KOBAT FM ONLINE

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

JOM JOIN FACE BOOK SAYA

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, July 1, 2010

Fasha mengaku bercinta dengan anak Ramli Ngah Talib

01 Jul 2010

Teka-teki mengenai hubungan pelakon popular, Fasha Sandha, 26, dengan bekas suami aktres Nora Danish iaitu Rizal Ashram Ramli Ngah Talib, 34, akhirnya terjawab apabila Fasha mengaku mereka adalah pasangan kekasih.

Menurut Fasha, mereka berkawan sejak tujuh tahun lalu dan bercinta secara rasminya pada Mei lalu di Pulau Lang Tengah, Terengganu.

"Ya, Rizal adalah kekasih saya dan kami bahagia sekarang. Kami memang sudah lama berkawan dan bila kita kenal seseorang itu, maka timbullah perasaan sayang.

"Setakat ini kedua-dua keluarga kami sekadar tahu yang kami berkawan sahaja. Tentang penerimaan keluarga Rizal, saya tidak kisah sebab kami belum rancang untuk berkahwin. Mereka suka atau tidak, yang penting saya dan Rizal bahagia.

"Apapun orang kata mengenai Rizal, saya terima seadanya. Begitu juga dengan Rizal, dia menerima baik buruk mengenai saya," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar drama bersiri Duyong Aridinata di Ampang, semalam.

Pada Mei lalu, Rizal telah membuat kejutan pada Fasha apabila dia hadir ke lokasi penggambaran Duyong Aridinata di Lang Tengah dengan menaiki helikopter.

Kehadiran Rizal bertujuan untuk melamar Fasha menjadi kekasihnya dengan memberikan sebentuk cincin sebagai tanda cinta mereka./KLPost

Wednesday, June 30, 2010

DOA BUAT DJ IRA

BERITA ini baru saya tahu apabila mengunjungi blog rakan. Diberitakan DJ Ira Fatiran kini berada di wad KBMC, Kota Bharu. Dikatakan beliau mengalami sakit kekurangan air di dalam badan atau hidrasi. DJ Ira adalah pasangan saya di dalam segmen dangdut sewaktu saya bertugas di Manis FM.

Mudah-mudahan beliau segera sembuh. Mari kita doakan bersama.

ALAAHAII...MAAFKAN DAKU, SLUMBER !!

Aduhhh...belek punya belek blog aku nih, baru aku perasan rupa2nyer ada foto DJ Manis FM yang tertinggal aku tidak letak kat tepi tu. Punya la lama baru perasan. Huh....

Itu pun aku perasan bila aku semak senarai DJ Manis FM yang ada kat Poll `DJ Pilihan' kat atas tu. Kira punya kira, mana pulak nama ada lapan, foto tepi tu ada tujuh jer..

Sori la Slumber ye. Kesilapan amat dikesali dan tidak disengajakan. Camne aku leh lupa sahabat kamcing aku sekor ni....sama2 makan KFC, sama2 tidak merokok...ehehhhhhh....

Ok la, aku letak jer la gambar DJ Ewan Slumber tu kat tepi blog nih. Gambar tu pun aku curi dalam FB dia gak...ehehhh...halalkan la yer, Slumber?

Monday, June 28, 2010

`HATRICK' BUAT DJ AIMAN, TERUSKAN MENGUNDI UNTUK SIRI 4

DJ Aiman@Wok Yoh terus kekal `DJ PILIHAN' 3 kali berturut-turut...

`HATRICK'. Tahniah buat DJ Aiman yang terus mengekalkan `ranking' pertama 3 kali berturut-turut di dalam Poll DJ Pilihan Anda di dalam blog ini. Namun demikian, persaingan kali ini hebat terutamanya di peringkat awal. Undi untuk DJ Aiman jatuh di peringkat awal dan undi kepada DJ Ayue, DJ Ira Fatiran dan DJ Ewan Slumber mendadak naik ketika awalnya.

