KOBAT FM ONLINE

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

JOM JOIN FACE BOOK SAYA

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, August 25, 2010

GAMBAR PENDENGAR MANIS FM

Buat semua pengunjung blog ini serta pendengar2 Radio Manis FM, saya menggalakkan anda semua mengirim gambar anda kepada email saya atau MMS untuk saya muatkan ke dalam blog saya ini. Mudah-mudahan dengan gambar yang disiarkan di sini, anda boleh saling kenal mengenali di antara satu sama lain.

Sertakan gambar jika boleh gambar berseorangan beserta dengan nama anda samada nama sebenar atau nama samaran yang sering anda guna sewaktu mengirim SMS ucapan ke Radio Manis FM. Jika perlu, sertakan no tel anda. Sila hantar ke email saya zek_riy@yahoo.com atau MMS ke 013-9410309. Bagi yang telah menghantar gambar, saya ucapkan ribuan terima kasih.

Friday, August 20, 2010

WAJAH TERBARU WAHEEDA BERSAMA US AKHIL

SITI AZIRA ABD AZIZ
Align Center
Waheeda dan Akhil ketika ditemui di majlis berbuka puasa dan pelancaran program Raya anjuran Astro di Bora Asmara, Khamis. - Foto oleh AZMAN GHANI

PENAMPILAN istimewa pasangan Akhil Hayy dan Waheeda menjadi tumpuan ramai yang hadir pada majlis berbuka puasa dan pelancaran program Hari Raya anjuran Astro di Bora Asmara, Kampung Sungai Penchala, Khamis.

Waheeda yang jarang ditemui setelah bersara daripada dunia nyanyian memakai purdah.

Jelasnya, selepas setahun berpurdah, hatinya semakin tenang dan bahagia.

Alhamdulillah, dia berjaya menunaikan hajat untuk berpurdah yang tertanam sebelum berkahwin lagi.

Walaupun berpurdah, ia tidak menghalang Waheeda untuk mengenakan pakaian mengikut fesyen semasa kerana dirinya dan fesyen tidak dapat lari sejak dahulu lagi.

“Saya suka berfesyen dan sekarang telah mempunyai lebih 10 koleksi abaya yang dibeli secara dalam talian. Ikutkan dari dulu lagi saya suka mengumpul koleksi jeans. Sekarang saya kumpul abaya pula,” katanya sambil tertawa.

Baru-baru ini, dia dikhabarkan tidak berapa sihat. Ditanya tentang kesihatannya sekarang, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Wassini itu mengakui keadaan dirinya baik sambil berkata dia selalu menghidap penyakit gastrik yang datang tidak menentu.-mstar-

Thursday, August 19, 2010

Isu sensitif: DJ popular digantung tugas


Ogos 19, 10

Seorang DJ popular di sebuah stesen radio berbahasa Cina digantung kerja atas alasan menimbulkan isu perkauman sensitif.

Jamaluddin Ibrahim, DJ di stesen 988 memberitahu Malaysiakini bahawa pengurusan stesen itu memaklumkan kepadanya bahawa dia telah digantung daripada bersiaran untuk satu tempoh yang tidak dipastikan.

Katanya, tindakan itu ada kaitan dengan sepucuk surat yang diterima daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kepada syarikatnya semalam.

Surat tersebut yang menyebut nama Jamaluddin, menyatakan bahawa program tersebut disyaki "mengancam keselamatan negara" dan "menjejaskan hubungan kaum."

Ditanya siapakah yang mengarahkannya supaya bercuti, Jamaluddin yang bertugas untuk slot Hello Malaysia berkata beliau tidak mengetahui perkara itu kerana beliau sendiri tidak menatap surat berkenaan.

Hello Malaysia dikeudarakan setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 8.10 hingga 10 pagi. Selain Jamaluddin, rancangan itu juga dikendalikan seorang lagi DJ tetap, Qiu Yue termasuk seorang lagi DJ yang digilirkan untuk tugas berkenaan.

Program berkenaan menyediakan slot untuk pendengar memanggil dan menimbulkan pelbagai isu semasa dan ia mendapat sambutan hangat daripada masyarakat Cina.

