KOBAT FM ONLINE

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

JOM JOIN FACE BOOK SAYA

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 27, 2010

BOLASEPAK - KALAH SEBAB LASER ? TIDAK LOJIK LANGSUNG

Sinetron Indonesia


SAFEE bakal menjadi tumpuan di Jakarta malam esok.

ENTAH apa agaknya yang akan diulas oleh Indonesia andainya mereka menang pada perlawanan akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 menentang Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin.

Adakah mereka akan menyalahkan sinaran laser atau sebaliknya?

Mungkin pemain, pegawai serta pemimpin tertinggi skuad Indonesia lupa dengan reputasi skuad Malaysia.

Mereka lupa bahawa skuad bola sepak negara adalah yang terbaik di Asia Tenggara ketika ini.

Sukan SEA 2009 di Laos sudah cukup untuk membuktikan tentang kehebatan skuad bimbingan K. Rajagobal itu.

Pada temasya di Laos itu, Malaysia menang pingat emas meskipun 1,001 macam dugaan serta tipu muslihat yang mereka hadapi daripada pasukan lawan.

Namun, mereka tetap meneruskan perjuangan dan akhirnya muncul juara selepas menewaskan Vietnam pada perlawanan akhir.

Kali ini, pada Kejohanan Piala Suzuki AFF, skripnya hampir sama.

Pada aksi pembukaan menentang Indonesia di peringkat kumpulan, mereka dibelasah 5-1 tetapi kekalahan tersebut diterima dengan hati terbuka tanpa membuat kecoh meskipun penjaga gol Malaysia pada perlawanan pertama itu, Sharbine Alawee telah beberapa kali diganggu pancaran laser oleh penyokong Indonesia.

Alasan Rajagobal atas kekalahan tersebut ialah barisan pertahanan mereka goyang dan bukannya disebabkan laser.

Kelmarin, Indonesia tewas 3-0 dan ‘laser’ dijadikan alasan.

Andai pertahanan Indonesia kental, tidak mungkin gawang mereka dibolosi.

Tetapi sayang, kerenah penjaga gol mereka, Markus Harison yang mendakwa diganggu pancaran laser daripada penonton telah mematikan rentak permainan Indonesia yang dilihat seimbang pada separuh masa pertama.

Lakonan penjaga gol Indonesia hanya berlaku setiap kali Malaysia mendapat sepakan percuma di hadapan pintu gol mereka.

Tetapi jaringan yang dihasilkan oleh pasukan Malaysia bukannya berpunca daripada sepakan percuma, semuanya bermula daripada gerakan padang.

Adakah keempat-empat pertahanan Indonesia itu ‘diganggu’ oleh pancaran laser sehingga gagal menyekat kelincahan penyerang Malaysia?


LAPORAN akhbar utama Indonesia semalam.

Nak menuduh biarlah berasas dan kekalahan itu perlu diterima secara terbuka.

Sebahagian besar akhbar Indonesia pula tidak menyalahkan laser sebagai punca kekalahan itu.

Sedarkah Indonesia bahawa pemain Malaysia pada kejohanan ini dibarisi ‘budak mentah’ yang sebahagian besarnya berusia bawah 23 tahun.

Mereka juga tidak memiliki pemain import seperti mana yang dipraktikkan oleh skuad Indonesia.

Indonesia boleh dianggap bernasib baik pada kejohanan ini kerana diberi peluang beraksi di tempat sendiri pada dua perlawanan separuh akhir menentang Filipina. Jika tidak, semua peminat akan tahu sejauh mana skuad bimbingan Alfred Riedl boleh pergi.

Pada aksi kedua di Gelora Bung Karno malam esok, Indonesia perlu mencari empat gol untuk muncul juara tetapi persoalannya, mampukah mereka?/Kosmo

Friday, December 24, 2010

Jom pulun Indonesia


MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (dua dari kiri) berjumpa dengan pemain negara di Wisma FAM semalam untuk memberikan kata-kata semangat kepada mereka

BAIK Malaysia mahupun Indonesia, kedua-duanya mahu mencari bekalan selesa.Dua gergasi Asia Tenggara itu akan tampil mempertahankan maruah masing-masing apabila membuat perhitungan pada perlawanan akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok.

