Friday, April 30, 2010
SELAMAT PENGANTIN BARU TEMAN...
Monday, April 26, 2010
PANTAI LAGI KAN BERUBAH!!
Bak kata orang," Terbakar rumah nampak asap, terbakar di hati siapalah yang tahu". "Pantai lagikan berubah, inikan pula hati orang".
Saturday, April 17, 2010
Penyanyi Achik Spin Maut Dalam Kemalangan
Sabtu, April 17, 2010

Pegawai Turut Trafik negeri ASP Abd Halil Hamzah berkata kejadian berlaku pukul 6.15 petang apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaiki penyanyi itu bersama seorang rakan lelaki yang belum dikenali dikatakan terbabas dan melanggar papan tanda.
"Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan yang dipandunya itu melanggar papan tanda selepas melepasi kawasan Rawat dan Rehat (R&R) dekat susur keluar ke Pajam.
"Difahamkan kenderaan yang dipandunya itu dalam perjalanan balik ke Seremban bersama seorang rakan selepas menyertai sebuah rancangan di RTM, Kuala Lumpur," katanya di sini.
Katanya Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan.
Allahyarham dikatakan tercampak keluar dari kenderaan, yang kemudiannya terbakar dan meletup.
Mayat Achik dan rakannya yang cedera telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban.
Sementara itu Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat dari Mantin, Hamizin Khaidir berkata, penyanyi berkenaan tercampak keluar dari MPV dan orang ramai cuba menyelamatkannya sebelum dia meninggal dunia.
Achik merupakan penyanyi utama kumpulan Spin yang popular sekitar tahun 2002.
Penyanyi yang popular dengan lagu Janji Kita itu telah mendirikan rumahtangga dengan bekas Pegawai Khidmat Pelanggan Astro, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof pada Nov 2005.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Puteri Rania pada 2007 tetapi meninggal dunia ketika berusia dua bulan akibat demam panas dan masalah usus dalam perut.
-- BERNAMA
Wednesday, April 14, 2010
PELAKON WANITA HALAU SUAMI DARI RUMAH?
Ida Nerina halau laki, mintak cerai
14 Apr 2010Dalam keterangan semalam, Sha’arin Mohd Razali , 40, yang juga bekas gitaris kumpulan Blackrose menjelaskan kepada mahkamah wujudnya pertengkaran hebat diantara mereka berdua sehingga memaksanya mengucapkan lafaz cerai ke atas Ida Nerina.
"Selepas kami bertengkar, saya diusir keluar dari rumah, tapi sebelum itu dia suruh saya ceraikannya . Ketika melafazkan cerai, saya tidak sebut jumlah talak." kata Sha’arin di hadapan Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin.
Menurut Sha'arin, kejadian itu berlaku kira-kira jam 11 pagi pada 22 September 2009 di kediaman mereka yang terletak di di Metropolitan Square, Bandar Damansara Perdana, Kuala Lumpur.
Sha'arin turut menjelaskan lafaz cerai itu diucapkan di dalam bilik selang 10 saat selepas Ida menyuruh dia berbuat demikian. "Selepas itu, saya keluar bilik dan Ida menyuruh pembantu rumah kemas barang dan beri pada saya. Saya ambil barang dan terus keluar kira-kira setengah jam selepas itu," katanya.
Dalam perbicaraan semalam, Sha’arin hadir ke mahkamah bersama seorang temannya manakala Ida, 45, tidak menghadirkan diri.
Tambah Sha’arin, dia pulang semula ke rumah pada petang itu juga untuk mengambil barang lain, namun hanya berjumpa pembantu rumah dan mengambil barang berkenaan di tempat letak kereta saja.
Mahkamah menangguhkan perbicaraan sehingga 21 April ini untuk soal balas peguam Ida, Akhbardin Abdul Kader seterusnya giliran defendan memberi keterangan. / KLPost-Murai

Monday, April 12, 2010
ISTERI BENJY JADI MANGSA DIBUANG KERJA?
Isteri Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy, 32, dilaporkan mengalami kesan trauma yang teruk susulan penahanan suaminya mengikut Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 atas dakwaan memiliki dadah.
Difahamkan, Safiya Stephanie, 27, juga tidak sanggup keluar rumah kerana bimbang dicemuh masyarakat, termasuk difitnah bersubahat. Berikutan itu, beliau dan anak tunggalnya, Firdauz Juan, 4, tidak pernah kelihatan setiap kali pelakon berkenaan dibawa ke Kompleks MahkamahKuala Lumpur dan Ibu pejabat Polis Kontingen (IPK) berhubung kes berkenaan.