Dalam pada itu, Qiu Yue dan seorang lagi DJ giliran, Joe Liaw mengulas tindakan yang dikenakan terhadap Jamaluddin dalam siaran yang dikendalikan mereka hari ini.

Kedua-duanya mengesahkan tindakan yang dikenakan terhadap Jamaluddin, namun tidak dapat menjelaskan sumber arahan tersebut.

DJ berkenaan kemudiannya mengemukakan soalan kepada pendengar sama ada program berkenaan "menimbulkan ketegangan kaum," kerana ia didakwa sedemikian./Malaysiakini

Wednesday, August 18, 2010

NASIB MALANG PENCURI, MEMALUKAN !!

6 jam tersepit di tingkap

2010/08/19

LONDON: Seorang penganggur tersepit dan terperangkap di tingkap selama hampir enam jam apabila cubaannya mencuri bertukar menjadi insiden memalukan.

BERI BANTUAN...anggota bomba memotong besi untuk mengalihkan bingkai tingkap sebelum menarik keluar suspek.
BERI BANTUAN...anggota bomba memotong besi untuk mengalihkan bingkai tingkap sebelum menarik keluar suspek.

HAJAT TAK SAMPAI... suspek kesakitan apabila tersepit di celah tingkap.
HAJAT TAK SAMPAI... suspek kesakitan apabila tersepit di celah tingkap.

Lelaki terbabit dipercayai mahu meloloskan dirinya melalui tingkap tidak berkunci di sebuah rumah di kawasan Tomlins Grove, di Bow, kira-kira jam 2 pagi.

Bagaimanapun ruang seluas 20 sentimeter kali 20 sentimeter itu tidak cukup untuk membolehkannya masuk. Keadaan itu menyebabkan lelaki terbabit tersangkut di pinggangnya dan dia terpaksa menahan kesakitan hampir enam jam sebelum dilihat pemilik rumah berkenaan yang turun untuk bersarapan.

Polis, ambulans dan bomba terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan penganggur terbabit kira-kira jam 7.30 pagi. Dia kemudian ditarik keluar dari lubang sempit itu oleh 10 anggota bomba yang datang bersama dua jentera. Mereka turut menggunakan tangga bagi menyokong kaki pencuri terbabit yang tergantung di tingkap sementara bingkai besi di situ dipotong dengan gergaji.

Keadaan aneh tetapi melucukan itu turut menarik perhatian seluruh kejiranan Tomlins Grove.
Seorang penduduk berkata, selepas mendapat tahu keadaan sebenar, dia ketawa terbahak-bahak melihat keadaan pencuri terbabit. “Tentu lelaki itu kini sedar betapa bodohnya dia. “Ramai daripada jiran mahu dia dibiarkan saja di situ,” katanya.

Menurut lelaki itu, ada seorang doktor bedah yang menawarkan kepakarannya ‘mengeluarkan pencuri terbabit tanpa merosakkan tingkap rumah’ berkenaan. “Bagaimanapun, polis dan bomba menolak secara baik dan mahu kes itu dikendalikan pihak berkuasa tanpa mencederakan sesiapa,” katanya.

Selepas 30 minit barulah pencuri terbabit berjaya dikeluarkan dari tingkap berkenaan, tetapi dalam keadaan tidak berbaju. Dia kemudian digari dan dibawa ke sebuah ambulans untuk pemeriksaan. Selepas didapati tidak mengalami sebarang kecederaan serius, lelaki yang digambarkan sebagai ‘putih dan kurus’ itu dibawa menaiki van polis.

Jurucakap polis berkata, mereka menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.30 pagi dan pengadu menyatakan ada seorang lelaki terperangkap di tingkap. “Pengadu berkata, separuh badan lelaki itu berada di luar dan separuh lagi dalam rumah,” katanya.

Jurucakap itu berkata, suspek dikeluarkan tanpa sebarang kecederaan selepas bingkai tingkap berkenaan dialihkan. Scotland Yard pula berkata, seorang penganggur, Paul Joseph Keenan, 36, dari Jalan Rounton, Bow, didakwa di mahkamah kerana mencuri. Dia akan dibicarakan di Mahkamah Majistret Thames, hari ini. - Agensi/Metro

Tuesday, August 17, 2010

TERIMA KASIH TAN SRI, TERIMA KASIH SEMUA - DJ SHA

Assalamualaikum....

