KOBAT FM ONLINE

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

JOM JOIN FACE BOOK SAYA

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, August 9, 2010

KENANGAN KU DI BULAN RAMADHAN NAN LALU...

RAMADHAN bakal menjelang sehari dua lagi. Ketibaan Ramadhan kali ini menggamit kenanganku sewaktu aku menyambut Ramadhan di Kota Bharu, Kelantan tahun lepas. Kebetulan bulan Ramadhan ketika itu aku banyak ditugaskan berada dikonti awal jam 1200 tgh mlm sehingga 6 pagi. Ketika itu, rakan setugas yang menemaniku adalah DJ Aiman.

Aku tiba dikonti mesti siap membawa bekalan untuk bersahur. Lazimnya aku hanya membawa roti sahaja beserta air kopi atau nescafe. Itulah juadah bersahur ku bersama DJ Aiman. Meskipun di bulan Puasa, aku dan Aiman bertugas seperti biasa dengan berbagai topik bicara yang kebanyakannya `gila-gila' sehingga kadangkala aku dan Aiman sendiri sampai sakit2 perut ketawa di dalam konti. Pernah suatu ketika, ada cerita yang amat melucukan dan kami ketawa sampai DJ Aiman terduduk bawah kerusi dan aku lari dari Mic akibat ketawa yg keterlaluan. Kami ketawa secara live `on air' dan DJ Aiman pantas memainkan lagu. Selepas itu, isteriku dari Kuantan mengirim SMS menegurku kerana ketawa kami kuat didengar melalui radio.

Banyak kisah yg melucukan setiap kali kami `berduet' di konti. Ada ketikanya kami mengusik pemanggil yang menghubungi melalui talipon dan gelagat mereka membuatkan konti riuh dengan derai ketawa kami.

Ada masanya, kami membuka topik yang menyeramkan. Ramai pendengar mengirim SMS menyatakan mereka takut dengan topik sedemikian tetapi menyeronokkan juga. Dengan background seram yang aku mainkan membuatkan suasana lebih seram. Baru ku tahu rupanya DJ Aiman ini agak penakut juga orangnya.

Kisah lucu yang dikirimkan oleh para pendengar kadangkala membuatkan aku dan Aiman tidak kering gusi. Aku pernah menghadiahkan seorang pengirim cerita lucu dengan topap RM 10 kerana bagiku cerita beliau adalah yg paling lucu yang diterima. Kisah orang buta tersilap naik kereta bomba yang disangkakan bas masih segar dalam ingatanku.

Itu semua kisah yg sudah berlalu. Terlalu banyak kenangan manis ku di Manis FM. Sehingga kini rakan2 Manis FM sentiasa diingatan. Lagu `Salam Terakhir' nyanyian dari Allahyarham Sudir yang ku mainkan di malam terakhirku di konti Manis FM adalah noktah terakhirku di sana. Aku sering minta rakan2 DJ memainkan lagu itu selepas aku berada jauh dari Manis FM. Lagu itu adalah sebagai tanda aku sentiasa merindui Manis FM dan sentiasa disisinya. Ada rakan2 yang tidak dapat memainkan lagu itu bila ku minta, aku tidak berkecil hati kerana aku faham tugas kelian. Bagi rakan2 yg sudi menyiarkan lagu yang ku pohon, ku ucapkan ribuan terima kasih.

Sempena Menyambut Ramadhan ini, ku ucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan setugas ku dulu di Manis FM, rakan yang baru, semua Staf Manis FM dan istimewa buat para pendengar Manis FM. Kenangan bersama kelian kekal diingatanku....

No comments:

Post a Comment