KOBAT FM ONLINE

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

JOM JOIN FACE BOOK SAYA

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, February 15, 2013

DARI MANIS FM KE KOBAT FM

Minat terhadap kerjaya DJ Radio masih menebal walaupun kini sentiasa sibuk dengan gerakan politik setelah menamatkan kerjaya di Stesyen Radio Manis FM beberapa tahun dulu.  



Justeru itulah, di dalam perjuangan politik aku mendekati kegemaranku sebagai DJ Radio dengan mewujudkan pula Radio Internet berkonsepkan politik dan hiburan khusus buat warga tentera dan bekas tentera.  Radio ini dinamakan KOBAT FM.  KOBAT adalah singkatan kepada nama Kor Bekas Angkatan Tentera.

KOBAT FM boleh diikuti dengan hanya anda klik di http://kobatfm.blogspot.com  atau anda hanya buka search melalui TuneIn melalui telefon bimbit atau peranti anda.

Wednesday, August 15, 2012

SELAMAT HARI RAYA - DJ ZEK


Saya mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua rakan-rakan lama di Manis FM serta para pendengar setia Manis FM.  Saya mohon maaf sekiranya terdapat sebarang salah laku atau bicara terhadap anda semua.


Wednesday, August 1, 2012

SIARAN MANIS FM HILANG DI PAHANG?

Selamat Berpuasa dan Beramal.  Sudah lama aku tidak dapat mengikuti siaran radio Manis FM.  Semenjak Kerajaan Negeri Terengganu membeli stesen radio ini, entah mengapa siarannya di Pahang, khususnya di Kuantan tak dapat diikuti.

Aku harap pengurusan baru Manis FM boleh siasat perkara ini.  Di Pahang ramai juga peminat radio Manis FM maka jangan hampakan mereka.  Aku juga selalu rindukan Manis FM.

Saturday, July 7, 2012

ARTIS MAHU BERUBAH, MENGAPA MAHU DIHINA?

Hangat sekali sebulan dua ini apabila ramai artis kini berminat untuk menyertai parti politik samada parti dari pemerintah mahu pun parti Pembangkang.  Namun, ada suara-suara sumbang yang mengutuk sebilangan artis ini terutamanya yang cenderung kepada Pembangkang.  Mengapa?

Kurang didengari artis dikutuk apabila menyertai parti pemerintah, tetapi apabila mereka menyertai parti Pembangkang maka berbagai-bagai kutukan yang diterima.  Bahkan, ada yang sanggup mengeluarkan kembali foto-foto lama artis wanita yang menyertai Pembangkang dengan aksi atau pakaian yang menggoda, sedangkan artis ini mahu berubah.  Alangkah jahatnya kerja puak-puak ini yang tidak suka artis ini berubah.  Kerana apa?  Tidak lain tidak bukan kerana artis ini tidak bersama parti mereka.

Aku nasihatkan kepada artis-artis yang mahu berubah dari alam kejahilan dan kesesatan kepada alam yang penuh kebaikan ini agar bersabar dan istiqomah.  Itulah ujian paling ringan buat kamu jika dibandingkan dengan ujian dan dugaan mereka yang terlebih awal dari kamu.  Semoga Allah bersamamu.....

Thursday, June 14, 2012

STESEN RADIO MANIS FM KINI SUDAH DIBELI OLEH KERAJAAN TERENGGANU

Stesen radio Manis FM milik kerajaan negeri Terengganu, bakal menjadi medium penduduk negeri dan pantai timur, mendapatkan maklumat terkini dan perkembangan semasa apa yang berlaku di Terengganu.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata Manis FM akan menyajikan program berbentuk informasi dan hebahan maklumat terkini, program berbentuk keagamaan dan hiburan.

"Sebahagian besar rancangannya akan ditaja oleh pihak swasta.

"Kami akan tetapkan satu tarikh untuk majlis pelancaran Manis FM secara rasmi dalam masa terdekat ini," katanya selepas melawat stesen radio kerajaan negeri itu yang bertempat di Bangunan Epic di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu Pengurus Besar Manis FM Mahari Abdul Rahman.

Manis FM yang dibeli dengan harga kira-kira RM9 juta setahun lalu daripada Husa Network Sdn Bhd, sebelum ini beroperasi di Lorong Manis, Jalan Sultan Yahya Petra, Kelantan.