Hai sha kembali lagi dengan cerita terbaru untuk semua peminat manisfm... ermmm..dah masuk 4 bulan dah sha bersama dengan manisfm,, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar...

Terima kasih kepada TAN SRI HUSSEIN kerana telah memberikan kepercayaan kepada sha untuk 'memecahkan' konti manisfm..

Gedebak...gedebik....gedebummm......kebaboo0oommmmmm...... ermm..alhamdulillah ranking carta DJ yang di sediakan menunjukkan sha dah mula di terima oleh semua pendengar manisfm..terima kasih semua... tapi dalam masa kenaikan ni ada jugak halangan yang sha kene tempuhi..tapi dengan ada semua pendengar manisfm menguatkan lagi semagat sha untuk bertugas di manisfm....

Hanya ucapan 'TERIMA KASIH SEMUA' yang sha dapat ucapkan kepada semua pendengar yang telah menyokong sha dan yang sentiasa menyokong manisfm...

TERIMA KASIH SEMUA.......

By Email

Monday, August 16, 2010

WAN NORAZLIN TAKUT DIGELAR JANDA



SELEPAS dua tahun, kemelut rumah tangga yang menghantui hidup aktres Wan Nor Azlin tidak juga berakhir. Ibarat digantung tidak bertali oleh suaminya, kehidupan ibu kepada tiga orang cahaya mata itu tidak ubah seperti seorang ibu tunggal. Cuma bezanya, dia masih berstatus isteri kepada Mohd. Yazli Yaacob.

Azlin atau nama sebenarnya Wan Nor Azlin Wan Mohd. Husain, 41, yang ditemui di majlis sidang media program Ramadan dan Merdeka di RTM baru-baru ini menjelaskan tiada kejernihan yang timbul antara suami dan dirinya. Malah, sudah terlalu lama rasanya dia hidup tanpa suami di sisi.

Dia yang ditemani anak ketiganya Dania Camelia, enam tahun, pada majlis tersebut mengakui sudah terbiasa hidup tanpa seorang suami dan ayah di sisi mereka apabila suaminya itu meninggalkan mereka buat kali pertama pada tahun 2005.

Kata Azlin, suaminya pulang semula pada tahun 2007 bagaimanapun pada tahun 2008 sehingga hari ini suaminya keluar dan tidak pernah pulang ke rumah menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan ayah kepada tiga orang anaknya.

"Saya dan suami, masih lagi suami isteri yang sah. Kami tidak pernah bercerai dan saya takut apabila memikirkan perkara itu. Walaupun digantung tidak bertali oleh suami, saya lebih selesa begitu daripada bercerai dan memikul status janda," ujarnya.

Ditebak lagi, jika sudah digantung tidak bertali apa lagi jalan penyelesaian yang ada selain bercerai. Namun, katanya dia takut dengan status janda.


WAN NOR AZLIN tidak malu mengaku rela digantung tidak bertali daripada menjadi janda.

"Saya takut untuk pikul status janda. Biar pun digantung tidak bertali tetapi saya masih lagi isteri orang. Setidak-tidaknya masih ada kekuatan buat saya untuk teruskan hidup. Bagi saya status isteri itu lebih mulia dan dihormati orang daripada janda. Malah saya tidak pernah terfikir untuk menjanda sebab saya tidak pernah melaluinya.

"Berdasarkan cerita kawan-kawan yang bergelar janda, cabaran buat mereka lebih besar. Masyarakat juga sering memandang serong kepada mereka. Itu yang saya takutkan. Setakat ini, saya senang dengan cara hidup begini walaupun saya terpaksa uruskan semua perkara sendiri," ucapnya.

Tambah ibu kepada Danial Luqman, 10, Danny Iskandar, 9, dan Dania Camelia, dia juga tidak mengerti dan tidak tahu apa yang difikirkan oleh suaminya sehingga sanggup meninggalkan dia dan anak-anak.

