KOBAT FM ONLINE

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

JOM JOIN FACE BOOK SAYA

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, July 30, 2010

Asyraf muncul juara Imam Muda


MUHAMMAD ASYRAF (kiri) dinobatkan sebagai juara Imam Muda oleh Hassan pada malam kemuncak program realiti dakwah di Kuala Lumpur malam tadi.

KUALA LUMPUR - Menepati ramalan, Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan, 26, diumumkan sebagai juara pada malam kemuncak program realiti dakwah, Imam Muda yang berlangsung di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini semalam.

Anak kelahiran Sungai Gelugor, Pulau Pinang itu berjaya menewaskan seorang lagi peserta akhir, Hizbur Rahman, 27, selepas bersaing selama 10 minggu termasuk dengan lapan individu lain pada program diilhamkan oleh Astro dengan kerjasama Jawi.

Kemenangan graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Usuluddin dan Fiqah dari Universiti Malaya itu membolehkan beliau menerima insentif berbentuk tawaran Imam Ratib secara kontrak di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan, trofi Imam Muda, sijil penyertaan dan kad pentauliahan diiktiraf oleh Jawi.

Tidak ketinggalan, Asyraf membawa pulang hadiah melanjutkan pengajian tanpa had di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Mesir, sebuah Proton Exora, pakej mengerjakan haji dan umrah, percutian ke Bandung, Indonesia, wang tunai berjumlah RM20,000, iPhone 3G dan komputer riba Apple MacBook Pro.

Monday, July 19, 2010

Pengemis seksi jadi kaya kerana Internet


PAKAIAN Cheng Guorong semasa berkeliaran di jalan-jalan Ningbo, China kini menjadi fesyen selepas gambarnya disiarkan di Internet pada Januari lalu.

NINGBO - Seorang pengemis di China, Cheng Guorong menjadi kaya dan terkenal selepas gambarnya tersiar di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun selekeh, berambut panjang dan berjanggut, lelaki tersebut memiliki wajah kacak yang menarik perhatian ramai peminat sejak gambarnya tersiar pada Januari lalu.

Guorong, 34, digelar pengemis paling seksi di China dan dia turut mengecapi status simbol seks di kalangan pengguna Internet.

Nasibnya berubah selepas gambarnya dirakamkan oleh seorang jurugambar amatur ketika dia berkeliaran di jalan raya di bandar ini untuk meminta makanan pada tahun lalu.

Tidak lagi menyelongkar tong sampah, Guorong kini menerima banyak tawaran iklan dan dia turut bekerja sebagai model peragaan.

Pakaiannya semasa dia menjadi pengemis turut menjadi ikon fesyen.

Para peminat lelaki tersebut turut menderma sebanyak 100,000 yuan (RM49,138) bagi membantunya memulakan hidup baru.

Dia juga ditawarkan berlakon dalam sebuah filem mengenai kisah hidupnya yang diterbitkan oleh penerbit filem tempatan, Deng Jiangguo dan menelan kos sekitar 72 juta yuan (RM34.3 juta).

Filem tersebut akan menjalani penggambaran pada September depan dan ia dijadualkan ditayangkan pada Februari 2011.

Guorong berpindah ke bandar di timur China ini pada 1996 untuk mencari kerja bagi menyara isteri dan dua anaknya tetapi malu untuk menghubungi mereka setelah dia hilang pekerjaan dan wang simpanannya habis.

Saudara-maranya menyangka dia mati sehingga mereka melihat imej-imejnya di Internet.

Guorong tidak dapat menahan kesedihan apabila mendapati bapa dan isterinya terbunuh dalam satu kemalangan kereta setelah dia kembali ke kampung halamannya untuk kali pertama dalam tempoh 14 tahun baru-baru ini. - Agensi

Saturday, July 17, 2010

Terima Kasih En Huzmi....

Terima kasih En Huzmi Pegawai Tadbir Husa Network Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat yang mengendalikan Stesen Radio Manis FM, Radio Pantai Timur. Saya mengucapkan jutaan terima kasih dengan rasa terharu kerana beliau sudi meluangkan masa menalipon saya pagi semalam.

En Huzmi anak kepada CEO Husa Network Sdn Bhd, iaitu Ybhg Tan Sri Hussein Ahmad. Beliau telah diberi kepercayaan untuk menggantikan En Huzman sebelum ini. En Huzman juga adalah anak kepada Ybhg Tan Sri. Perbualan kami adalah sekitar bertanya khabar serta bercerita tentang keadaan semasa diri saya dan juga Manis FM.

