KOBAT FM ONLINE

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

JOM JOIN FACE BOOK SAYA

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, March 28, 2010

Wednesday, March 17, 2010

TERIMA KASIH SAHABAT....

Aku ucapkan ribuan terima kasih buat rakan2 yang masih mengingati diri ini yang semalam banyak menghantar SMS ucapan Selamat Hari Ulangtahun buat ku. Ada yang menghantar SMS terus kepada ku dan ada juga yang menyampaikan ucapan melalui ruang udara Manis FM juga melalui email. Ingatan anda semua tetap ku kenang sampai bila-bila.

Terima kasih juga buat sahabatku DJ Aiman yang menjelang tengah malam 17hb Mac, beliau turut memainkan beberapa lagu berkaitan hari lahir/ulang tahun. Terima kasih juga kepada rakan blogger Razi yang mengutuskan ucapan padaku di dalam blog Rakan Pendengar Manis FM. Kepada semua sekali lagi ku ucapkan ribuan terima kasih.

Tuesday, March 16, 2010

HAPPY BIRTHDAY TO ME....

Hari ini 17hb Mac, merupakan hari lahir ku. Tiada sambutan apa-apa, maklumlah dah tua takkan nak tiup lilin kot. Siapalah yang sudi kasi hadiah kat orang tua ni. Hari ulang tahun kelahiran yang ke berapa ye? Hehehe....aku lahir tahun 1966, so, korang kiralah sendiri. Malas aku nak kira....hehe..

Saturday, March 13, 2010

SEKADAR NAK JAWAB MESEJ KAWAN,,,

Baru2 ni aku terima SMS dari seorang kawan yang juga peminat setia Manis FM. Kawan aku ni asal dari Pasir Mas tapi bekerja di KB. Jangan salah faham yer....kawan aku ni lelaki (jante) la. Aku ada dua tiga kali minum teh sama dia sewaktu aku kat Manis FM. Nama dia tak payah la aku bagitahu. Dia ada mesej aku bertanya betul ke aku dengan DJ Amiey tidak sebulu? (uikss..buruk benar bunyi bulu-bulu nih..) Maksud dia aku dengan DJ Amiey ni macam tak ngam je katanya.

Dia kata ada juga dua tiga orang kawan2 dia pun cakap cam tu. Ok lah, aku nak terus terang je kat sini biar ramai yang tahu. Sebenarnya aku ngan DJ Amiey ni tak ada apa2 pun yang boleh menyebabkan aku nak `berjauhan hati' atau bermasam muka dengannya. Kami berdua mempunyai hubungan yang amat baik, bahkan aku masih ingat lagi hari pertama aku jejak kaki ke konti Manis FM, DJ Amiey lah yang mengajak aku bersembang sebentar secara `on air' kat radio. Dan, yang paling aku hormati DJ Amiey ini adalah kerana dia cepat-cepat menegur aku jika aku melakukan kesilapan sewaktu aku bertugas di konti. Kesemua tegurannya masih aku ingat sehingga kini kerana bagi aku pembelajaran paling baik dan lebih efisyen adalah dengan mendengar segala teguran yang baik dan memperbetulkannya.

Memang benar, tidak semua perkara aku sependapat dengannya apatah lagi beliau seorang DJ yang jauh lebih berpengalaman. Lagi pun mustahil kita boleh bersetuju dengan semua pandangan. Apa yang penting, mana yang baik kita ambil jadikan pedoman. Aku hormat kat dia pasal dia tidak pernah menyembunyikan apa-apa yang dia tidak puas hati terhadap cara aku bertugas. Dia jujur di dalam tegurannya. Biarpun perkara2 remeh atau kecil, beliau akan menegurku kerana baginya walaupun kesilapan itu dilihat remeh atau kecil. tetapi jika diulang berkali-kali ianya akan menjadi satu kesilapan yang besar dan ketara. Aku masih ingat dia pernah menegurkan hanya kerana aku tersilap ayat dan perkataan sewaktu mengumumkan masuk waktu Solat. Selepas teguran itu, aku tidak lagi mengulanginya dan ini satu pelajaran bagiku walaupun dilihat perkara remeh.

Mungkin, jurang aku dan dia kelihatan jauh seperti kurang berkomunikasi menyebabkan ada yang menyangka aku dan DJ Amiey tidak sebulu. Hakikatnya tidak begitu. Masa dan jadual yang berasingan menyebabkan aku dan dia jarang dapat berbicara terutamanya di ruang udara. Dulu aku kerap bertugas malam bersama DJ Aiman dan juga bersama DJ Wan PCJ. Cuma, beberapa bulan kemudiannya aku bertugas pagi bersama DJ Ira Fatiran sehingga pukul 2 Ptg. Ketika itu, kerap lah aku bertemu DJ Amiey yang bertugas petang pada pukul 2. Kami sempat berbual panjang ketika itu tetapi tidak secara `on air'. Sehingga kini, aku dan dia sering berbalas SMS bertanyakan khabar.

