Sunday, September 11, 2011
DARI DJ RADIO KE BIDANG POLITIK....
Wednesday, May 18, 2011
APA KHABAR SEMUA RAKAN MFM?
Salam semua..
Di sini, saya kongsi bersama foto saya bersama rakan saya sewaktu hadir di dalam suatu majlis di Kuantan. Sekadar berkongsi maklumat yang terbaru, tiada berubah pun pada wajah...maklumlah orang dah berumur. Buat teman-teman di konti tu, selamat bertugas....saya rindu anda semua.
Sunday, April 24, 2011
Kami tidak minum arak - Que Haidar/Linda Jasmin
24 April 2011
Oleh ARDYHANSAH AMAT metahad@hmetro.com.my
Menurut Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, mereka hanya menghadiri majlis hari lahir seorang kawan Linda yang bukan beragama Islam.“Sebelum itu kami makan malam bersama keluarga mentua. Dalam perjalanan pulang, Linda menerima panggilan daripada seorang rakan yang mahu kami hadir ke majlis hari lahirnya.“Selepas dihubungi berkali-kali, kami singgah sebentar ke tempat itu bagi meraikannya.
Namun, terus terang kami tidak langsung menyentuh arak, manakala arak di atas meja itu (merujuk kepada gambar di Internet) adalah milik orang lain.“Malah, rakan Linda turut mendapatkan nasi lemak selepas saya memberitahu nak makan makanan itu selain meminum air mineral,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad.
Que yang nyata tidak menyenangi penyebaran gambar itu meminta orang ramai tidak mudah membuat tanggapan negatif.“Serba salah dibuatnya. Rasa marah, geram, sakit hati, malah kelakar pun ada. Namun sebenarnya ia boleh menjejaskan kami, termasuk keluarga, apabila mendengar khabar angin negatif ini,” katanya.
Sementara itu, kenyataan Que turut disokong Linda, 38.“Tak adil menilai kami dengan hanya melihat gambar berkenaan tanpa mengetahui perkara sebenar.“Saya tak minum arak dan tidak merokok langsung. Rokok (di tangan Linda dalam satu gambar) itu orang lain punya, mungkin Que, dan saya hanya memegangnya,” katanya.
Menurut Linda, tindakan menyebarkan gambar itu satu perkara tidak baik dan akan menjejaskan maruah mereka sekeluarga.“Walaupun kami menjelaskan keadaan sebenar, akan ada (masyarakat) yang terus memandang buruk kepada kami hanya disebabkan tindakan (penyebaran gambar) itu,” katanya
Gambar-gambar lain DI SINI
Friday, March 18, 2011
ANAK SULUNG DJ AIMAN MENJALANI PEMBEDAHAN DI HUSM

Bersama kita doakan agar anak beliau berada di dalam keadaan baik dan pulih seperti sediakala.
Wednesday, March 9, 2011
BSEPAK KELAYAKAN OLIMPIK - MALAYSIA LAYAK PUSINGAN KEDUA

Dengan anggregit 2-0, kita telah melayakkan diri ke pusingan kedua kelayakan tersebut. Persoalan selepas ini, siapakah lawan kita seterusnya dan apakah pasukan kita mampu mengekalkan kecemerlangan mereka? Mudah-mudahan tercapai cita-cita kita untuk melihat pasukan kebangsaan kita melangkah ke pusingan seterusnya yang tentunya lebih mencabar.
Tahniah buat semua pemain, jurulatih, FAM dan semua penyokong Malaysia yang terus mendoakan kebangkitan pasukan muda ini.
Tuesday, March 1, 2011
Tahniah `Red Warrior'
Monday, February 28, 2011
KELANTAN VS NEGERI, AKU TIDAK KECEWA JIKA NEGERI KALAH
Pertamanya, aku pernah berada di bumi Che Siti Wan Kembang itu walaupun tidaklah lama sangat. Aku jatuh hati pada negeri yang banyak memberi aku pengalaman sebagai penyiar di Stesen Radio Manis FM. Di bumi Kelantan juga aku temui rakan karib ku yang selalu ketawa dan susah bersama iaitu DJ Aiman, serta beberapa DJ lain di sana. Kebanyakan masalah yang ku hadapi semuanya aku luahkan pada DJ Aiman. Mungkin aku kerap bersamanya di konti.
DJ Ewan Slamber pula, beliau orang pertama yang ku temui dan belajar di konti sewaktu awal mula aku di Manis FM. Beliau rakan yang buatku sering tertawa. Semua DJ di Manis FM sentiasa buatku senang begitu juga staf-staf ketika itu. Itu sebab aku mencintai Kelantan.
Keduanya, aku merasa sayang kepada Kelantan sebagaimana sayangnya rakyat Kelantan kepada MB Kelantan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Ringkasnya, aku sokong Kelantan kerana negeri ini dipimpin oleh Tuan Guru.
Tetapi, malam ini Kelantan akan bertemu Negeri Sembilan. Seperti yang diperkatakan oleh Jurulatih Kelantan, M. Karathu, "Mereka mempunyai jentera serangan yang cukup efektif dengan kombinasi empat penggempur utama iaitu Zaquan (Adha), Ahmad Fakhri (Shaarani), Hairuddin (Omar) dan Kuna (S. Kunalan) dan saya mahu semua pemain perta- hanan Kelantan bersedia." (Kosmo). Ini menunjukkan pertarungan malam ini pasti hebat.
Aku berharap Negeri Sembilan akan menang. Mungkinkah Kelantan menang akan membuat aku kecewa? Jawapannya tidak, kerana aku sayang Kelantan.
Saturday, January 29, 2011
KELANTAN TETAP UNGGUL....
GOMO KELATE GOMO
fakhrul@kosmo.com.my