Sepanjang saya berada di Manis FM, saya mengenali En Huzmi sebagai seorang yang rajin dan sentiasa komited dengan apa jua bidang tugas yang diamanahkan oleh syarikat. Beliau tidak mempunyai rasa malu untuk melakukan kerja-kerja peringkat bawahan seperti membersihkan pejabat dan kawasan keliling wisma Manis FM. Saya tidak dapat melupakan nasi berlauk ayam yang beliau jual di perkarangan Wisma Manis FM.

Mudah-mudahan beliau berjaya di dalam kerjayanya di samping dapat membantu Manis FM ke arah yang lebih gemilang lagi. Terima kasih, En Huzmi.

Friday, July 16, 2010

Maya Karin kini janda

Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my



TINGGAL KENANGAN. Perkahwinan pasangan bahagia Maya Karin dan suaminya Muhammad Ali berakhir apabila mereka disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Pengesahan nikah yang dibuat pelakon dan pengacara Maya Karin serta suaminya, Muhammad Ali dua minggu lalu gagal menutup kemelut dalam rumah tangga pasangan itu apabila mereka disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Menurut sumber mahkamah, Maya, 31, dan Muhammad Ali atau nama sebenarnya, Steven David Shorthose, 41, dilihat hadir di mahkamah secara berasingan untuk bercerai secara baik.

Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zain memutuskan pasangan itu sah bercerai selepas berpuas hati dengan keterangan kedua-dua pihak.

Bagaimanapun butir-butir lanjut mengenai perceraian mereka tidak diketahui memandangkan pasangan tersebut mengambil pendekatan berdiam diri dan merahsiakan daripada media.

Peguam syarie, Norhusniah Husin hadir bagi pihak Maya manakala Muhammad yang juga seorang guru Matematik di sekolah antarabangsa tidak diwakili peguam.

Perceraian tersebut semalam menjawab teka-teki berhubung tindakan pasangan itu yang hanya memohon untuk mengesahkan nikah mereka setelah dua tahun berkahwin baru-baru ini.

Status rumah tangga pasangan itu kembali menjadi bualan setelah mereka hadir di mahkamah pada 24 Jun lalu memohon untuk mengesahkan nikah di Itali dengan 7 Julai kemudian, Hakim syarie Shaiful Azli Jamaluddin mengesahkan pernikahan tersebut.

Saturday, July 10, 2010

ARTIS INI KAKI PARTI ?

Julia Ziegler kaki parti?


JULIA ZIEGLER

Sumber: Kosmo

SI Kemar Burung Kakak Tua memang jadi sumber Diva untuk dapatkan gosip. Baru-baru ini dia menyerahkan gambar seorang pelakon yang sedang hebat berparti di sebuah kelab.

Perhati punya perhati rupa-rupanya dia ialah pelakon yang kini sedang hebat dalam drama Noktah Erna, Julia Ziegler.

Bukan main mesra dan berseronok nampaknya aktres kacukan itu berparti bersama rakan-rakannya. Diva fikir, itu mesti kes melepaskan tekanan kerja. Maklumlah, setiap orang berbeza cara untuk melepaskan stres.


GAMBAR- GAMBAR terbaru Julia ketika berseronok bersama teman- temannya di sebuah kelab.

Wednesday, July 7, 2010

GEMPAR !! DJ BARU GEGARKAN KONTI MALAM TADI

DJ Sha

WOW!! Aku terkejut tengah malam tadi. Buka2 radio MFM di tengah malam seperti biasa, aku mendengar suara DJ bertugas kali ini lain pulak. Cuba juga untuk meneka. Mula2 aku ingatkan DJ Iza kerana seakan-akan suara sahabat lama aku tu.

Rupa2nya DJ bertugas mulai 12 tgh mlm hingga 6 pagi tu memperkenalkan diri sebagai DJ Sha. Ermmm...MFM sudah dapat DJ baru sekarang ni. Sepanjang tugas, aku lihat beliau steady dan sporting dengan pendengar2 semua. Ada harapan DJ baru ini meningkat jika terus diberi bimbingan dan tunjuk ajar. Kebetulan awal pagi tadi, Pertandingan Separuh Akhir 2 di antara Jerman melawan Sepanyol pula. Maka, kebanyakan topik panggilan tertumpu kepada pertandingan tersebut. Tidak disangka DJ baru wanita (tak tau pula Puan atau Cik) ini meminati bola juga rupanya.

