Dia kata ada juga dua tiga orang kawan2 dia pun cakap cam tu. Ok lah, aku nak terus terang je kat sini biar ramai yang tahu. Sebenarnya aku ngan DJ Amiey ni tak ada apa2 pun yang boleh menyebabkan aku nak `berjauhan hati' atau bermasam muka dengannya. Kami berdua mempunyai hubungan yang amat baik, bahkan aku masih ingat lagi hari pertama aku jejak kaki ke konti Manis FM, DJ Amiey lah yang mengajak aku bersembang sebentar secara `on air' kat radio. Dan, yang paling aku hormati DJ Amiey ini adalah kerana dia cepat-cepat menegur aku jika aku melakukan kesilapan sewaktu aku bertugas di konti. Kesemua tegurannya masih aku ingat sehingga kini kerana bagi aku pembelajaran paling baik dan lebih efisyen adalah dengan mendengar segala teguran yang baik dan memperbetulkannya.
Memang benar, tidak semua perkara aku sependapat dengannya apatah lagi beliau seorang DJ yang jauh lebih berpengalaman. Lagi pun mustahil kita boleh bersetuju dengan semua pandangan. Apa yang penting, mana yang baik kita ambil jadikan pedoman. Aku hormat kat dia pasal dia tidak pernah menyembunyikan apa-apa yang dia tidak puas hati terhadap cara aku bertugas. Dia jujur di dalam tegurannya. Biarpun perkara2 remeh atau kecil, beliau akan menegurku kerana baginya walaupun kesilapan itu dilihat remeh atau kecil. tetapi jika diulang berkali-kali ianya akan menjadi satu kesilapan yang besar dan ketara. Aku masih ingat dia pernah menegurkan hanya kerana aku tersilap ayat dan perkataan sewaktu mengumumkan masuk waktu Solat. Selepas teguran itu, aku tidak lagi mengulanginya dan ini satu pelajaran bagiku walaupun dilihat perkara remeh.
Mungkin, jurang aku dan dia kelihatan jauh seperti kurang berkomunikasi menyebabkan ada yang menyangka aku dan DJ Amiey tidak sebulu. Hakikatnya tidak begitu. Masa dan jadual yang berasingan menyebabkan aku dan dia jarang dapat berbicara terutamanya di ruang udara. Dulu aku kerap bertugas malam bersama DJ Aiman dan juga bersama DJ Wan PCJ. Cuma, beberapa bulan kemudiannya aku bertugas pagi bersama DJ Ira Fatiran sehingga pukul 2 Ptg. Ketika itu, kerap lah aku bertemu DJ Amiey yang bertugas petang pada pukul 2. Kami sempat berbual panjang ketika itu tetapi tidak secara `on air'. Sehingga kini, aku dan dia sering berbalas SMS bertanyakan khabar.
Begitulah yang ingin ku nyatakan. Secara jujur aku tidak pernah bermasam muka dengan rakan2 setugasku dulu di Manis FM. Mereka sebenarnya banyak membantuku dan ini membuatkan aku merasa betapa aku perlu berfikir serius untuk kembali ke sana.
No comments:
Post a Comment