KOBAT FM ONLINE

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

JOM JOIN FACE BOOK SAYA

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 22, 2010

Siti raya sakan dengan Shahir, Akim

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan

2010/06/22

DALAM kesibukan menjadi usahawan produk kecantikan, jadual nyanyian Datuk Siti Nurhaliza tetap padat. Selain undangan nyanyian di majlis keramaian, tidak lengkap sajian program hiburan raya setiap tahun jika tidak mengundang Siti menyanyi.

Jumaat lalu, Siti sudah 'beraya sakan' dengan Juara Akademi Fantasia 8 (AF8), Shahir dan seorang lagi bintang AF7, Akim.

Rakaman program bergelar Lebaran Diva Datuk Siti Nurhaliza itu adalah terbitan Astro dan berlangsung di Studio Satu.

Menerusi rancangan khas itu, Siti menyanyikan beberapa lagu popularnya seperti Debaran Cinta dan Bukan Cinta Biasa yang dipersembahkan dalam susunan muzik terbaru. Selain itu Siti berduet dengan Shahir dalam lagu Ketika Cinta Bertasbih.

Siti turut mendendangkan lagu bertemakan raya antaranya Air Mata Syawal serta medley Malam Bulan Dipagar Bintang, Puisi Cinta dan Indahnya Beraya Di Desa.

Shahir turut menyanyikan lagu single pertamanya, Kebahagiaan Dalam Perpisahan serta berpadu vokal dengan Akim menerusi lagu Balik Kampung dan Satu Hari Di Hari Raya. Akim juga mempersembahkan lagu solo, Inilah Cinta dan Menunggu.

Mengulas mengenai gandingan bersama bintang realiti itu, Siti memaklumkan dia tidak berdepan masalah untuk digandingkan dengan artis yang lebih muda malah penampilan peserta yang dicungkil bakat oleh Astro itu ternyata ada keistimewaan tersendiri.

"Pemilihan mereka untuk tampil dalam persembahan ini adalah menerusi perbincangan dengan Astro. Siti tidak berdepan masalah untuk menjayakan persembahan dengan artis muda seperti mereka. Ia berbeza daripada rakaman raya yang pernah Siti buat sebelum ini," kata Siti.

Tambahnya, susunan muzik yang berbeza adalah satu lagi kelainan yang ditampilkan menerusi program itu yang bakal disiarkan menerusi Astro Ria (Saluran 104) pada Aidilfitri ini. Sebelum ini, Siti turut terbabit dalam rakaman program raya bersama TV3, TV9 dan RTM.

Sementara itu Siti terus menyimpan impian mengadakan lagi konsert berskala besar. Walaupun keadaan ekonomi bertambah baik sekarang, kesukaran mendapatkan penajaan terus menjadi halangan utama kepada artis tempatan termasuklah Siti.

Pengalaman menganjurkan Konsert Satu Muzik di Istana Budaya (IB) awal tahun ini membabitkan penyanyi terkenal seperti Aizat dan Faizal Tahir memberi pengajaran betapa sokongan daripada syarikat korporat atau penaja amat diperlukan/Metro

Monday, June 21, 2010

BUKANNYA MASUK NERAKA - SAIFUL APEK

Jangan cepat hukum


SAIFUL APEK ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Khamis lalu sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

KUALA LUMPUR - Selepas empat hari dibebaskan dengan jaminan polis atas dakwaan satu kes penyalahgunaan dadah, pelakon komedi popular, Mohd. Saifulazam Mohd. Yusof, 41, atau Saiful Apek menganggap dirinya tidak layak dianggap sebagai ikon atau idola masyarakat.

Katanya, seperti manusia lain, beliau juga mempunyai kelemahan dan tidak terlepas daripada melakukan kesalahan.

Namun, Saiful Apek yang baru muncul dengan filem Kecoh Betul itu tidak mahu masyarakat terlalu cepat menghukum kerana kesnya itu masih dalam siasatan.

"Saya cuma ditahan polis, bukannya masuk neraka.

Saturday, June 19, 2010

MASALAH LAMA MASIH MENGHANTUI.....

MASALAH lama masih menghantui Manis FM. Sejak kebelakangan ini radio online di website Manis FM sering tergendala. Kita tidak tahu apa yang menyebabkan masalah ini sering berlaku. Tetapi yang pasti, kelemahan ini sedikit sebanyak menjejaskan prestasi stesen radio Pantai Timur yang semakin diminati ramai ini. Diharapkan satu komitmen perlu ada kepada pihak yang bertanggungjawab agar nama baik Manis FM terus terpelihara.

Thursday, June 17, 2010

Saiful Apek sembunyi

SUBANG JAYA - Pelakon dan pelawak, Saiful Apek (gambar) dibebaskan dengan jaminan polis selama dua minggu atas tiga tuduhan berkaitan penyalahgunaan dadah setelah tahanan reman terhadapnya berakhir semalam.