"Saya tidak tahu apa masalahnya, selain kes pinjam duit ah long itu dia tidak beritahu saya apa masalah dia. Bila ditanya, dia kata jangan campur urusannya. Saya mahu cakap apa lagi?

"Sejujurnya saya tidak tahu sampai bila saya akan digantung tidak bertali. Suami saya langsung tidak membantu saya dan anak-anak apabila kami dalam kesusahan. Ramai kawan yang minta untuk saya tuntut cerai tetapi saya belum punya kekuatan itu lagi," katanya.


WAN NOR AZLIN memberitahu sudah terbiasa hidup sendiri bersama tiga anaknya iaitu Danny Iskandar (kiri) Dania Camelia dan Danial Luqman.

Wednesday, August 11, 2010

DJ SHA PERKENALKAN DIRI

Terutama sekali Sha mengucapak ribuan terima kasih kerana pencalonan Sha dalam carta DJ Pilihan, terima kasih yang teramat sangat.....

Sempena bulan yang mulia ini Sha menyusun sepulh jari kepada semua yang mengenali sha tak kira di mana jua berada....terima kasih jugak kepada semua pendengar manisfm yang banyak menyokong sha dari mula pembabitan sha di manisfm sehingga la sekarang..

Ok ramai dah bertanya ape nama penuh sha kan,,,ok nama sha yang sebenarnya SHAH SHALWATI HJ HUSAIN,,,sha anak bongsu dari 8 org adik beradik,,,,,,ermmm...tu je pengenalan yang pertama dapat sha berikan....nnt kita sambung lagi ok...teruskan bersama MANISFM.. 'SETIAKAN PENGDENGARAN ANDA SEMUA BERSAMA MANISFM...'
=>jage diri
=>jage kesihatan
=>jage keterampilan anda
=>itu semua mengambarkan bagaimana diri anda yg sebenarnya... salam Ramadhan untuk semua... ass'kum....

* Diterima melalui email

Monday, August 9, 2010

KENANGAN KU DI BULAN RAMADHAN NAN LALU...

RAMADHAN bakal menjelang sehari dua lagi. Ketibaan Ramadhan kali ini menggamit kenanganku sewaktu aku menyambut Ramadhan di Kota Bharu, Kelantan tahun lepas. Kebetulan bulan Ramadhan ketika itu aku banyak ditugaskan berada dikonti awal jam 1200 tgh mlm sehingga 6 pagi. Ketika itu, rakan setugas yang menemaniku adalah DJ Aiman.

Aku tiba dikonti mesti siap membawa bekalan untuk bersahur. Lazimnya aku hanya membawa roti sahaja beserta air kopi atau nescafe. Itulah juadah bersahur ku bersama DJ Aiman. Meskipun di bulan Puasa, aku dan Aiman bertugas seperti biasa dengan berbagai topik bicara yang kebanyakannya `gila-gila' sehingga kadangkala aku dan Aiman sendiri sampai sakit2 perut ketawa di dalam konti. Pernah suatu ketika, ada cerita yang amat melucukan dan kami ketawa sampai DJ Aiman terduduk bawah kerusi dan aku lari dari Mic akibat ketawa yg keterlaluan. Kami ketawa secara live `on air' dan DJ Aiman pantas memainkan lagu. Selepas itu, isteriku dari Kuantan mengirim SMS menegurku kerana ketawa kami kuat didengar melalui radio.

Banyak kisah yg melucukan setiap kali kami `berduet' di konti. Ada ketikanya kami mengusik pemanggil yang menghubungi melalui talipon dan gelagat mereka membuatkan konti riuh dengan derai ketawa kami.

Ada masanya, kami membuka topik yang menyeramkan. Ramai pendengar mengirim SMS menyatakan mereka takut dengan topik sedemikian tetapi menyeronokkan juga. Dengan background seram yang aku mainkan membuatkan suasana lebih seram. Baru ku tahu rupanya DJ Aiman ini agak penakut juga orangnya.

Kisah lucu yang dikirimkan oleh para pendengar kadangkala membuatkan aku dan Aiman tidak kering gusi. Aku pernah menghadiahkan seorang pengirim cerita lucu dengan topap RM 10 kerana bagiku cerita beliau adalah yg paling lucu yang diterima. Kisah orang buta tersilap naik kereta bomba yang disangkakan bas masih segar dalam ingatanku.

