KOBAT FM ONLINE

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

JOM JOIN FACE BOOK SAYA

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, February 28, 2011

KELANTAN VS NEGERI, AKU TIDAK KECEWA JIKA NEGERI KALAH

Malam ini (Selasa) 29 Feb 11, Kelantan menjadi Tuan Rumah kepada pasukan Negeri Sembilan di dalam Bolasepak Liga Super. Selaku anak jati nogori, tentulah aku sokong Negeri Sembilan. Jika Negeri Sembilan tidak bermain, aku selalunya menyokong Kelantan atas dua sebab.

Pertamanya, aku pernah berada di bumi Che Siti Wan Kembang itu walaupun tidaklah lama sangat. Aku jatuh hati pada negeri yang banyak memberi aku pengalaman sebagai penyiar di Stesen Radio Manis FM. Di bumi Kelantan juga aku temui rakan karib ku yang selalu ketawa dan susah bersama iaitu DJ Aiman, serta beberapa DJ lain di sana. Kebanyakan masalah yang ku hadapi semuanya aku luahkan pada DJ Aiman. Mungkin aku kerap bersamanya di konti.

DJ Ewan Slamber pula, beliau orang pertama yang ku temui dan belajar di konti sewaktu awal mula aku di Manis FM. Beliau rakan yang buatku sering tertawa. Semua DJ di Manis FM sentiasa buatku senang begitu juga staf-staf ketika itu. Itu sebab aku mencintai Kelantan.

Keduanya, aku merasa sayang kepada Kelantan sebagaimana sayangnya rakyat Kelantan kepada MB Kelantan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Ringkasnya, aku sokong Kelantan kerana negeri ini dipimpin oleh Tuan Guru.

Tetapi, malam ini Kelantan akan bertemu Negeri Sembilan. Seperti yang diperkatakan oleh Jurulatih Kelantan, M. Karathu, "Mereka mempunyai jentera serangan yang cukup efektif dengan kombinasi empat penggempur utama iaitu Zaquan (Adha), Ahmad Fakhri (Shaarani), Hairuddin (Omar) dan Kuna (S. Kunalan) dan saya mahu semua pemain perta- hanan Kelantan bersedia." (Kosmo). Ini menunjukkan pertarungan malam ini pasti hebat.

Aku berharap Negeri Sembilan akan menang. Mungkinkah Kelantan menang akan membuat aku kecewa? Jawapannya tidak, kerana aku sayang Kelantan.