Jaringan penalti Norshahrul Idlan Talaha dan sepakan percuma Badhri Radzi sudah cukup untuk menggagalkan hasrat Selangor meraih kejuaraan sumbangsih itu buat kali ketiga berturut-turut.
Tuah jurulatih baru, Datuk M. Karathu membawa kejayaan kepada Kelantan manakala aksi pemain Selangor kendalian K. Devan tampak lesu dan serba tidak menjadi.
Perlawanan yang dimeriahkan dengan kehadiran 35,000 penonton itu, menyaksikan Kelantan mendahului seawal minit kelapan menerusi sepakan penalti Norshahrul setelah bek kanan Selangor, Razman Roslan menjatuhkan Nurul Azwan Roya.
Tertekan dengan jaringan awal itu, Selangor cuba bangkit dan mendapat peluang terbaik pada minit ke-31 menerusi tandukan Safee Sali tetapi sekadar menggegar palang gol Kelantan.
Sebaik babak kedua bermula, Selangor memasukkan Fitri Shazwan Raduwan menggantikan Safiq Rahim manakala Kelantan pula memasukkan Khairul Izuan Rosli menggantikan Danial Fadzly Abdullah pada minit ke-58.
Permainan terhenti hampir 10 minit pada minit ke-62 setelah penyokong Kelantan bertindak membaling botol minuman dan mercun ke arah padang.
Begitupun ia tidak menghalang Kelantan untuk mendapatkan gol kedua pada minit ke-83 menerusi sepakan percuma Badhri dari sebelah kiri yang gagal diagak dengan baik penjaga gol Selangor, Iqbal Suhaimi.
Jaringan tersebut terus mematikan langkah Selangor meskipun terus menggandakan asakan untuk mencari gol.
Trofi kejuaraan disampaikan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah diiringi Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Tan Sri Khalid Ibrahim dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.
“Turun selaku juara Piala Malaysia, tekanan hebat terpaksa dipikul Kelantan. Tapi para pemain telah menunjukkan keyakinan diri yang tinggi.
“Ini merupakan kali pertama Kelantan muncul juara dan saya hadiahkan piala ini buat seluruh penyokong setia Kelantan," kata Karathu.
Devan pula berkata: “Gol awal Kelantan menerusi sepakan penalti telah mematikan rentak permainan kami. ”
Pada perlawanan tersebut, penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang beraksi cemerlang telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Astro.
Thursday, January 6, 2011
Pengemis bakal jadi jutawan kerana suara emas
![]() |
|
COLUMBUS, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pengemis yang tidak berumah di sini, Ted Williams dihujani tawaran lumayan yang membolehkan dia bakal menjadi jutawan selepas permintaannya untuk diberi kerja dengan menggunakan suaranya disiarkan di Twitter dan laman YouTube, lapor sebuah akhbar semalam.
Nasibnya itu berubah selepas seorang jurugambar akhbar Columbus Dispatch merakamkan video yang menunjukkan pengemis tersebut memegang cebisan kertas kotak yang mengandungi tulisan:
"Saya mempunyai suara dianugerahkan Tuhan. Saya seorang bekas penyampai radio yang jatuh ke dalam masa sukar. Tolonglah! sebarang bantuan akan amat dihargai. Terima kasih dan semoga anda dirahmati Tuhan."
Pengemis itu turut bercakap dengan gaya seorang penyampai radio yang mempunyai suara unik semasa gelagatnya dirakamkan oleh jurugambar tersebut dari dalam keretanya di Houston Street, Columbus.
Klip video selama 90 saat itu yang dihantarnya ke laman Twitter kemudian menjadi popular dan pengemis itu kemudian menerima tawaran daripada beberapa stesen penyiaran termasuk stesen rangkaian muzik MTV, stesen Liga Bola Sepak Nasional (NFL) dan Rangkaian Hiburan dan Sukan (ESPN).
Seorang pengarah filem untuk NFL, Keviv McLoughlin berkata, bosnya mengarahkan pengemis itu diambil bekerja jika dia tidak mahu dipecat.
Dia juga mendapat tawaran berjumlah AS$10,000 (RM30,725) untuk menyumbang suara untuk sebuah persatuan perniagaan, Liga Kesatuan Kredit Ohio.
Sementara itu, seorang ejen pencari bakat di bidang penyiaran di Los Angeles, Shane Cormier berkata, Williams memiliki bakat yang amat unik.
"Kami boleh menjadikan Williams seorang jutawan," katanya.
Williams pernah bekerja sebagai seorang penyampai radio sebelum dia hilang pekerjaan kerana masalah ketagihan alkohol dan dadah.
"Namun, kini saya telah sembuh dan tidak mengambil dadah atau alkohol selama dua tahun. Saya berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah kehidupan saya," katanya. - Agensi