penalti, kelmarin.

Baginya, Negeri Sembilan sememangnya bertuah untuk merangkul trofi itu kali ini memandangkan mereka terpaksa bangkit untuk mencari gol pada tempoh permainan sebenar dan juga ketika penentuan penalti.

“Memang rezeki kami sebab saya memang terkejut apabila Negeri Sembilan melangkah ke final musim ini dan boleh menang pula. Tapi saya puas hati dengan pemain yang berusaha sedaya upaya memberi tentangan kepada Kedah.

“Apabila penalti pertama Negeri Sembilan tak masuk, saya fikir macam sudah kalah, tapi itulah memang rezeki kami kali ini,” katanya.

Disaksikan lebih 60,000 penyokong yang memenuhi Stadium Nasional, Bukit Jalil, Negeri Sembilan ketinggalan 1-0 apabila Kedah berjaya menghasilkan gol menerusi penyerang, Baddrol Bakhtiar pada minit ke-27.

Skuad bergelar Rusa itu kemudian bangkit menyamakan kedudukan di minit ke-38 hasil jaringan Mohd Shaffik Rahman dan memaksa perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti selepas tamat masa tambahan.

Penyokong Negeri Sembilan cemas apabila dua sepakan penalti Mohd Zaquan Abd Razak dan Mohd Asyraf Mohd Al Japri tidak menepati sasaran, namun sepakan pemain Kedah, Mohd Fazliata Talib, Mohd Helmi Eliza Elias dan Mohd Sabre Mat Abu berjaya diselamatkan penjaga gol, Sani Anuar Kamsani.

Bagaimanapun, Wan Jamak tidak mahu anak buahnya terlena dibuai kejayaan itu kerana masih ada perkara yang perlu diperbaiki termasuk mempertajamkan barisan serangannya yang dilihat terlalu banyak bergantung kepada Mohd Zaquan.

“Saya mahu memperkuatkan lagi pasukan ini, saya tahu hanya Zaquan saja yang boleh diharapkan. Tiada rakan gandingan yang sesuai buatnya pada masa ini.

“Selepas ini tumpuan saya untuk memastikan Negeri Sembilan memperbaiki kedudukan dalam Liga Super. Mengenai peluang mempertahankan Piala Malaysia musim ini, saya lebih mahu memikirkan satu perkara (Liga Super) terlebih dulu,” katanya.

Negeri Sembilan yang kini menduduki tangga keempat Liga Super, menjulang Piala FA kedua dalam sejarah mereka selepas kali pertama melakukannya pada 2003.

No comments:

Post a Comment