Safiya juga dikatakan tidak pernah melawat suaminya sepanjang ditahan di Pusat Tahanan Reman, Bukit Jalil sebelum ini.
Ibu mentuanya, Azean Irdawaty ketika menghubungi Berita Harian, berkata bukan menantunya itu tidak menyayangi suaminya tetapi sikap masyarakatyang memaksanya bertindak demikian.
“Isteri mana tidak sayang suami. Kak Yan pasti dia dan anaknya merindui Benjy. Namun, apa pilihan yang mereka ada. Jika ke mahkamah atau balai (polis), belum tentu boleh jumpa dan macam-macam orang cakap nanti,” katanya.
Lebih menyedihkan, beliau berkata, menantunya yang bekerja sebagai guru tadika turut diberhentikan majikannya tanpa dinyatakan sebabnya, namun ia dipercayai mempunyai kaitan dengan kesBenjy.
“Dia diberhentikan kerja tanpa alasan kukuh. Bila sampai ke pejabat (tadika), dia terus dapat surat berhenti. Ini sekali gus menyebabkannya kehilangan sumber pendapatan, termasuk untuk menyara anak mereka.
“Malah, menantu dan cucu Kak Yan turut dihalau dari rumah sewa mereka di Jalan Segambut kononnya atas alasan kes itu yang mendapat liputan meluas media menjejaskan reputasi pemilik rumah itu,” katanya sambil menahan kesedihan.
Azean mengakui terpaksa menjaga segala keperluan menantu dan cucunya walaupun beliau sendiri sudah kehilangan sumber pendapatan kerana tidak lagi menerima tawaran berlakon apabila disahkan menghidap kanser payu dara tiga tahun lalu.
“Kak Yan sendiri pun terpaksa bergantung kepada sumbangan orang ramai. Bayangkan, bagaimana Kak Yan mampu menampung perbelanjaan menantu dan cucu dengan sumber kewanganyang terhad ini.
“Duit menjamin Benjy pun kawan-kawan yang tolong. Kak Yan sedih mengapa masyarakat mahu menghukum menantu dan cucu Kak Yan yang tiada kaitan langsung dengan kes ini. Lagipun, Benjy belum dibuktikan bersalah dan kes masih berjalan,” katanya.
http://malaysiasensasi.blogspot.com/2010/04/isteri-benji-dibuang-kerja.html
NOGORI SASAR LIGA SUPER PULA
“BOLA sepak macam permainan video, macam-macam boleh jadi, tak sangka kami boleh menang pada saat akhir,” kata jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan mengulas kemenangan skuadnya ke atas Kedah pada perlawanan akhir menerusi penentuan penalti 5-4 selepas kedudukan terikat 1-1 sebaik tamat masa tambahan kelmarin.
“Memang rezeki kami sebab saya memang terkejut apabila Negeri Sembilan melangkah ke final musim ini dan boleh menang pula. Tapi saya puas hati dengan pemain yang berusaha sedaya upaya memberi tentangan kepada Kedah.
“Apabila penalti pertama Negeri Sembilan tak masuk, saya fikir macam sudah kalah, tapi itulah memang rezeki kami kali ini,” katanya.
Disaksikan lebih 60,000 penyokong yang memenuhi Stadium Nasional, Bukit Jalil, Negeri Sembilan ketinggalan 1-0 apabila Kedah berjaya menghasilkan gol menerusi penyerang, Baddrol Bakhtiar pada minit ke-27.Skuad bergelar Rusa itu kemudian bangkit menyamakan kedudukan di minit ke-38 hasil jaringan Mohd Shaffik Rahman dan memaksa perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti selepas tamat masa tambahan.
Penyokong Negeri Sembilan cemas apabila dua sepakan penalti Mohd Zaquan Abd Razak dan Mohd Asyraf Mohd Al Japri tidak menepati sasaran, namun sepakan pemain Kedah, Mohd Fazliata Talib, Mohd Helmi Eliza Elias dan Mohd Sabre Mat Abu berjaya diselamatkan penjaga gol, Sani Anuar Kamsani.
Bagaimanapun, Wan Jamak tidak mahu anak buahnya terlena dibuai kejayaan itu kerana masih ada perkara yang perlu diperbaiki termasuk mempertajamkan barisan serangannya yang dilihat terlalu banyak bergantung kepada Mohd Zaquan.“Saya mahu memperkuatkan lagi pasukan ini, saya tahu hanya Zaquan saja yang boleh diharapkan. Tiada rakan gandingan yang sesuai buatnya pada masa ini.
Negeri Sembilan yang kini menduduki tangga keempat Liga Super, menjulang Piala FA kedua dalam sejarah mereka selepas kali pertama melakukannya pada 2003.

