Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Manis FM Punya Pasal, Kicap Pun Kicaplahh!!
TAN SRI DATO’ HUSSEIN AHMED ialah insan di belakang MANIS FM. Beliau ialah Pengerusi Eksekutif HUSA Network Sdn Bhd, organisasi yang mengendalikan stesen radio ini. Memulakan kerjayanya sebagai seorang guru, kemudian seorang wakil rakyat, ahli peniagaan, dan sekarang penggiat penyiaran, Tan Sri ialah tenaga dan pemikir di sebalik tiap gerak kerja stesen ini. Pandangan jauh dan visinya telah membawa ‘bayi penyiaran’ ini menjangkau zaman dewasa dalam satu jangkamasa yang menakjubkan.
Insan pemurah dan berhati mulia ini, dengan gayanya sendiri, telah membawa stesen radio MANIS FM melalui liku-liku hidup yang penuh ‘onak dan duri’, dengan jayanya. Apa pun, ketegasan dan keazamannya, telah mengemudi stesen ini ke arah satu halatuju dan jalanan ke satu masa depan yang penuh kecemerlangan dan kejayaan.
HUSA NETWORK SDN. BHD. Adalah syarikat pengendali RADIO PANTAI TIMUR FM yang mana ditubuhkan pada 20 jun 1998. Menggunakan frekuensi 88.1 mhz sebagai gelombang siaran pada awal,pada tahun 2003 ditukar kepada frekuensi 90.6 mhz. MANIS FM sebenarnya merupakan inpirasi Tan sri Dato’ Hj Hussein Ahmad yang juga merupakan pengerusi Eksekutif HUSA NETWORK merangkap bekas pengerusi lembaga kemajuan pertanian kemubu ( KADA ). HUSA NETWORK SDN. BHD.memulakan siaran pertama RADIO PANTAI TIMUR MANIS FM selaku radio swasta di pantai timur pada 1 januari 1999 sewaktu itu, masih lagi menyewa peralatan siaran radio dan beroperasi di permis perniagaan bertempat di jalan kebun sultan, kota bharu kelantan, manis fm turut menggunakan khidmat juruhebah kada secara sementara.
Setelah 5 tahun berlalu, manis fm mula mengembangkan sayapnya dengan mempengaruhi hampir sebilangan besar penduduk kelantan untuk memilih siarannya berbanding dengan siaran stesen radio lain waktu itu yang lebih praktikal dan formal. Kajian rambang dengan responden dari kalangan masyarakat awan pelbagai lingkungan dan latar usia rata- ratanya telah mula memilih siaran manis fm sebagai medium antara hiburan dan informasi dengan kelompok masyarakat.
Kini beroperasi di premis sendiri, beralamat di Wisma Manis, Lorong Imam, Jalan Lundang 15150, Kota Bharu Kelantan, manis fm juga telah mengalami peningkatan secara total dari segi pencapaian dan mutu siaran. Ia sudah mempunyai sistem pemancar sendiri setelah sekian lama menyewa peralatan adalah salah satu dari titik tolak kejayaan stesen radio ini. Dengan kini manis fm telah mengusai frekuensi siaran hingga ke seluruh terengganu dan negeri pahang selain sepenuhnya menakluki kelantan, visi dan misi HUSA NETWORK masih lagi di teruskan untuk mencapai target liputan ke seluruh pantai timur. Bergerak dengan satu konti utama dengan menggunakan 2 mini disk konti khas untuk siaran setiap negeri di pantai timur dan perancangan program- program terbitan yang lebih bersifat mesra masyarakat, serta penambahan waktu siaran dari 18 jam kepada 24 jam bermula 2003, manis fm semakin hampir ke destinasi sebagai pilihan utama rakyat pantai timur dewasa ini.
No comments:
Post a Comment