Namun, di tengah persaingan ini undi buat DJ Aiman semakin meningkat dan persaingan terus berlaku untuk menduduki ranking kedua dan ketiga. Berbeza kali ini, tempat kedua dikongsi bersama oleh DJ Ayue dan DJ Ewan Slumber. Begitu juga dengan tempat keempat, turut dikongsi oleh Amiey/DJ Uncle Wan PCJ. Pengunjung yang mengundi juga kali ini semakin meningkat di mana pada siri kali ini seramai 44 pengunjung telah membuat undian.

Berikut adalah keputusan undian `DJ PILIHAN' Siri 3;

Tempat Pertama - DJ Aiman (21 %)
Kedua - DJ Ayue/DJ Ewan Slumber (16 %)

Ketiga - DJ Ira Fatiran (14 %)

Keempat - DJ Amiey/DJ Uncle Wan PCJ (11 %)

Kelima - DJ Abe Noor (9 %)

Keenam - DJ Iza (2 %)


Undian `DJ PILIHAN' buat Siri 4 akan diteruskan. Anda digalakkan untuk terus membuat penilaian dan undi berdasarkan persembahan DJ-DJ di Manis FM dari masa ke semasa. Undian ini diharapkan akan dapat meningkatkan kualiti dan prestasi DJ-DJ di Manis FM. Selamat mendengar Manis FM.

Sunday, June 27, 2010

KREW MANIS FM, TABAH DAN GIATKAN USAHA

Kenangan bersama DJ Amiey...

AKU tidak merasa terperanjat apabila melihat ranking Manis FM kini tidak mencapai 30 kedudukan stesyen radio terbaik di negara ini. Ini bukan bermakna Manis FM begitu teruk prestasinya tetapi ini menunjukkan Manis FM tidak mudah untuk mencapai tahap yang boleh dibanggakan. Bagi ku, Manis FM sudah dikira cemerlang sekiranya stesyen radio Pantai Timur ini mampu mengatasi stesyen radio di bawah RTM di Pantai Timur seperti Kelantan FM, Terengganu FM dan Pahang FM.

Pengalaman sedikit aku di Manis FM banyak memberi kesedaran padaku betapa sukarnya stesyen radio ini untuk menyaingi stesyen-stesyen radio berkenaan. Terbaru, Kelantan FM adalah stesyen radio kerajaan (RTM) yang menduduki tempat tertinggi di kalangan stesyen radio RTM yang lain. Usah dikira dengan stesyen radio swasta yang lain samada dari Media Prima atau AMP. Tentunya tidak adil buat kita untuk membuat perbandingan dengan mereka.

Malah, stesyen radio di bawah RTM sendiri yang tentunya tiada masalah dari segi material pun tidak mampu menandingi beberapa stesyen radio swasta berkenaan. Maka, apa perlu dihairankan dengan kedudukan Manis FM sekarang?

Walau bagaimanapun, bukan mustahil Manis FM mampu bangkit sekurang-kurang menjuarai kawasan Pantai Timur. Bukan Manis FM kekurangan bakat di kalangan penyampai-penyampainya. Cuma, mungkin sedikit perubahan atau muhasabah perlu dilakukan oleh pengurusan Manis FM. Sikap suka menyalahkan satu pihak yang lain tanpa berani melakukan perubahan salah satu sebab prestasi tidak berupaya meningkat. Siapa yang punyai authoriti untuk melakukan perubahan ini? Tentunya bukan DJ kerana DJ bertugas mengikut kehendak pengurusan. DJ bukan punyai kuasa untuk merancang pelan pembangunan Manis FM, mungkin sekadar memberi idea dan cadangan.

Mungkin, jika DJ tidak bagus hanyalah kerana kurangnya idea atau kreativiti untuk menarik selera pendengar. Aku rasa Manis FM tiada masalah dalam aspek ini. Masalah mungkin kerana kurangnya promosi yang giat, aktiviti kemasyarakatan dan juga dari segi bentuk serta corak program yang dirancang tidak bertepatan dengan masa dan peredaran zaman. Kita sekarang bukan berada di era 50, 60 atau 70 an lagi.

