Samada berita ini benar atau tidak, saya tidak dapat pastikan lagi. Saya juga tidak pasti samada beliau sekadar `berehat' seketika atau pun di`rehat'kan seketika. Saya merasakan agak sukar DJ Sha memilih untuk berhenti bertugas di Stesen Radio tersebut memandangkan saya dapat merasakan bahawa gadis muda ini begitu sayang kepada Stesen Radio Manis FM. Beliau juga dilihat begitu komited di dalam melaksanakan tugasnya setakat ini.
DJ Sha telah dipilih oleh pengunjung blog saya ini sebagai DJ Pilihan pada Poll yang lalu. Bahkan, sehingga berita ini ditulis, DJ Sha dilihat masih menggungguli tempat pertama DJ Pilihan. Amat malang dan merugikan sekiranya DJ Sha benar-benar meninggalkan konti Manis FM. Ini adalah bukan kerana beliau lebih baik dari semua DJ yang lain, tetapi beliau mampu dan terbukti berjaya meningkatkan minat para pendengar Stesen Radio tersebut.
Saya mendoakan agar DJ Sha tetap kekal di Manis FM untuk terus bersama rakan-rakan yang lain bagi meningkatkan kualiti dan prestasi Manis FM. Berita selanjutnya tentang perkembangan DJ Sha akan saya paparkan di sini sekiranya mendapat maklumat sahih nanti.
No comments:
Post a Comment