KOBAT FM ONLINE

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

JOM JOIN FACE BOOK SAYA

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, February 17, 2012

Salam Takziah- Dj Radio Meninggal Dunia Akibat Kemalangan.

February 16 @ 18:02:56 PST
Oleh: siasahkini

"

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.. Takziah saya ucapkan kepada keluarga salah seorang pengacara radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Pengacara yang popular dengan nama DJ Razak itu, meninggal dunia pagi tadi kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya.
 
Nama penuh DJ Razak ialah Abdul Razak Arbain, 46. Arwah yang merupakan bekas anggota tentera itu dikatakan terlibat dengan kemalangan tersebut pada pukul 7.15 pagi selepas ingin pulang daripada menghantar anaknya ke sekolah.

Kejadian berlaku di Taman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Bukit Jalil. Allahyarham cukup disenangi oleh para pendengar radio, dan rakan sekerja terutama peminat segmen kendaliannya iaitu slot ‘Dini Hari’ bermula jam 2 petang sehingga 6 petang.

Allahyarham meninggalkan seorang balu,Rosnani Binti Haji Dali dan tiga orang anak yang berusia antara 10 dan 19 tahun. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg. Bohol, Kinrara, Puchong, selepas solat Zohor tadi.

Allahyarham bertembung motosikal yang ditunggangi dengan motosikal rakan "Chedet" saudara Ab Rahman Zamri yang sedang kritikal di wad ICU Hospital Serdang Sekarang. Sdr Ab Rahman merupakan bekas anggota No 10 Sqn, Tentera Udara Diraja Malaysia , pernah bertugas bersama saya lebih 8 tahun.

Sekarang beliau bertugas sebagai Mekanik kapal terbang di Line Maintenance 11, Komplek A ,Malaysian Airline System Subang. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Abdul Razak Arbain.. Al-Fatihah.
http://siasahkini.blogspot.com/2012/02/salam-takziahdj-radio-meninggal-dunia.html"

Monday, February 6, 2012

Masih Ku Rindu Pada Manis FM dan Rakan2...


Salam teman2...

Semoga semuanya sihat belaka.  Maaf, lama tidak update blog ini.  Agak sibuk bila mula memasuki bidang baru yang jauh beza dari di Manis FM.  Kini, MFM juga telah berbeza semenjak di ambil alih Bos yang baru.  Samada bertambah baik atau sebaliknya, saya tidak pasti kerana sudah lama tidak berkesempatan mengikuti siaran radio kesayangan saya itu.
Dulu di Konti, Kini di pentas politik...

Harapan saya, MFM tetap unggul seperti dulu.  Saya masih rindu pada rakan2 di MFM dan teman2 semua...Entahlah, bila kapan kita bertemu...Jika ke Kuantan, jangan lupa calling2 saya ok...Jumpa lagi, Wassalam..


There was an error in this gadget