Apa yang pasti, Siri akan datang aku akan masukkan nama beliau di dalam Poll `DJ Pilihan' untuk anda buat pengundian. Selamat bertugas buat DJ Sha semoga terus berjaya.

Gadis ditemani 100 ular berbisa



PUTERI NUR ARYANI bermain dengan ular-ular berbisa pada Pameran dan Pertunjukan Ular 2010 di Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU - Keberanian seorang gadis, Puteri Nur Aryani Saiful Yuzah, 24, tinggal bersama 100 ekor ular berbisa menarik perhatian pengunjung Pameran dan Pertunjukan Ular 2010 di Perbadanan Muzium Kelantan di sini.

Pameran anjuran Perbadanan Muzium Negeri Kelantan itu berlangsung selama sebulan bermula kelmarin.

Puteri Nur Aryani beraksi dengan tinggal bersama ular dalam bilik kaca berukuran kira-kira empat meter persegi selama 12 jam sehari bermula pada pukul 9 pagi hingga 10 malam.

Menurut gadis berasal dari Sungai Petani, Kedah itu, penyertaannya dalam pertunjukan tersebut sebagai latihan untuk mencipta rekod dunia pada awal tahun depan.

"Semasa bersama ular tersebut, saya cuba mendalami secara lebih dekat kehidupan reptilia berbisa itu," katanya di sini semalam.

Tuesday, July 6, 2010

JOM LIHAT KERETA MYVI KELUARAN KHAS BUAT WANITA

Model terbaru edisi khas Myvi bersesuaian untuk pemandu wanita yang memiliki ciri-ciri yang disenangi kumpulan itu mula berada di pasaran mulai hari ini.

KUALA LUMPUR - Memiliki kereta yang sinonim dengan perwatakan wanita menjadi impian pemandu wanita di negara ini, tetapi tidak banyak syarikat pengeluar kereta yang memberi tumpuan untuk memperkenalkan model kereta bersesuaian untuk kumpulan berkenaan.

Kini, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) mengambil inisiatif dengan memperkenalkan model terbaru 1.3L Myvi (Mvvi LE) edisi terhad yang memiliki ciri-ciri sporty tetapi bergaya bersesuaian untuk pemandu wanita.

Pengarah Urusan Perodua, Aminar Rashid Salleh berkata, model itu dikeluarkan khas untuk memenuhi permintaan dan cita rasa golongan muda dan wanita bandar.

Selain warna yang menarik, ia turut menampilkan beberapa ciri yang bersesuaian dengan keperluan kumpulan berkenaan.

"Kami memahami keperluan dan pentingnya bagi mereka (wanita muda dan wanita bandar) untuk mempunyai cermin solek dalam kereta.

"Oleh itu, kami menyediakan sekali cermin itu di bahagian sisi bahagian pemandu dalam model kali ini," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam./Kosmo

Monday, July 5, 2010

Curang - Isteri pun pasang dua

Oleh Mohd Fauzi Abdullah

2010/07/05

KUANTAN: Malang bagi seorang suami beristeri dua apabila isteri keduanya membuat ‘onar’ dengan menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain setiap kali dia berada di rumah isteri pertama untuk menjalankan tanggungjawab berpoligami.

KHALWAT...isteri orang dan kekasihnya yang dicekup di rumah tumpangan di Transit Point, Kuantan, semalam.

KHALWAT...isteri orang dan kekasihnya yang dicekup di rumah tumpangan di Transit Point, Kuantan, semalam.

Tidak cukup memadu kasih di rumah sendiri pada tengah malam selepas dua anak mereka tidur, wanita yang boleh dianggap ‘madu durjana’ itu sanggup menyewa bilik di rumah tumpangan untuk bertemu kekasih hatinya pada sebelah siang.

Namun, kecurangan isteri berusia 30-an, bekerja sebagai pakar kecantikan itu terbongkar selepas dicekup Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dalam satu serbuan di sebuah rumah tumpangan di Transit Point di sini, kira-kira jam 3 petang kelmarin.

Dalam serbuan itu, wanita terbabit ditahan bersama pasangannya dipercayai berusia 30-an, bekerja sebagai pencuci kereta di bandar ini kerana disyaki berkhalwat.

Ketika ditahan, suami wanita terbabit kebetulan berada di tempat kejadian dan sama sekali tidak menyangka isteri keduanya dicekup Jaip dalam serbuan itu.

Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad, 45, berkata, dia dapat menghidu kecurangan isteri keduanya selepas hubungan mereka dingin kira-kira sebulan lalu.
Katanya, dia yang sudah lima tahun mendirikan rumah tangga dengan mak andam yang mempunyai seorang anak hasil perkahwinan terdahulu atas dasar cinta tidak menyangka dikhianati dengan cara demikian.

“Hancur luluh hati saya mengenangkan kecurangannya sedangkan selama ini saya yang banyak menaikkan perniagaannya sehingga berjaya. Saya begitu kecewa dengan apa dilakukannya,” katanya.
Mohamad berkata, dia menerima maklumat isteri keduanya itu sering membawa kekasih gelap ke rumah mereka ketika dia berada di rumah isteri pertama.

“Semua perbuatan isteri terbongkar selepas dia ditahan Jaip petang semalam (kelmarin).

“Baru kini saya tahu mengapa hubungan kami selama ini begitu dingin sehinggakan dia seolah membenci saya setiap kali tiba giliran saya pulang ke rumah untuk menunaikan tanggungjawab kepadanya,” katanya yang mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun hasil perkongsian hidup dengan isteri keduanya itu.

Menurutnya, dia menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk menghukum perbuatan isterinya.

“Apa yang tinggal kini hanya kenangan bersamanya selama lebih 10 tahun mengenali sebelum kami mengambil keputusan bernikah lima tahun lalu.
“Hati saya hancur dan sudah tawar untuk menerimanya selepas mengetahui kecurangannya. Saya rasa dikhianati,” katanya sebak.

Harian Metro difahamkan pasangan itu dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jaip bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

Mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987), pasangan disyaki berkhalwat boleh didenda sehingga RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan./Metro

Sunday, July 4, 2010

Gempar ikan berwajah manusia


GAMBAR (dalam bulatan) menunjukkan seekor ikan kap milik
Brenda O'Sullivan yang memiliki wajah seperti manusia.

DAGENHAM - Seekor ikan peliharaan di Britain menggemparkan pemiliknya kerana memiliki wajah seperti manusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ikan kap itu dibela seorang lelaki, Brendan O'Sullivan di sebuah kolam di rumahnya di sini. Lelaki berusia 44 tahun itu membeli ikan tersebut lima bulan lalu tetapi dia mula mengetahui ia memiliki tanda seperti mulut, hidung dan mata manusia baru-baru ini.

"Hanya pada minggu lalu ketika saya berjemur di belakang rumah saya, saya memerhati ke dalam kolam dan melihat ikan tersebut berenang ke arah saya," kata Brendan.

"Saya kemudian terkejut. Ia memiliki tanda seperti dua mata, hidung dan mulut. Pada mulanya, saya ingat saya mengalami halusinasi," tambahnya.

Ekoran keunikan itu, ikan kap milik lelaki berkenaan kini dianggarkan berharga £40,000 (RM196,067). - Agensi/Kosmo

Thursday, July 1, 2010

Fasha mengaku bercinta dengan anak Ramli Ngah Talib

01 Jul 2010

Teka-teki mengenai hubungan pelakon popular, Fasha Sandha, 26, dengan bekas suami aktres Nora Danish iaitu Rizal Ashram Ramli Ngah Talib, 34, akhirnya terjawab apabila Fasha mengaku mereka adalah pasangan kekasih.

Menurut Fasha, mereka berkawan sejak tujuh tahun lalu dan bercinta secara rasminya pada Mei lalu di Pulau Lang Tengah, Terengganu.

"Ya, Rizal adalah kekasih saya dan kami bahagia sekarang. Kami memang sudah lama berkawan dan bila kita kenal seseorang itu, maka timbullah perasaan sayang.

"Setakat ini kedua-dua keluarga kami sekadar tahu yang kami berkawan sahaja. Tentang penerimaan keluarga Rizal, saya tidak kisah sebab kami belum rancang untuk berkahwin. Mereka suka atau tidak, yang penting saya dan Rizal bahagia.

"Apapun orang kata mengenai Rizal, saya terima seadanya. Begitu juga dengan Rizal, dia menerima baik buruk mengenai saya," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar drama bersiri Duyong Aridinata di Ampang, semalam.

Pada Mei lalu, Rizal telah membuat kejutan pada Fasha apabila dia hadir ke lokasi penggambaran Duyong Aridinata di Lang Tengah dengan menaiki helikopter.

Kehadiran Rizal bertujuan untuk melamar Fasha menjadi kekasihnya dengan memberikan sebentuk cincin sebagai tanda cinta mereka./KLPost