KOBAT FM ONLINE

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

JOM JOIN FACE BOOK SAYA

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, March 1, 2010

BILA DAH BERHENTI TERKENANG LA PULAK !!




Saat aku di dalam tentera dipenuhi dengan perbagai cerita suka dan duka. Tentunya permulaan aku melangkah menceburi bidang tentera amat menyakitkan. Maklumlah latihan sebagai rekrut Tentera Darat bukan satu latihan biasa seperti latihan jasmani kita sewaktu di alam persekolahan. 6 bulan latihan rekrut ku hadapi dengan tabah.

Akhirnya aku berjaya menamatkan latihan dan diserapkan ke dalam Kor Perkhidmatan Am (Bahagian Kerani). Bermula dengan pangkat Prebet, aku bertugas di Kem Batu 10, Kuantan sebagai Kerani Am. Tugas kerani pentadbiran memerlukan komitmen tinggi kerana segala urusan dokumentasi berada di bawah tanggungjawab kerani. Walaupun bertugas sebagai Kerani, tiada `excuse' dan aku juga menjalani latihan di hutan termasuk latihan menembak dan sebagainya. Untuk meningkat di dalam kerjaya, aku wajib mengikuti kursus.

Setelah menghadiri beberapa kursus, aku dinaikkan ke pangkat LKpl dan setahun kemudiannya berpangkat Kpl. Alhamdulillah, rezeki aku walaupun ketika itu aku bujang trang tang tang... Aku berkahwin tahun 1994, ketika itu aku masih lagi berpangkat Koperal. Tidak berapa lama selepas itu, aku dinaikkan ke pangkat Sarjan an masih kekal di Kuantan menjawat jawatan Ketua Kerani (Chief Clerk). Selepas itu, aku tidak lagi berminat untuk berkursus kerana aku tidak mahu bertukar tempat kerja sekiranya aku dinaikkan pangkat lagi.

Selama 22 tahun aku berkhidmat di dalam tentera, tentu banyak kesannya pada aku. Bukan mudah untuk menghilangkan gaya dan perwatakan tentera selepas aku bersara. Aku terus memilih bidang penyiaran selepas aku bersara dan berada di Manis FM selama 6 bulan. Bermulalah episod baru bagi aku menjadi anggota awam. Nama ku ditukar dengan nama Zekriy atau Zek apabila aku bertugas di konti. Semua itu satu kenangan indah buatku di sana. Kini, aku semakin serius untuk berfikir samada aku perlu menyambung kembali bidang itu di Manis FM. Hanya Allah lebih mengetahui dan aku berserah padanya. Terima kasih kepada rakan2 ku di Manis FM yang tidak henti-henti menjemputku kembali bersama mereka. Terima kasih juga kepada rakan2 pendengar Manis FM yang ada di antaranya menghantar mesej agar ku kembali ke Manis FM.

No comments:

Post a Comment