KOBAT FM ONLINE

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

JOM JOIN FACE BOOK SAYA

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, September 28, 2010

KOREK HIDUNG PUNYA KES

Pemberita korek hidung semasa siaran berita


PEMBACA berita, Dorothy Tucker membaca berita manakala seorang pemberita wanita mengorek hidung (dalam bulatan) di sebuah stesen CBS di Amerika Syarikat.


CHICAGO - Seorang pemberita wanita mengorek hidung di belakang seorang pembaca berita di pejabat stesen televisyen CBS di sini, Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian berlaku semasa pembaca berita, Dorothy Tucker memberitahu kepada penonton mengenai pentingnya untuk memastikan pijat-pijat tidak berada di dalam rumah, baru-baru ini.

Namun, apa yang lebih menjijikkan lagi ialah pemberita wanita itu menjilat jarinya yang digunakan untuk mengorek hidung tanpa membasuh tangganya terlebih dahulu.

Pemberita wanita itu dengan selamba meneruskan tugasnya dengan menggunakan telefon seperti aksinya tidak dilihat oleh penonton.

Perbuatan pemberita itu boleh dilihat di laman web YouTube. - Agensi

Monday, September 20, 2010

MENGENALI MAMA NORISHA

Inilah wajah Mama Norisha Besut. Beliau adalah salah seorang pendengar setia Stesen Radio Manis FM. Beliau sering menggelarkan dirinya Mama sahaja. Latar belakang diri beliau tidak disertakan untuk pengetahuan kita bersama.

Bagi anda yang ingin gambar dan pengenalan anda di siarkan di dalam blog ini, sila majukan kepada email saya zek_riy@yahoo.com. Terima kasih.

Thursday, September 16, 2010

TINGGALKAN MANIS FM ? DJ SHA JAWAB.....

Hai semua,,

fist sekali sha nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menyokong sha dari awal pembabitan sha di manisfm..

Di sini sha ingin mendiamkan diri buat sementara waktu di atas sebab tertentu yang sha tak dapat ungkapkan di dalam blog ni..

Terima kasih yang telah mengundi sha di dalam poll carta DJ PILIHAN..

Hanya itu sahaja yang sha boleh katakan dan ucapkan di sini... Sha hanya insan biasa yang masih mentah dan perlukan dorongan,so sha mengambil keputusan untuk mendiamkan diri seketika,,dengan semua kata-kata dan cerita-cerita yang di gembar gemburkan sha hanya manpu tersenyum sahaja... Doakan sha tabah kan hati teguh berdiri untuk bertahan dalam bidang ini..

Sekali lagi terima kasih semua,,dan yang telah tubuhkan fan club sha tu,, terima kasih kerana sentiasa menyokong sha dan manisfm...

Insyaallah ada masa dan ketika kita akan bersama kembali...Doakan lah supaya hati sha tabah tempuhi hari-hari yang akan mendatang...

Terima Kasih Semua.....

Assalamualaikum...

/Melalui Email

Tuesday, September 14, 2010

DJ SHA BAKAL TINGGALKAN MANIS FM ?

DJ Sha

GEMPAR !! Diberitakan DJ wanita yang mula meningkat naik di bibir para pendengar Stesen Radio Manis FM, DJ Sha tidak lagi akan kedengaran suaranya di corong radio Pantai Timur itu. DJ Sha mempunyai ramai peminat beliau tersendiri dan difahamkan beliau juga telah mewujudkan Fun Club nya sendiri.

Samada berita ini benar atau tidak, saya tidak dapat pastikan lagi. Saya juga tidak pasti samada beliau sekadar `berehat' seketika atau pun di`rehat'kan seketika. Saya merasakan agak sukar DJ Sha memilih untuk berhenti bertugas di Stesen Radio tersebut memandangkan saya dapat merasakan bahawa gadis muda ini begitu sayang kepada Stesen Radio Manis FM. Beliau juga dilihat begitu komited di dalam melaksanakan tugasnya setakat ini.