Ketika dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, pada pukul 4.20 petang semalam, Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd. Saiful Azam Mohamad Yusoff, 41, cuba mengelak daripada pihak media dengan melalui pintu belakang balai polis.

Bagaimanapun, taktik Saiful Apek bersama lebih kurang sepuluh orang saudara-maranya yang turut berada di situ tidak berjaya apabila pihak media berjaya menjejakinya yang pulang menaiki sebuah kereta Honda Civic bewarna hitam.

Dari dalam kereta, Saiful Apek yang memakai baju lokap berwarna jingga bertindak mengiringkan badannya serta menundukkan kepala di tempat duduk belakang apabila jurukamera merakamkan gambarnya.

Sunday, June 13, 2010

SAIFUL APEK DITAHAN ?

Pelawak pesta ganja

Oleh Shanty Nur Shaffizan Shafee dan Muhammad Apendy Issahak
am@hmetro.com.my
2010/06/14

SUBANG: Sedang peminat bola sepak tanah air bersedia menyaksikan Piala Dunia 2010, perlawanan antara Argentina dengan Nigeria, seorang pelakon komedi terkenal dan lima rakannya diserbu di rumahnya ketika asyik berpesta dadah malam kelmarin. Pelawak berusia 41 tahun itu diserbu di sebuah apartmen di PJS7, Subang Jaya, kira-kira jam 10 malam.

Serbuan dilakukan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Daerah Subang Jaya itu membawa penemuan dadah dipercayai ganja seberat kira-kira 40 gram bersama enam suspek.

Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar yang dihubungi berkata, ketika serbuan, selain daripada pelakon terbabit, terdapat lima lagi suspek termasuk seorang wanita yang semuanya berusia 20 hingga 30-an.

Zainal Rashid berkata, serbuan berkenaan dibuat berdasarkan maklumat awam dan hasil intipan polis.

“Ketika serbuan, terdapat enam penghuni termasuk lima lelaki dan seorang perempuan di dalam sebuah apartmen yang dipercayai milik pelakon komedi terkenal itu yang membintangi beberapa filem besar tanah air.

“Serbuan itu menemui beberapa peket kecil berisi daun kering dipercayai ganja dianggarkan seberat 40 gram dan siasatan awal berdasarkan kuantiti dadah terbabit ia untuk kegunaan sendiri,” katanya, semalam.

Menurutnya, semua suspek dibawa ke balai polis untuk menjalani ujian air kencing dan hasil ujian mendapati mereka positif ganja. “Semua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan kini direman sehingga 16 Jun bermula hari ini (semalam), mengikut Seksyen 39A(1), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Difahamkan, pelawak terbabit pernah dikaitkan dengan kes sama sebelum ini apabila penyebaran gambarnya menghisap dadah melalui Internet dan telefon bimbit, bagaimanapun perbuatan itu dinafikan.

Sebelum ini, beberapa artis pernah ditahan pihak berkuasa kerana terbabit penyalahgunaan dadah, termasuk kes terbaru seorang pelakon yang juga anak seniwati terkenal Azean Irdawaty, Benjy serta penyanyi popular Ameng Spring.

Tuesday, June 8, 2010

UNDIAN DJ PILIHAN - KEMUNGKINAN KEPUTUSAN MENGEJUT ?

MEMANG sengit persaingan kali ini. Mengejutkan juga apabila DJ Ayue setakat ini mengungguli tempat pertama DJ Pilihan pengunjung blog ini dengan meraih undian 19 %. Saingan terdekat adalah dari DJ Aiman (pemegang tempat pertama 2 siri berturut) dan juga dari DJ Ira Fatiran yang masing-masing mendapat undian sebanyak 17 %.

Namun demikian, keputusan ini belum muktamad dan anda mampu mengubahnya. Apakah Siri 3 kali ini memperlihatkan muka baru di tempat pertama, atau DJ Aiman tetap mengejar kedudukan tersebut bagi mencapai keputusan `hatrick' tiga siri berturut-turut sebagai juara? Tidak mustahil kejutan juga akan dilakukan oleh DJ Ira Fatiran yang kini semakin hampir ke puncak. Teruskan mengundi....

Tuesday, June 1, 2010

SENGIT !! UNDI DJ PILIHAN ANDA KINI HEBAT BERSAING

SENGIT !! Itulah gambaran semasa sekarang di dalam Poll DJ Pilihan pengunjung blog saya. Saingan ternyata di antara DJ Ira Fatiran, DJ Ayue dan DJ Ewan Slumber. Manakala DJ Aiman pemegang tempat pertama 2 siri berturut2 nampaknya tercicir agak jauh. Tetapi, ini belum muktamad dan pada bila2 masa keputusan mungkin berubah. Semuanya bergantung kepada anda yang sudi berkunjung ke blog saya. Teruskan mengundi.