Kerajaan Terengganu memperoleh lesen untuk siaran stesen radio itu meliputi Terengganu, Kelantan dan Pahang dan boleh juga ke udara hingga ke peringkat nasional.

Ahmad berkata Manis FM telah mengatur program di mana pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri termasuk barisan Exco, akan dijemput memberi maklumat rancangan dan dasar kerajaan dari semasa ke semasa di stesen radio itu.

- Bernama

Tuesday, March 27, 2012

PENYAMPAI RADIO PERLU PELIHARA LIDAH DARI MENCACI ULAMAK

Salam semua semoga semua sihat...

Kembali menulis sedikit kerana ada sedikit ruang malam ini.  Hati aku masih teringat kepada Stesen Radio Manis FM sebenarnya, lebih-lebih lagi rindunya aku pada teman-teman di sana dan juga rakan-rakan pendengar yang pernah mendengar suara aku di corong radio Manis FM suatu ketika.

Baru dua hari lepas aku memutar siaran stesen radio kegemaranku ini setelah agak lama aku tak dapat mengikuti siarannya kerana difahamkan terdapat masalah teknikal sebelum ini.  Alhamdulillah, kini sudah kembali seperti biasa.  Dua atau tiga hari lepas, aku sempat meminta DJ Ira Fatiran bekas `partner' konti ku dulu yang waktu itu sedang bertugas untuk memutarkan sebuah lagu.  Lega rasanya kerana masih ada yang ingat....

Percayalah, meskipun hala tuju kita agak jauh berbeza kini namun kita tetap kawan sejati.  Cuma, aku mahu berpesan buat rakan-rakanku sekelian, di mana pun jua kita mencari rezeki yang halal, jangan sesekali kita gadaikan maruah kita untuk pihak lain bagi menjayakan agenda mereka.  Selaku DJ Radio, sering kita dengar mereka `terlebih sudu dari kuah' untuk menyampaikan propaganda memburuk-burukkan orang lain atas kepentingan politik tertentu.  Lebih-lebih lagi, jangan kita bersubahat dengan pihak yang sentiasa berhasrat untuk meruntuhkan agama dengan cara memperlekehkan kepimpinan Ulamak.

Jauhi lah budaya menyebarkan berita fitnah dan mengaibkan orang lain.  Biarlah orang politik berjuang cara mereka, sebagai Penyampai mengapa perlu kita terjebak dengan perbuatan sumbang beberapa ahli politik yang munafik ini?  Jagailah lidah dan mulut kita dari menuturkan berita fitnah dan juga memburuk-burukkan Ulamak. 

Semoga kita bertemu, InsyaAllah.  Aku rindu semua...

Friday, February 17, 2012

Salam Takziah- Dj Radio Meninggal Dunia Akibat Kemalangan.

February 16 @ 18:02:56 PST
Oleh: siasahkini

"

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.. Takziah saya ucapkan kepada keluarga salah seorang pengacara radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Pengacara yang popular dengan nama DJ Razak itu, meninggal dunia pagi tadi kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya.
 
Nama penuh DJ Razak ialah Abdul Razak Arbain, 46. Arwah yang merupakan bekas anggota tentera itu dikatakan terlibat dengan kemalangan tersebut pada pukul 7.15 pagi selepas ingin pulang daripada menghantar anaknya ke sekolah.

Kejadian berlaku di Taman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Bukit Jalil. Allahyarham cukup disenangi oleh para pendengar radio, dan rakan sekerja terutama peminat segmen kendaliannya iaitu slot ‘Dini Hari’ bermula jam 2 petang sehingga 6 petang.

Allahyarham meninggalkan seorang balu,Rosnani Binti Haji Dali dan tiga orang anak yang berusia antara 10 dan 19 tahun. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg. Bohol, Kinrara, Puchong, selepas solat Zohor tadi.

Allahyarham bertembung motosikal yang ditunggangi dengan motosikal rakan "Chedet" saudara Ab Rahman Zamri yang sedang kritikal di wad ICU Hospital Serdang Sekarang. Sdr Ab Rahman merupakan bekas anggota No 10 Sqn, Tentera Udara Diraja Malaysia , pernah bertugas bersama saya lebih 8 tahun.

Sekarang beliau bertugas sebagai Mekanik kapal terbang di Line Maintenance 11, Komplek A ,Malaysian Airline System Subang. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Abdul Razak Arbain.. Al-Fatihah.
http://siasahkini.blogspot.com/2012/02/salam-takziahdj-radio-meninggal-dunia.html"