DJ Sha telah dipilih oleh pengunjung blog saya ini sebagai DJ Pilihan pada Poll yang lalu. Bahkan, sehingga berita ini ditulis, DJ Sha dilihat masih menggungguli tempat pertama DJ Pilihan. Amat malang dan merugikan sekiranya DJ Sha benar-benar meninggalkan konti Manis FM. Ini adalah bukan kerana beliau lebih baik dari semua DJ yang lain, tetapi beliau mampu dan terbukti berjaya meningkatkan minat para pendengar Stesen Radio tersebut.

Saya mendoakan agar DJ Sha tetap kekal di Manis FM untuk terus bersama rakan-rakan yang lain bagi meningkatkan kualiti dan prestasi Manis FM. Berita selanjutnya tentang perkembangan DJ Sha akan saya paparkan di sini sekiranya mendapat maklumat sahih nanti.

Sunday, September 5, 2010

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA DARI DJ SHA

Terima kasih kepada abg zekry yang telah mencalonkan sha di dalam carta DJ PILIHAN.. Terima kasih jugak untuk semua yang telah menyokong sha dari awal pembabitan sha di MANISFM,dan terima kasih kepada semua DJ-DJ otai MANISFM yang telah memberi tunjuk ajar kepada sha sepanjang sha bertugas di konti MANISFM..

Rasa gugup dan takut masih lagi ada dalam perasan ini bila berada di dalam konti,, tapi demi tugas dan minat serta dorongan dari mami dan daddy dan berkat doa restu mereka untuk sha menceburi bidang ini,membuatkan hati sha semakin tabah untuk mencari pengalaman dan tugasan baru dalam bidang ini..Teguran dan tunjuk ajar dari DJ-DJ OTAI MANISFM adalah pelengkap dalam diri sha untuk berada dalam bidang ini..

Tak lupa jugak kepada geng-geng KRP,yang menjaga sha di dalam kesusaha.. 'Rojer-rojer je terus sampai bantuan....'

TERIMA KASIH SEMUA...

Di kesempatan ini sha ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI terutama sekali kepada SEMUA WARGA KERJA MANISFM,DJ-DJ OTAI MANISFM,KELUARGA SHA YANG SENTIASA MENYOKONG SHA, dan yang paling penting sekali KEPADA SEMUA PENDENGAR DAN PEMANTAU MANISFM tak kira di mana anda berada di pelusuk mana sekali pun, sha tetap mengucapkan RIBUAN TERIMA KASIH kerana sentiasa MENYOKONG MANISFM.............. "TANPA ANDA SEMUA MAKA TIADA LA MANISFM"
Sekali lagi TERIMA KASIH...

Salam Lebaran Dari => DJ SHA @ SHAH SHALWATI HJ HUSAIN

*Melalui Email

Friday, September 3, 2010

STESEN RADIO MANIS FM SIARKAN TAZKIRAH TUAN GURU NIK AZIZ 


Lan Jusoh

KOTA BHARU, 2 Sept: Usaha dilakukan kerajaan negeri supaya diberi sedikit ruang kepada Menteri Besar untuk menyampaikan tazkirah atau perutusan kepada rakyat sehingga kini tidak dilayan RTM. Malah permohonan kerajaan negeri untuk mendapatkan lesen penyiaran sendiri juga tidak dilayan Kementerian Penerangan. Namun anehnya beberapa stesen radio di negara jiran memberi ruang kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyampaikan tazkirah agama.

Stesen radio tersebut termasuk di Sungai Padi di Wilayah Narathiwat pernah menyiarkan kuliah agama oleh Menteri Besar Kelantan. Langkah serupa juga diambil sebuah stesen radio swasta yang berpangkalan di sini apabila memberi ruang kepada pemimpin kerajaan negeri menyampaikan takzirah agama. Radio Manis FM milik milik bekas Ketua Penerangan Umno Malaysia, Tan Sri Hussin Ahmad berpejabat di Lundang, Kota Bharu mengambil sikap berkompromi apabila memberi ruang takzirah agama oleh Menteri Besar.

Langkah berani yang dipelopori stesen radio terbabit membolehkan rakyat di Pantai Timur berpeluang mengikuti tazkirah agama yang disampaikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.Tazkirah Ramadan itu dikeudarakan melalui stesen radion berkenaan mulai 20 Ramadan lalu sehingga 5 Syawal ini iaitu sebanyak empat kali setiap hari. Waktu siaran bermula jam 7.30 pagi, selepas azan solat Zohor, selepas azan solat Asar dan jam 7 petang.