Begitulah yang ingin ku nyatakan. Secara jujur aku tidak pernah bermasam muka dengan rakan2 setugasku dulu di Manis FM. Mereka sebenarnya banyak membantuku dan ini membuatkan aku merasa betapa aku perlu berfikir serius untuk kembali ke sana.

Thursday, March 11, 2010

ALHAMDULILLAH, DJ ABE NOOR BERANSUR PULIH

Alhamdulillah. Saya baru menerima berita dari Abg Noor yang menyatakan beliau kini telah pun keluar dari Hospital USM. Ini menandakan Abg Noor kini telah beransur pulih berkat dari doa kita semua serta doa dari kaum keluarga beliau. Saya juga percaya Abg Noor juga begitu kuat semangatnya menghadapi dugaan ini. Sedikit terkilan dan sedih kerana saya tidak berkesempatan untuk melawatnya sewaktu beliau berada di hospital, cuma doa yang mampu saya tadahkan ke hadrat Illahi buat Abg Noor. Namun, saya sentiasa mengikuti perkembangannya melalui kawan2. Maafkan saya Abg Noor.

Saturday, March 6, 2010

DJ ABANG NOOR KINI SEDANG DIRAWAT DI HOSPITAL?

Berita mendukacitakan ku terima. DJ Abe Boor sekarang berada di Hospital USM kerana mengalami sakit jantung. Difahamkan beliau kini sedang dirawat di wad jantung, tingkat 7 Selatan. Sebarang maklumat lanjut, anda boleh hubungi pengurusan Manis FM. Sesiapa jua termasuk peminat2 Abe Noor silalah datang melawat beliau. Setakat ini difahamkan keadaan beliau agak baik sedikit. Marilah kita sama2 mendoakan agar Abe Noor cepat sembuh dan kembali bertugas seperti biasa.

Wednesday, March 3, 2010

PERHATIAN BUAT DJ RADIO

Masalah tak selesai dengan ketawa
Oleh - Norden Mohamed

Kesunyian memandu biasanya saya bisingkan dengan memasang radio. Saya suka dengar lagu, tak kira jenis muzik, dengar ceramah agama dan celoteh pendengar di udara. Saya kurang minat dengar celoteh DJ. Anda tentu tahu mengapa sebabnya. Celoteh pendengar selalunya menghiburkan. Mereka bersungguh-sungguh bercerita pengalaman, masalah dan juga memberi komen-komen membina.

Cuma terganggu bila DJ selalunya menyampuk. Saya faham kalau DJ menyampuk untuk juruskan perbualan agar tak tergelincir daripada topik. Tapi kalau mencelah untuk memperlawak dan mempersenda komen pendengar, itu kurang menyelerakan telinga.

Baru-baru ini, saya terdengar satu siaran radio swasta. Seorang DJ mengendalikannya. Mereka mengemukakan satu topik mengenai pengorbanan yang paling besar dilakukan oleh seseorang. Satu panggilan masuk. Si gadis menceritakan bagaimana dia terpaksa berkahwin dengan lelaki pilihan ibu yang tidak dicintainya. Dialognya lebih kurang begini...

“Awak pasti tak hendak kahwin dengan dia?” soal si DJ. “Memang saya tak nak,” jawab si gadis. “Kalau tak nak, beritahulah saja pada emak awak,” kata si DJ. “Tapi macam mana saya nak tolak? Saya tak pandai nak cakap,” kata si gadis. “Alah, kata sahaja pada emak awak kalau emak nak sangat, apa kata kalau mak aje yang kahwin!” jelas si DJ dengan bersahaja.

“Takkanlah macam tu” kata si gadis. “Kalau awak tak nak cakap macam tu, awak beri syarat pada lelaki itu kalau awak nak kahwin dengan saya, awak mesti basuh baju dan masak nasi untuk saya!” kata si DJ diikuti dengan ketawa berdekah-dekah.

Ada satu lagi perbualan di sebuah stesen berbahasa Inggeris. Satu panggilan anak dara sunti (cam dari nada suaranya) disambut oleh DJ bertugas. “I hate my mum. She will get mad when I go out to meet friends” Belum pun sempat gadis itu menyambung, si DJ mula menyampuk. “No, girl. You shouldn’t hate your mum. She is concerned about you, about your well being. No mother hate their kids. You must listen to what she says. But never, never hate her”

Sesetengah DJ-DJ di stesen radio menganggap mereka boleh bercakap apa saja tanpa mengerti perasaan si pemanggil di luar sana. Di stesen berbahasa Melayu tu, si DJ menganggap, masalah berat seorang gadis itu sesuatu yang boleh dilawak-lawakkan. Mereka fikir, pendengar yang lain akan terhibur dengan cara ketawa saja.