Atas kertas, Indonesia dilihat memiliki kelebihan berdasarkan rekod bersih mereka sepanjang kejohanan ini.

Selain itu, Indonesia yang dibarisi pemain senior, telah membelasah Malaysia 5-1 pada perlawanan pembukaan peringkat Kumpulan A di Stadium Utama Gelora Bung Karno Jakarta, sebelum ini.

Kali ini, mereka sekali lagi membuat perhitungan dan sudah pasti suasananya juga berbeza.

Indonesia mahu membuktikan bahawa mereka bukan jaguh kampung.

Bagi Malaysia pula, kejayaan melangkah ke perlawanan akhir sudah boleh dianggap cemerlang.

Skuad yang dibarisi pemain muda dan cetek pengalaman ini tidak mahu terlalu yakin dan mereka akan turun seperti biasa, seperti mana yang telah mereka pamerkan ketika menumbangkan juara bertahan, Vietnam minggu lalu.

Jika prestasi tersebut terus dipertahankan, di mana sekali pun skuad bimbingan K. Rajagobal ini beraksi, lawan pasti menggigit jari.

Indonesia harus bersedia untuk menerima padah di Bukit Jalil malam esok dan ia akan berulang di Gelora Bung Karno Rabu depan, seperti mana yang dialami Vietnam di Hanoi minggu lepas./Kosmo

Thursday, December 2, 2010

DJ SHA, DJ IRA NAIK SATU TANGGA

SIRI 8 `DJ Pilihan' Stesen Radio Manis FM yang dikendalikan oleh blog ini, menyaksikan penurunan jumlah pengundian. Kali ini hanya 32 pengunjung yang telah membuat undian bagi memilih DJ kesayangan mereka.

Pada siri kali ini, DJ Sha kembali menguasai tempat pertama dengan peratusan undian 35 %, diikuti oleh DJ Ira Fatiran di tempat kedua dengan peratusan 25 %. Sebelum ini DJ Sha berada di tempat kedua manakala DJ Ira Fatiran di tempat ketiga. Nampaknya, juara siri lepas DJ Aiman merosot undiannya dengan hanya menduduki tempat ketiga dengan undian 16%.

Berikut adalah keputusan `DJ Pilihan' Bagi Siri 8 (Berakhir 02 Dis 2010):

PERTAMA: Dj Sha (35 %)
KEDUA: DJ Ira Fatiran (25%)
KETIGA: DJ Aiman (16%)
KEEMPAT: DJ Ayue (9%)
KELIMA: DJ Ewan Slumber (6%)
KEENAM: Dikongsoi bersama DJ Amiey, DJ Abe Nor dan DJ Iza (3%)
KETUJUH: DJ Wan PCJ (0%)

Jumlah Pengundi: 32

Keputusan Siri 7 yang lalu adalah seperti berikut:

Pertama: DJ Aiman (25 %)
Kedua: DJ Sha (21 %)
Ketiga: DJ Ira Fatiran (13 %)
Keempat: DJ Ewan Slumber (11 %)
Kelima: DJ Ayue (9 %)
Keenam: DJ Amiey/DJ Wan PCJ (7 %)
Ketujuh: DJ Iza (5 %)
Kelapan: DJ Abe Noor (2 %)

Jumlah Pengundi: 56 Orang.

Untuk makluman semua, Poll bagi Siri 9 akan saya siarkan tidak beberapa lama lagi untuk anda buat undian. Sekiranya anda ada cadangan atau kritikan, sila emailkan pada saya melalui zek_riy@yahoo.com atau meninggalkan nota anda pada ruangan chat di dalam blog ini. Segala pandangan dan kritikan anda amat saya hargai. Teruskan bersama Manis FM.