Itu semua kisah yg sudah berlalu. Terlalu banyak kenangan manis ku di Manis FM. Sehingga kini rakan2 Manis FM sentiasa diingatan. Lagu `Salam Terakhir' nyanyian dari Allahyarham Sudir yang ku mainkan di malam terakhirku di konti Manis FM adalah noktah terakhirku di sana. Aku sering minta rakan2 DJ memainkan lagu itu selepas aku berada jauh dari Manis FM. Lagu itu adalah sebagai tanda aku sentiasa merindui Manis FM dan sentiasa disisinya. Ada rakan2 yang tidak dapat memainkan lagu itu bila ku minta, aku tidak berkecil hati kerana aku faham tugas kelian. Bagi rakan2 yg sudi menyiarkan lagu yang ku pohon, ku ucapkan ribuan terima kasih.

Sempena Menyambut Ramadhan ini, ku ucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan setugas ku dulu di Manis FM, rakan yang baru, semua Staf Manis FM dan istimewa buat para pendengar Manis FM. Kenangan bersama kelian kekal diingatanku....

Sunday, August 1, 2010

KEPUTUSAN DJ PILIHAN 4 - AKAN DATANG DJ BARU DICALONKAN

POLL `DJ Pilihan Siri 4' telah ditutup. Kali ini jumlah yang mengundi meningkat kepada 42 orang. Pada Siri 3 kali ini, nampaknya kedudukan di tempat pertama masih kekal milik DJ Aiman yang telah mendapat sokongan meningkat dari sebelum ini. Pada Siri 3, beliau mendapat 21 % undian dan kali ini beliau berjaya mencapai undian kepada 36 %.

Jika siri yang lepas, tempat Kedua milik bersama DJ Ayue dan DJ Ewan Slumber. Kali ini DJ Ayue berjaya menjarakkan dirinya dari DJ Ewan Slumber. DJ Ayue menduduki tempat Kedua dengan memperolehi 26 %. Peratusan DJ Ayue juga meningkat dari Siri 3 yang lepas di mana beliau berkongsi bersama DJ Ewan Slumber dengan undian hanya 16 %. Tempat Ketiga kali ini milik DJ Ewan Slumber dengan mendapat undian 17 %.

Menarik kali ini, undian untuk DJ Abe Noor meningkat satu tangga dengan menduduki tempat Keempat dengan peratusan sebanyak 7 %. DJ Ira Fatiran dan DJ Iza masing-masing berkongsi undian sebanyak 5 % menduduki tangga ke Lima. Mungkinkah kemerosotan undian DJ Ira Fatiran adalah disebabkan beliau terlalu lama bercuti sakit?

Apa yang lebih menarik untuk Siri 5 yang telah pun dibuka undiannya, seorang lagi DJ muka baru Manis FM iaitu DJ Sha akan dicalonkan. Adakah beliau mampu mengubah keputusan pada siri akan datang? Sama-sama kita lihat nanti.

Berikut adalah keputusan Poll `DJ PILIHAN SIRI 4' berakhir 01 Ogos 2010.

Tempat Pertama - DJ Aiman (36 %)
Tempat Kedua - DJ Ayue (26 %)
Tempat Ketiga - DJ Ewan Slumber (17 %)
Tempat Keempat - DJ Abe Noor (7 %)
Tempat Ke Lima - DJ Iza/DJ Ira Fatiran (5 %)
Tempat Keenam - DJ Amiey (2 %)
Tempat Ketujuh - DJ Uncle Wan PCJ (0 %)
Tidak Meminati Semua DJ Manis FM - (2 %)

Keputusan Siri 3 Yang Lepas;

Tempat Pertama - DJ Aiman (21 %)
Kedua - DJ Ayue/DJ Ewan Slumber (16 %)
Ketiga - DJ Ira Fatiran (14 %)
Keempat - DJ Amiey/DJ Uncle Wan PCJ (11 %)
Kelima - DJ Abe Noor (9 %)
Keenam - DJ Iza (2 %)