KOBAT FM ONLINE

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

JOM JOIN FACE BOOK SAYA

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, November 29, 2010

PARANORMAL TANGKAP HANTU?

Hantu ditangkap mungkin penunggu


GAMBAR menunjukkan lembaga seperti separuh badan manusia (dalam bulatan) yang dipercayai hantu disimpan dalam sebuah botol selepas ditangkap di rumah Agus di Situbondo kelmarin.


SITUBONDO, Indonesia - Hantu yang ditangkap oleh seorang ahli paranormal dan disimpan di dalam sebuah botol kelmarin mungkin penunggu yang menjaga tombak lama di pekarangan rumah seorang penduduk tempatan, Agus, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut Agus, paranormal yang menangkap hantu itu menyatakan jika ia berjaya ditangkap, kemungkinan makhluk tersebut merupakan penunggu yang menjaga sesuatu barang.

Tombak itu tertanam di pekarangan rumahnya dan selepas ia ditemui, hanya mata tombaknya sahaja kelihatan.

Menurut Agus, dia tidak mengetahui sama ada tombak itu peninggalan kerajaan zaman dahulu.

Namun, menurut ahli paranormal itu, tombak tersebut merupakan barang kuno.

"Kini, tombak itu sudah dibawa oleh paranormal (penangkap hantu)," katanya.

Kelmarin, akhbar Detikcom melaporkan bahawa hantu yang kelihatan seperti lembaga separuh badan manusia berwarna putih ditangkap oleh seorang ahli paranormal di rumah Agus. - Agensi

Monday, November 22, 2010

RADIO MANIS FM BERTUKAR MILIK ?

AKU dengar berita ni dah lama dah. Semasa aku masih berada di Stesen Radio Manis FM dulu pun ada ura-ura Manis FM akan bertukar milik, tetapi Alhamdulillah, ianya terus kekal di bawah HUSA NETWORK SDN BHD sehingga kini.

Terbaru pula, aku ada bertanya dengan seorang DJ veteren yang terkenal suatu ketika di RMIK (sekarang KL FM) iaitu DJ Noramin Mosyi-Mosyi. Beliau pun ada menyebut ura-ura Manis FM akan berpindah ke K. Terengganu dan akan dimilik oleh orang kuat politik di Terengganu. Ada sahabat menyebut Kerajaan Negeri Terengganu yang akan mengambil alih Manis FM awal tahun depan. Wallahu Aklam.

Dengar ceritanya, beberapa DJ popular akan dijemput berkhidmat di Manis FM di bawah pengurusan baru nanti. Di antaranya disebut adalah DJ Halim Othman. Jika benar, mungkin Manis FM akan lebih mantap lagi. Tetapi, saya berdoa agar semua DJ-DJ yang ada di Manis FM sekarang diberi peluang untuk meneruskan khidmat mereka sekiranya Stesen Radio ini bertukar milik nanti. Ini adalah kerana ramai di kalangan mereka berpotensi untuk maju sekiranya diberi peluang di bawah pengurusan baru. Mungkin suasana atau mood baru boleh memberikan mereka semangat yang baru juga.

Apa pun, teruskan lah memberi sokongan kepada Radio ini kerana setahu saya inilah satu-satunya radio swasta yang dimiliki oleh Bumiputera. Jadi, sokonglah.

Sunday, November 7, 2010

AKU DI MUZIUM RTM, ANGKASAPURI


Bergambar di Angkasapuri, KL











Inilah konti radio yang dahulunya diguna pakai oleh RTM

Wajah-wajah Pengulas Sukan Radio waktu ketika dahulu..

Pada 21 Okt 2010 yang lalu saya berkesempatan ke Angkasapuri KL. Di dalam kesempatan tersebut, saya sempat meninjau Muzium RTM di sana. Berbagai alat-alat komunikasi dan perhubungan stesen radio kepunyaan RTM dipamerkan di muzium tersebut. Gambar-gambar di atas adalah di antara yang sempat saya rakamkan.

Tuesday, November 2, 2010

SALAHKAH ADANYA POLL DJ PILIHAN ? SIAPA DJ PILIHAN KALI INI ?

TERDAPAT suara-suara yang tidak begitu berkenan atau suka apabila saya mengadakan `Poll DJ Pilihan' seperti ini. Kununnya, Poll seperti ini seolah-olah ingin melagakan DJ-DJ di Manis FM. Saya tidak tahu, di mana hujah untuk mengatakan Poll seperti ini boleh melaga-lagakan DJ Manis FM? Niat saya cuma satu iaitu ingin meningkatkan semangat dan prestasi semua DJ di Manis FM di samping ingin mempromosikan Stesen Radio Terunggul Pantai Timur ini.

Keputusan Poll di sini juga tidak boleh dijadikan ukuran sebenar prestasi DJ yang ada. Mereka yang mengundi pun hanyalah sebilangan kecil yang masuk blog saya ini jika dibandingkan dengan ratusan ribu pendengar di luar sana. Jadi, janganlah berfikiran negatif dengan Poll seperti ini.

Bagi Siri 7 kali ini, undian saya tutup pada 02 Nov 2010. Seramai 56 pengunjung telah membuat undian mereka. Jumlah tersebut meningkat sebanyak 2 orang dari Siri 6 yang lalu. Kali ini DJ Aiman kembali menduduki takhta teratas mengatasi DJ Sha di tempat kedua. Menarik sekali, DJ Ira Fatiran kembali memberi cabaran berada di tempat ketiga mengambil tempat DJ Iza yang berada di tangga tersebut pada siri yang lalu. Teruskan mengundi untuk Siri 8 pula.

Berikut adalah keputusan Poll DJ Pilihan Siri 7 berakhir 02 Nov 2010:

Pertama: DJ Aiman (25 %)
Kedua: DJ Sha (21 %)
Ketiga: DJ Ira Fatiran (13 %)
Keempat: DJ Ewan Slumber (11 %)
Kelima: DJ Ayue (9 %)
Keenam: DJ Amiey/DJ Wan PCJ (7 %)
Ketujuh: DJ Iza (5 %)
Kelapan: DJ Abe Noor (2 %)

Jumlah Pengundi: 56 Orang.

KEPUTUSAN SIRI 6 YANG LALU:

Pertama - DJ Sha (51 %)

Kedua - DJ Aiman (11 %)

Ketiga - DJ Iza (9 %)

Keempat - DJ Ayue (7 %)
Kelima - DJ Amiey/DJ Ewan Slumber (6 %)
Keenam - DJ Abe Noor (4 %)

Ketujuh - DJ Ira Fatiran (2 %)

Kelapan - DJ Wan PCJ (0 %)

Jumlah Pengundi - 54 orang.