Sebenarnya, bukan ketawa saja yang boleh menghiburkan. Perasaan simpati, empati, bimbang, prihatin dan berduka juga boleh membuatkan seseorang pendengar itu ‘terhibur’ dengan meneroka segenap lubuk perasaannya tatkala mendengar, kerana manusia mempunyai beratus-ratus jenis perasaan. Rasa geli hati, lalu tertawa, hanya satu daripada cabang perasaan.

Di stesen berbahasa Inggeris itu pula, DJ terus berleter kepada anak gadis yang menyuarakan rasa benci (sebenarnya, bosan) terhadap ibunya. Si DJ, dengan suara otokratik, terus bercakap, jangan itu, jangan ini dan lain-lain lagi sehingga si remaja itu terdiam sampai panggilannya diputuskan! DJ yang berasa puas, bukan si pemanggil!

Betapa pun, saya berpendapat ia bukan kesalahan di pihak DJ semata-mata bila menjalankan psikoterapi tanpa mereka sedari. Penerbit rancangan sendiri perlu mengerti isi dan inti rancangan yang mereka cipta.

Kemudian, DJ-DJ perlu dipandu agar mengendalikan rancangan sebegitu dengan lebih profesional. Narrative therapy yang menggunakan komunikasi secara dialog, seperti di udara, boleh menyebabkan klien (pemanggil) menjadi lebih murung, setelah hamburan perasaannya tidak selesai (unfinished business). Malah, dia mungkin lebih malu kerana masalahnya didengar oleh ribuan pendengar lain.

Justeru itu, pihak pengurusan stesen radio perlu menghantar DJ-DJ yang mengendali rancangan sebegitu ke kursus kaunseling agar mereka empatik terhadap pemanggil. Apabila menjawab panggilan pendengar, mereka boleh memberikan jawapan yang memberi semangat.

Tidak mustahil, rancangan yang dikendalikan dengan lebih terarah akan mendapat rating yang lebih tinggi bila ramai yang ingin mendapat idea menyelesaikan masalah masing-masing dengan mendengar masalah orang lain.

Pendengar bukan sahaja nak dengar lagu dan ketawa sepanjang masa.

Rujukan: Sinar

Monday, March 1, 2010

BILA DAH BERHENTI TERKENANG LA PULAK !!




Saat aku di dalam tentera dipenuhi dengan perbagai cerita suka dan duka. Tentunya permulaan aku melangkah menceburi bidang tentera amat menyakitkan. Maklumlah latihan sebagai rekrut Tentera Darat bukan satu latihan biasa seperti latihan jasmani kita sewaktu di alam persekolahan. 6 bulan latihan rekrut ku hadapi dengan tabah.

Akhirnya aku berjaya menamatkan latihan dan diserapkan ke dalam Kor Perkhidmatan Am (Bahagian Kerani). Bermula dengan pangkat Prebet, aku bertugas di Kem Batu 10, Kuantan sebagai Kerani Am. Tugas kerani pentadbiran memerlukan komitmen tinggi kerana segala urusan dokumentasi berada di bawah tanggungjawab kerani. Walaupun bertugas sebagai Kerani, tiada `excuse' dan aku juga menjalani latihan di hutan termasuk latihan menembak dan sebagainya. Untuk meningkat di dalam kerjaya, aku wajib mengikuti kursus.

Setelah menghadiri beberapa kursus, aku dinaikkan ke pangkat LKpl dan setahun kemudiannya berpangkat Kpl. Alhamdulillah, rezeki aku walaupun ketika itu aku bujang trang tang tang... Aku berkahwin tahun 1994, ketika itu aku masih lagi berpangkat Koperal. Tidak berapa lama selepas itu, aku dinaikkan ke pangkat Sarjan an masih kekal di Kuantan menjawat jawatan Ketua Kerani (Chief Clerk). Selepas itu, aku tidak lagi berminat untuk berkursus kerana aku tidak mahu bertukar tempat kerja sekiranya aku dinaikkan pangkat lagi.

Selama 22 tahun aku berkhidmat di dalam tentera, tentu banyak kesannya pada aku. Bukan mudah untuk menghilangkan gaya dan perwatakan tentera selepas aku bersara. Aku terus memilih bidang penyiaran selepas aku bersara dan berada di Manis FM selama 6 bulan. Bermulalah episod baru bagi aku menjadi anggota awam. Nama ku ditukar dengan nama Zekriy atau Zek apabila aku bertugas di konti. Semua itu satu kenangan indah buatku di sana. Kini, aku semakin serius untuk berfikir samada aku perlu menyambung kembali bidang itu di Manis FM. Hanya Allah lebih mengetahui dan aku berserah padanya. Terima kasih kepada rakan2 ku di Manis FM yang tidak henti-henti menjemputku kembali bersama mereka. Terima kasih juga kepada rakan2 pendengar Manis FM yang ada di antaranya menghantar mesej agar ku kembali ke Manis FM.