Bagaimanapun pada hari Jumaat siaran tazkirah diawal kepada jam 12.45 pagi. Menurut jurucakapnya siaran tazkirah agama oleh Menteri Besar Kelantan diadakan sejak lima tahun lalu. Program tazkirah tersebut ditaja Perbadanan Menteri Besar Kelantan dengan kerjasama Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri. Pendengar boleh mengikuti siaran tersebut menerusi gelombang 90.6 Megahertz di Kelantan, 102 Megahertz (Terengganu) dan 95.10 (Pahang)./Harakahdaily

Wednesday, September 1, 2010

PENDATANG BARU, DJ SHA MEMECAH TRADISI

DJ Sha pilihan kali ini...

KEPUTUSAN Poll DJ Pilihan Manis FM bagi Siri 5 kali ini amat mengejutkan. Kali pertama dicalonkan, DJ Sha mendapat undian tertinggi memecah tradisi menewaskan DJ Aiman yang telah menggungguli tempat pertama selama 4 siri berturut-turut. Pengunjung blog ini yang telah membuat undian juga bertambah dari masa ke semasa.

Pada Siri 4 yang lalu, seramai 42 pengunjung telah membuat undian dan pada Siri 5 kali ini seramai 50 pengunjung terlibat menentukan siapakah DJ Pilihan yang mereka minati. DJ Sha menggunguli tempat pertama dengan undian sebanyak 48%. Tempat kedua yang pada siri lepas dimiliki oleh DJ Ayue kini telah dirampas pula oleh DJ Ira Fatiran dengan mendapat undian 20%. Mengejutkan, bekas juara 4 siri berturut-turut DJ Aiman pula jatuh dua tangga dengan menduduki tempat ketiga dengan mendapat undian sebanyak 12 %. Sebanyak 8% pengunjung pula mengundi tidak meminati kesemua DJ Manis FM yang dicalonkan.

Tahniah kepada DJ Sha yang berjaya menambat hati para pendengar setia Manis FM walaupun dikatakan agak baru di konti Stesen Radio Pantai Timur tersebut. Secara peribadi, saya juga mengikuti perkembangan DJ Sha dan saya mendapati persembahan beliau boleh dibanggakan. Sikap mesra pendengar serta celoteh yang menambat hati mungkin menjadi salah satu sebab mengapa nama DJ Sha meniti di bibir pendengar radio Pantai Timur ini.

Kebangkitan semula DJ Ira Fatiran yang suatu ketika lama berehat akibat masalah kesihatan mungkin menjadi saingan kepada DJ Sha selepas ini. Apa pun, carta ini hanyalah pendapat dan pilihan pengunjung blog ini sahaja dan bukannya keputusan mutlak keseluruhan pendengar Manis FM. Semoga Manis FM terus maju dan diminati semua.



Berikut adalah keputusan penuh Poll `DJ Pilihan' Siri 5 yang berakhir pada 01 Sept 2010;



Tempat 1 - DJ Sha (48 %)

Tempat 2 - DJ Ira Fatiran (20 %)

Tempat 3 - DJ Aiman (12 %)

Tempat 4 - DJ Ayue (6 %)

Tempat 5 - DJ Ewan Slumber (4 %)

Tempat 6 - DJ Wan PCJ/DJ Amiey (2 %)

Tempat 7 - DJ Iza/DJ Abe Noor (0 %)



Tidak meminati kesemua DJ - (8 %)



Sebagai perbandingan, disiarkan semula keputusan Siri 4 yang lepas:



Tempat Pertama - DJ Aiman (36 %)

Tempat Kedua - DJ Ayue (26 %)

Tempat Ketiga - DJ Ewan Slumber (17 %)

Tempat Keempat - DJ Abe Noor (7 %)

Tempat Ke Lima - DJ Iza/DJ Ira Fatiran (5 %)

Tempat Keenam - DJ Amiey (2 %)

Tempat Ketujuh - DJ Uncle Wan PCJ (0 %)


Tidak Meminati Semua DJ Manis FM - (2 %)