Tidak dapat dinafikan, sumber kewangan juga memainkan peranan penting untuk memajukan sesuatu syarikat. Di sinilah letaknya kreativiti dan kebijaksanaan pengurusan bagaimana untuk memajukan syarikat dengan kewangan yang terhad. Jangan terlalu dibebankan kepada krew2 bawahan untuk meningkatkan sumber kewangan syarikat.

Aku percaya, satu hari nanti Manis FM akan berada di puncak kejayaan yang suatu ketika pernah dicapainya. Mungkin selepas ini tiada lagi warga Kelantan, Terengganu dan Pahang yang tidak tahu di mana mahu mencari siaran Manis FM. Kepada krew Manis FM, jangan berputus asa kerana anda merupakan tulang belakang kepada stesen radio Pantai Timur ini. Anda wajib menyayanginya. Bagi aku, aku tetap merindui tempat itu.

Thursday, June 24, 2010

SELINGKAR KISAH TENTANG SHAHIR

Sinar baru Shahir




Mengikut jejak langkah juara musim pertama iaitu Vince, Zahid (AF2), Mawi (AF3), Faizal (AF4), Mila (AF5), Stacy (AF6) dan Hafiz (AF7), Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi sebelum ini berdepan banyak kesulitan sebelum mencapai kejayaan pada AF8.

Jejaka berusia 22 tahun itu pernah melanjutkan pengajian dalam kursus Asasi Kejuruteraan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada tahun 2006. Memasuki semester ketiga, Shahir yang berdepan masalah peribadi terpaksa pulang semula ke kampung halaman.

"Kemudian, saya merancang hendak buka perniagaan berupa pusat futsal. Sebagai anak sulung daripada lima adik-beradik, sudah pasti saya mahu bantu meringankan beban keluarga. Tetapi, malangnya saya tidak cukup modal biarpun soal pengurusan tanah mendirikan premis itu telah diselesaikan.

"Alhamdulillah, dalam berdepan pelbagai cabaran, saya diterima masuk AF8 dan seterusnya bergelar juara. Dalam sepantas kilat, ia benar-benar mengubah kehidupan saya," katanya yang membawa pulang sebuah kereta Peugeot 207, trofi, jam tangan, pakej percutian ke Disneyland Hong Kong, dua tiket pelancongan ke New York dan telefon mudah alih LG Prada.

Sambung pelontar lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan ciptaan Edry KRU, dia merancang untuk mengumpul wang sebanyak mungkin bagi merealisasi semula hasrat membuka bisnes sendiri yang tergendala beberapa bulan lalu.

"Saya sasar tempoh lima tahun lagi untuk terus bekerja keras sambil menyambung pengajian yang tertangguh. Kalau boleh, saya mahu menunaikan impian keluarga yang ingin lihat saya menggenggam segulung ijazah," jelas Shahir yang bercita-cita hendak bergelar penyanyi berjalur balada disegani suatu hari nanti.

Mengulas tentang kehidupan baru selepas melangkah keluar dari AF8, anak kelahiran Kampar, Perak yang baru diangkat sebagai ikon negeri tersebut itu mengaku berdepan masalah membahagikan masa untuk diagihkan untuk kerjaya dan keluarga.

"Sebelum ini saya ada saja masa lapang. Sekarang semua berubah kerana saya terikat dengan jadual disusun pihak Astro termasuk persembahan pentas dan mengadakan sesi fotografi dengan pihak media," jelas Shahir yang pada mulanya mengalami sedikit kejutan budaya selepas keluar AF8 dan kini masih cuba membiasakan diri bergelar insan dikenali umum./Kosmo

JOM LAYAN LAGU SHAHIR AF8 SEBENTAR !!